Friday, June 14, 2013

A date with him

2342; 12 Jun

Tengah khusyuk menyelak nota klinikal, tiba-tiba mesej masuk. 

"Kuliah Tarbiyah Haraki Perdana.
Oleh Murabbi Tuan Ibrahim Tan Man
13 Jun (Khamis)..."

Khamis malam. Aish, esoknya exam klinik. Tapi. Tapi. Tapi. Aku dah lama teringin nak jumpa secret admirer sorang ni. Em, malam ni n esok kena bersungguh-sungguh study untuk amik masa kejap jumpa dia. Nekad! Buka pintu bilik, tengok kanan; 
"eh, alang xde kat bilik." 
Tengok kiri, selipar banyak kat bilik Zimah ni. Berlari-lari g bilik Zimah. Nampak Alang terus jerit; 
"Alang!! Dah buka handphone? Dapat mesej pasal kuliah TITM tak?"

"Dapat Achik. Alang yang forward."

"Oh. Ok. Count me in ye. Achik nak pergi. X kira la esok tu exam pun. Ingat letak nama Achik tau!"

Sungguh-sungguh. Tuan punya bilik and Kak Long yang turut ada kat situ pun dah pandang pelik. Haru la Achik sorang ni. Excited tak ingat dunia.


0905; 13 Jun, Tempat bertapa (Library Fakulti)

"Tasnim pergi malam ni?"

"Tak pasti lagi kak. Esok exam"
"Akak pun. Tapi akak dah lama sangat teringin nak jumpa Ustaz ni. Jom study sungguh-sungguh sekarang,  malam ni kita pergi."

"Aah. Saya pun Jom!"

Bersungguh-sungguh study sampai ke petang. Alhamdulillah. Semangat nak pergi malam tu. Allah, Kau sampaikan impian kami untuk berjumpa insan hebat ni.


2135; 13 Jun

Alhamdulillah, finally I met Him. Nah! Sedikit sebanyak pengisian darinya buat anda semua. Terima kasih kepada Fizah dan Dayah tolong memudahkan urusan menaip kali ini. Heh.

Antara mutiara kata dari dia buat kita;

Perjuangan ini sangat panjang

Jangan jauhkan diri dari Allah. Sebab nanti banyak perkara yang boleh merosakkan diri muncul bila jiwa kosong. Perjuangan islam ini sangat panjang & banyak mehnahnya. Tapi bagaimana caranya untuk kita tetap bertahan untuk meneruskan perjuangan ini? Bak kata Ustaz, kita perlukan 2 persediaan untuk menghadapi perjuangan yang panjang dan berliku ini iaitu;
1. Ketahanan diri untuk berbakti dalam jangka masa yang panjang.
2. Kekuatan hubungan dengan Allah.

Rasulullah itu sendiri Qudwah kita. Rejab ada isra' mikraj, Muharram ada hijrah. Tempoh isra' mikraj Nabi sangat pendek yakni haba pembaringan bangkit dari tidur masih ada selepas baginda pulang. Tetapi tidak hijrah Nabi panjang & lama.

Bila kita bekerja kita menang. Walaupun kita kalah di mata dunia, tetapi tidak pada pandangan Allah. As Allah tak tanya siapa menang. Tapi Allah tanya kita buat apa. Apa sumbangan kita. Hmm. Apa sumbangan aku? :'(


Hala tuju perjuangan ini

Mari kita bermuhasabah kembali tentang perjuangan Pas. 

1. Kita nak bawa rakyat ke mana? Sekadar tumpang sistem jahiliyah? Nak bina sistem apa selepas tu? Atau naik sistem jahiliyah kedua? Jadi, kita kena jelas dengan hala tuju kita. Tujuan utama perjuangan PAS ialah; Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Yang kedua, mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

2. Kebanykan gerakan islam berjaya menyedarkan rakyat, tapi penyudahnya bukan kita. Bukan diakhiri dengan kesedaran dan kecintaan untuk mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya. Sedih bukan jika terjadi begini? Marilah kita sama-sama pastikan kebangkitan rakyat ini berakhir dengan kebangkita Islam. 

3. Dalam berjuang, kita juga perlu kenal pasti apakah gangguan-gangguan yang bakal kita hadapi dan bersedia untuk menghadapinya. Sebagai contoh, kenal pasti kekuatan dan kelemahan musuh bahkan kita perlu jelas dengan kekuatan dan lemahan kita. 


Nak menang? Tapi bagaimana?

Percaya dan yakinlah bhawa Allah pasti akan menolong agama-Nya ini. Allah menolong agama-Nya melalui  orang-orang jahat dalam kalangan kita. Sebagai contoh, kezaliman kerajaan Sepanyol yang diperintah oleh penganut-penganut agama Kristian pada waktu dahulu membuatkan rakyatnya meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak islam. Seterusnya, Islam berjaya menguasai Sepanyol selepas itu. Banyak lagi contoh dari sirah-sirah terdahulu bahkan apa yang terjadi terutamanya di negara-negara di Timur Tengah sekarang. Satu perumpaan mengenai sitasi ini, seekor kera jatuh pohon kelapa bukan dek kerana ribut, tapi lembutnya angin bayu. Begitu juga dengan Islam. Islam bangkit dengan tekanan. Lebih kuat tekanan lagi cepat kebangkitan Islam. 

Ustaz tegaskan sekali lagi tentang pentingnya untuk kemenangan itu di hala; iaitu punyai hala tuju yang jelas! Untuk memperoleh kemenangan ini, kita perlukan kekuatan. Kekuatan mental, fizikal, spiritual, dan emosi. Zaman searang, rakyat mahukan pemimpin yang mampu untuk menyelesaikan masalah. Zaman ini bukan sekadar menentang atau membangkang segala kezaliman, tetapi kita perlu bijak untuk menyediakan alternatif kepada rakyat untuk mereka meneruskan hidup mereka dengan lebih baik. 


Benarkah Islam akan menang?

Kita soroti sedikit kisah semasa tahun ke-6 Hijrah. Nabi Muhammad saw bermimpi ber'umrah  dengan aman, ada org cukur kepala berihram. Sahabat-sahabat yang mendengar akan mimpi Rasulullah ini percaya, keranan mimpi Rasul itu wahyu dari Allah. Menuju ke Makkah,  romobongan mereka di tahan. Lalu, Rasulullah menghantar Saidina Uthman sebagai pengantara. Akhirnya, adakah mereka berjaya menunaikan umrah seperti yang Rasulullah mimpi. Tidak. Tidak pada waktu itu. Akhirnya, Rasulullah buat perjanjian Hudaibiyah yang dipersoalkan oleh ramai sahabat tetapi mereka tetap Sami'na wa ato' na. Mimpi Rasulullah kali ini bukan wahyu? Pastilah ianya satu wahyu tetapi mimpi ini tidak dinyatakan bila sebenarnya mimpi itu akan menjadi realiti. 

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya)

Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

 (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);"

[al-Fath: 1-5]

Pas bertahalluf dgn PKR, zahirnya kita nampak rugi? Mungkin. Tapi dakwah kita makin tersebar, bukan hanya pada yang muslim tetapi kepada non-muslim. Tahalluf mesti menguntungkan islam. Haram andai menjatuhkan islam. Dalam berprinsip, kita perlu tetap dengan pegangan kita, tetapi berkaitan hal-hal teknikal, Islam ini tersangatlah fleksible. 

Dalam pilihan raya, untuk mengaku kena tipu ni payah, malu. Sebab dah lebih 10 kali kita ditipu. Tak perlu mengaku, tapi carilah kenapa dan bagaimana kita ditipu. 
"Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"
[ali-Imran: 54]
Boleh ke kita suruh penipu jangan menipu? Tidak bukan? Jadi, kita perlu lebih bijak dalam 'menipu' mereka atau lebih tepat, berstrategi dalam berjuang.


Bila bergerak kerja bersama

Point seterusnya, Ustaz nasihati tentang sedikit adab dalam berjemaah, 
"Pimpinan jangan laju sangat, nanti ahli tak terkejar. Tetapi jangan lambat sangat, nanti kena sepak."
Senyum. :) Dalam bermusyuarat, xde masalah untuk berselisih pendapat. Tapi bila keputusan dah dicapai, kita mesti sama-sama jayakan keputusan yang dicapai bersama tu. Jangan pula sekadar jadi pak angguk dalam mesyuarat, semua setuju. Suarakan idea/komen jika kita rasa itu baik untuk agama ini.

Dalam Pas, Ulama itu ibarat signboard iaitu penunjuk arah bukan pembuat jalan. Ulama sangat diperlukan untuk memenangkan perjuangan ini. Bersama-sama menjadi think-tanker. Dan kita, gunakan kepakaran masing-masing dalam menyampaikan Islam yang sebenar-benarnya kepada masyarakat. 


Nasihat-nasihat akhir

1. Semua pemegang jawatan parti mesti ada usrah. Itu ikatan tarbiyah kita.

2. Dunia akan datang kalau kita kejar akhirat. Amalkan waqi'ah, dijamin rezeki oleh Allah.

3. Doakan sahabat-sahabat lain.

4. Ego itu haram, tetapi jangan kita berasa hina.

5. Era masa kini, kita perlu cepat. Semua benda perlu instant. Kalau lambat nanti orang tinggal. Tetapi, kita mesti jelas dengan hala tuju kita. Cepat itu penting tapi nak ke mana sebenarnya itu lebih utama.

6. Dalam berdakwah, hikmah itu penting. Sebagai contoh, ingat kisah seorang yang suka bermaksiat dan baru masuk Islam zaman Rasulullah. Dia gemar minum arak, berzina etc. Tapi bila berjumpa dengan Rasulullah, bijaknya Rasulullah saw, baginda membnarkan dia bermaksiat tapi dia perlu mematuhi satu syarat iaitu tidak menipu. Dan, beliau meninggalkan segala maksiatnya hanya kerana bimbang bila ditanya oleh Rasulullah adakah dia masih minum arak atau berzina, dia takut untuk mengaku dia bermaksiat tetapi dia takut juga untuk menipu Rasulullah. Jadi, antara tips dalam berdakwah adalah gembirakan dulu mad'u kita, kemudian baru kita letakkan syarat. 

Islam itu indah. Semoga kita semua dapat merasai keindahannya.

No comments: