Saturday, June 22, 2013

Akhirat: Di mana kita?

Bismillah.

Memulakan pagi Sabtu ini dengan usrah yang indah. Menumpang usrah adik-adik 3rd year lepas Subuh tadi untuk bermuhasabah iman kita kepada Hari Akhirat.
Molek kiranya kalau sahabat-sahabat yang baca post kali ini mulakan dulu dengan bacaan Surah An-Naziat.

Daha habis baca? Goooood. Kita highlite sikit beberapa ayat dalam surah ni;


"Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar,
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, 
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, 
Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), 
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, 
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."
[79: 34-41]


Akhirat, hari diperlihatkan segala usaha kita semasa di dunia. Kalau kita berusaha menuju-Nya, maka beruntuglah kita. Jika tidak? Allah, ruginya kita. Rugi yang penyesalannya di waktu itu hanya sia-sia.

Pesan Tok Guru

Dalam buku bertemu janji Allah oleh Tok Guru Nik Aziz, sehari di Mashsyar itu ibarat 500 000 tahun di dunia. Allah... Kat dunia ni, nak tunggu kawan lambat 5 minit pun gigih aku menahan amarah, 500 000 tahun, entah apa la perasaan waktu tu. Takut tu pasti. Sebab kat dunia suka sangat buang masa. :(


"Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya)."
[70: 4]

Beza sangat kan kiraan masa di dunia dan akhirat? Sebenarnya, kalau kita perasan, kat dunia ni lagi Allah dah tunjuk nilai sesuatu perkara itu sangat relatif yakni mengikut di mana kita letakkan hati kita kepada perkara tersebut. Sebagai contoh, solat fardhu yang tak sampai 5 minit tu terasa lama bagi mereka yang  merasakan solat itu sebagai amalan ritual semata-mata tetapi bagi orang beriman, solat fardhu itu terasa begitu singkat untuk bertemu Tuhannya. 

Titian Sirat? Selaju mana kita melaluinya?

Diceritakan juga berkenaan perjalanan manusia di titian sirat nanti. Rasanya, setiap kali kita bayangkan diri kita melalui titian sirat ini, pasti meremang bulu roma. Adakah kita golongan yang akan melaluinya sepantas kilat? Atau kita mereka yang melaluinya sepantas kuda? Atau kita, mereka yang melaluinya dengan bersusah-payah, yang kadang tersangkut pada duri-duri di tepi laluan itu? Allah. Pada saat kita melalui titian sirat ini, tidak henti-henti Rasulullah SAW dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia;
“Ya Allah, selamatkan, selamatkan.”

Takut? Risau? Mesti ada kan? Tapi ingatlah, hanya pertolongan Allah yang akan selamatkan kita kelak. Jadi, jangan pernah jemu untuk berdoa minta pertolongan dari-Nya, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Akhirat itu medan pembalasan. Yakinlah, tidak akan ada walau sekecil amalan baik @ jahat yang terlepas dari pandangan Allah...


Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99: 6-9]

Antara takut dan berharap kepada Allah

Takut kepada Allah mahupun malu kepada Pencipta tak sama seperti kita takut dan malu kepada makhluk. Takutkan Allah? Ya, kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita nanti. Adakah cukup bekalan yang dibawa? Adakan amalan-amalan ini diterima-Nya? Atau adakah kita mereka yang bertuah yang layak untuk menerima rahmat-Nya di akhirat nanti. 

Sebagaimana kita mengetahui azab-azab yang dijanjikan kepada mereka yang memungkiri perjanjian kita untuk beriman kepada Allah Yang Esa, jangan lupa akan kasih sayang dan keampunan Allah yang melimpah-ruah buat kita.  Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim; diceritakan tentang dialog antara hamba-Pencipta berkaitan ampunan Allah Yang Maha Luas walau berkali-kali kita mengulang kesilapan yang sama;

“Seorang itu telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: 
Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. 
Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. 
-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. 
Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: 
Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. 
Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya
-dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. 
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: 
wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. 
Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Akhirat: Kehidupan sebenar kita

Melalui setiap saat dalam kehidupan kita, ingatlah kita masih ada akhirat tempat kembali. Jangan terlalu risau atau cinta kepada kehidupan di dunia sehingga lupa bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan buat kita. Bayangkan kita sedang exam, jika gagal, kita mungkin masih boleh reseat paper, repeat year, atau tukar kos bila dah tak dibenarkan untuk teruskan pengajian tetapi setelah mati, tidak akan ada reseat mahupun repeat ujian-ujian hidup semasa di dunia dan kita takkan dikembalikan ke dunia untuk menyediakan bekalan secukupnya untuk akhirat. Tidak ada. Jadi, hargai setiap saat hidup yang masih berbaki ini untuk memenuhi tuntutan-tuntutan syahadah kita. Sucikan niat agar setiap amalan kita itu hanya untuk mencari redha-Nya. Moga-moga kita menjadi hamba yang terpilih untuk ke syurga-Nya. 

Panjang lagi, tak ter'post rasanya segala yang dikongsi bersama pagi tadi. Jika berpeluang, hadirlah ke mana-mana taman syurga agar sesekali mata kita basah kerana cinta kepada-Nya, hati ini tenang mensyukuri segala rahmat-Nya. 

Dunya

I end this post with a beautiful song by  Maher Zain - This Worldly life; adapted from "Dunya" Poem: M. Fethullah Gulen. 


How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey 
And it's taking me back to You

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

P/s: Bagi yang semakin menjauh dari naqib/ah, cari diorang balik!
Bagi naqib/ah yang dah lama x buat usrah, cepat-cepat buat, adik-adik rindu untuk rasa beriman seketika. 

Bagi yang tak pernah rasa bestnya usrah, ajak la kawan-kawan terdekat anda, amik masa sekejap, duduk dan beriman dan kembali rasa berTuhan!
Usrah itu syok!!!

1 comment:

Syazana Aziz said...

May Allah bless you :)