Thursday, November 19, 2015

Kerja Ep 8: Ayah

Setting baru: Klinik kesihatan

Episod 8 baru, dah tukar latar tempat. Banyak lagi sebenarnya cerita di HRPZ II tapi biarlah jadi kenangan untuk diri sendiri sementara ini.

Bulan ni target nak pancing patient DMTAC awal2. Sebab utama, nak isi questionnaire QAP. Minggu lepas x berjaya tangkap seorang pun. Hari ni ada new case for Insulin, so cepat2 tarik jadi patient DMTAC.

Sedang counsel pak cik ni, rasa sayu sangat, Orang tua, mesti takut2 nak mencuba benda baru. Kita yang muda sikit ni pun takut juga rasanya kalau disuruh cucuk diri sendiri hari-hari kan? Pak cik ni tak malu untuk sembunyikan rasa takutnya untuk menggunakan insulin kali pertama. Hmm. Sebenarnya sepanjang counselling tadi aku teringat pada arwah ayah. Ayah pun once insulin user, patient yang sangat compliance dengan ubat-ubatnya, yang sangat peka dengan berapa RBS/FBS hariannya. Hmm. Episod Emergency couple kat TV9 tu pun skang tengah dalam mood perkabungan ayah Oh Chang Min, Aish. Rasa ralat tu masih ada, Ralat sebab tak sempat amik kisah pun pasal ubat-ubat ayah, pasal PD bla2. Dia pergi dulu sebelum aku mula berminat hal-hal ubat/ kesihatan. Allah ada aturan yang terbaik untuk hidup kita.

Berusahalah untuk menjadi anak yang solehah pada ibu bapa kita. Yang masih hidup atau sudah dijemput menghadap Ilahi. Dan di usia begini, mungkin banyak yang sedang kita fikir tentang baitul muslim yang bakal dibina, namun sesekali jangan dilupa baitul musim yang sedang kita diami sekarang. Sama-sama berusaha untuk menjdai lebih baik. Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." [an-Nisa: 1]

Terima kasih kepada pesakit ini dan anaknya, Bapak borek, anak rintik. Pakcik yang sangat merendah diri, anaknya juga sangat bersopan-santun. Moga lebih ramai umat manusia yang memiliki akhlak2 murni sebegini.

Ps: Lama sangat kat draf, dari awal mula QAP sampai sekarang dah tutup kitab QAP dah; and dari sebelum kahwin sampai dah kena cepat2 ready jadi ibu dah. ~~'

Sunday, June 14, 2015

Hidup Ep 1: Jangan tengok sekadar tengok

"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
(ar-Ra'd: 4)

"Cantiknyaaaa."
Senyuman tak lekang dari bibirku tatkala melihat bunga-bunga indah di sekeliling. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Tuhan. Cantik di mata; tenang di hati.

Insan di sebelah turut tersenyum. Tapi punya maksud yang berbeza. "Cantik. Tapi kalau kita tahu apa yang membuatkan bunga-bunga tu jadi cantik untuk dipandang, mesti lagi best."

Segera aku tolehkan kepala melihatnya. Dari tadi aku dapat rasakan dia tidak begitu senang  dengan keterujaanku pada keindahan mahkluk-makhluk ini.
"Jangan tengok, sekadar tengok. Sama je la kita dengan diorang tu kalau macam tu. Tengok bunga-bunga cantik, amik gambar, kemudian balik." katanya sambil memandang pada pelancong-pelancong di MARDI Cameron Highlands yang kebanyakannya sejak dari tadi tak berhenti menggunakan smart phone masing-masing untuk memotretkan memori mereka di situ.

"Jom, kita pergi cari pekerja sini tanya pasal pokok-pokok ni. Barulah kita boleh belajar sesuatu." Segera dia melangkah, memimpinku sambil mencari sosok-sosok tubuh yang boleh memberi makan pada akal kami petang itu.

Allah tak cipta sesuatu itu sia-sia. Akal yang menjadikan kita makhluk istimewa jangan dibiarkan tandus dari menjalankan peranannya. Pandang sekeliling; buka mata seluasnya, sambil hati berzikir, tajamkan akal dengan berfikir. Hujung akal itu, pangkalnya agama.

Tempat dapat banyak ilmu bila mula apply apa yang diajar. Terima kasih anda yang mengingatkan. :)


Bacaan tambahan: http://islamquest.net/id/archive/question/id21731

Sunday, February 1, 2015

Random

Laptop rosak.
Tak syok nak update blog.
Walhal banyak benda nak dikongsi.
Masa lapang pun banyak.
Tapi...
Laptop kat kedai.
Ntah apa diagnosis, Dr.Comp tak sempat review lagi.
Hmm.

Nampak tak, aku bosan.
Fikir, fikir dan fikir.
Risau itu, risau ini.
Eh Asma, fikir dan risau tu buang masa.
Kalau lansung tak hasilkan aksi.

Kagum dengan bonda,
24 jam sehari tak pernah duduk saje.
Ada je projek dibuatnya,
Otak ligat memikir segala,
Sampai kadang sakit kepala.

Rindu pada ayahanda,
Lama tak dengar berita,
Banyak benda adik nak cerita,
Banyak perkara adik nak tanya kenapa,
Ahh, dah tetiba habuk masuk mata.

Teka, sebenarnya aku kenapa?

Sunday, September 21, 2014

Kerja Ep 7: Keselamatan diri

Ramai patients sedang menunggu ubat di depan, menunggu kakak-kakak pharmacist kat dalam buat kerja mereka; screening, labelling, filling, counter checking seterusnya dispensing. Muka semua kepenatan, si pesakit, ahli keluarga pesakit dan kakak-kakak yang sedang bekerja ni pun. Tak sangka ramai patients malam ni. Nak minum air pun tak sempat, kaki dah lenguh sekejap ke depan sekejap ke belakang.

Pintu masuk farmasi berbunyi tanda ada pesakit datang mengambil ubat. Sugul mukanya. Kelam. Nampak sangat sedih. Aku segera ke hadapan untuk mengambil preskripsi darinya dan memberikan nombor giliran.
"Mak cik pegang nombor ni deh, nanti kami panggil. Duduk dulu deh."

Aku hulur kertas kecil pink dengan angka giliran 203 padanya. Belum sempat mak cik pertama tadi duduk, seorang lagi mak cik datang dan hulur preskripsi. Angka giliran 204 miliknya.

Zati yang dari tadi duduk di meja labelling dah bangun untuk filling. Aku ambil tempatnya untuk melabel 2 preskripsi tadi.

Rx:
 T.Metronidazole 400mg tds x5/7
 T.Doxycline 100mg od x5/7
 Flavine for la

Siap masukkan kod untuk Flagyl, lihat dos untuk Doxycline aku tarik nafas panjang..
Baru tergerak untuk tengok Diagnosis.

Dx: Alleged rape

Astagfirullah. Innalillah hi wa inna ila hi rajiuun.

Kedua-dua slip tadi dengan ubat dan diagnosis yang sama. Antibiotik-antibiotik diberi as propylaxis for STD. Allahu. Patut la muka makcik-makcik tadi nampak sangat sedih. Ya Rabb, Kau lindungilah anak-anak mereka, dan keluarga pesakit ini Ya Allah, dan Kau peliharalah Kami dari kejahatan makhluk..

Ini bukan kes pertama sepanjang aku kerja malam, cuma hari ini otak ligat berfikir selagi tak cerita pada korang. Mata masih tak boleh nak lelap sampai sekarang. Masyarakat kita sekarang dah makin sakit. Pesakit-pesakit tadi baru berusia 15 tahun, entah apa salahnya diperlakukan sebegitu. Tak kurang juga yang datang hospital pada waktu malam untuk dapatkan rawatan setelah disamun, bergaduh dengan pencuri dan sebagainya. Hmm.

Tak de tempat atas dunia ini yang crime-free zone. Aku tahu hakikat tu. Cuma mungkin kita semua boleh sama-sama cuba merealisasikan impian ini. Jangan jadi penjenayah. Jangan undang penjenayah. Jangan sekadar menjadi penonton jenayah di depan mata. Jangan. Jangan dan Jangan.

Antara billboard yang buat aku makin sayang pada kerajaan negeri Kelantan. Dekat je dengan HRPZ II. :)
Moga Allah terus memelihara negeri ini, pemimpinya dan rakyatnya.


Sama-sama kita menjadi masyarakat yang peka. Macam mana? Bijak memilih pemimpin anda. Mungkin pada korang melantik pemimpin tu kadang tiada kaitan denga isu ini. Tapi pada aku ia satu agenda penting. Sebab apa? Sebab sebenarnya pemimpin setempat tu bertanggungjawab ke atas segala hal yang berlaku di tempat pemerintahannya, termasuk keselamatan penduduknya; merangkumi keselamatan di dunia dan akhirat. Besar tanggungjawab diorang, sebesar tanggungjawab kita dalam memilih pemimpin yang terbaik dan dipercayai. Jangan memilih pemimpin yang sekadar menjanjikan kemajuan kampung kita. Tapi soal pembinaan akhlak tiada. Jangan sekadar memilih pemimpin yang hanya berjanji tentang hal keduniaan, carilah yang turut mementingkan soal akhirat rakyatnya. Buat penduduk-penduduk N.01 Pengkalan Kubor yang bakal mengundi pada 25 Sept ini, buatlah pilihan yang bijak, moga-moga Allah serahkan kemenangan pada yang hak.

Teringat-teringat kejadian bilik dimasuki pencuri semasa masih belajar dulu. Syukur tak terhingga kerana tak diapa-apakan olehnya. Walaupun hilang laptop, handphone dan duit, Allah masih pelihara maruah diri ini. :')

Hari tu pernah terdengar satu tazkirah di IKIM, Ustaz ajar untuk amalkan doa ini;

 اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَـا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

ALLAHUMA ANTA SALAM WA MINKA SALAM TABARAKTA YA DZAL JALALI WAL IKRAM

“ Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia “.       
 (HR.Muslim: 1/414)

Sama-sama amalkan doa perlindungan ini. Semasa naik kenderaan, semasa meninggalkan rumah, dan sebenarnya dianjurkan untuk dibaca setiap kali lepas solat. Moga-moga Allah lindungi kita semua.



Friday, September 19, 2014

Kerja Ep 6: I'm only Human

"Asma, sini kejap."

Baru nak isi perut dengan jamuan pagi lepas selesai research presentation, bos SN (bukan nama sebenar) panggil.
Dalam hati memang dah tahu dah kenapa dia panggil.
Alahai, malasnya nak pergi.

"Wong pergi la makan kat depan, saya makan kat sini je."
Niat asal nak makan dengan Wong sambil dengar team lain punya presentation, sebelum kembali sambung kerja kat stor.

"Apa sebenarnya jadi malam tu?"

"Eh, bukan semua pegawai tau ke? Awal-awal lagi dah kecoh kat group Whatsapp pegawai kan? Nak saya cerita apa lagi?"

"Saya nak dengar dari mulut awak sendiri."

"Oh, Ye tak ye. Sebab semalam saya ada dengar orang tahu cerita versi lain."

"Sebab tu saya nak dengar dari mulut awak sendiri."

"Hmmm. Saya make it short la ye. Saya salah faham arahan, saya ingat pegawai tu suruh saya sambung dispensed ubat kat patient yang memang tengah tercegat depan kaunter dan assumed bakul depan dia tu ubat-ubat dia. Sebab tu saya tak double confirm pun nama patient. Bla. Bla. Bla."

"Kira awak sambung kerja orang la. Tu la saya pun pelik, terkejut jugak dengar bila tahu awak yang terlibat. Pastu malam tu awak  jumpa ke cari rumah patient?"

"Tak. Malam2, semua orang dah tidur. Nak tanya orang sekeliling tak banyak yang masih berjaga. Yang ada pun, semua tak kenal. Takkan saya nak ketuk rumah orang malam-malam. Esoknya, pagi-pagi lagi saya pergi cari, Alhamdulillah, patient sempat makan sebijik je ubat tu. And tak de complaint apa-apa. Menangis-nangis saya minta maaf kat dia."

"Ok la patient tak de pape."

"Em. Mesti lepas ni semua orang dah tak percayakan saya kan?"

Terkeluar soalan ni tak semena-mena. Aish.

"Tak pe je kalau ada yang macam tu. Mungkin diorang tak pernah kerja sekali dengan awak."

Serius dengar ayat tu bergenang air mata. Datang dari mulut bos yang sangat susah nak percayakan orang lain. Aku sendiri pun tak pasti macam mana dia boleh percaya kat aku. Padahal pada aku sendiri pun, ni memang silap besar. Sampai sekarang tak berani nak dispensed kalau ubat patient banyak. And of course, ill never sambung kerja orang.

"Awak tau tak ubat Trimetazidine ni ubat yang tak banyak info pasal dia? Perasan?"

Sebijik ubat yang patient sempat makan tu, Trimetazidine (aka Vastarel) ni la. Ubat-ubat lain dia tak makan, sebab banyak sangat katanya. ~~

"Tu la saya pelik jugak bila masuk sini, ramai  patient on Vastarel ni, padahal dulu waktu belajar jarang-jarang je dengar ubat ni."

Dapat info baru. Try korang search kat Medscape, Lexicomp, nama ubat ni pun x de. Huhu.

Dan tak pasal-pasal, aku jatuh cinta kat lagu Human-Christina Peri. Huhu.



Kadang (Baca: Selalu) patients and even staff yang kerja bahagian kesihatan pun pelik kenapa lama sangat nak dapat ubat dari Farmasi. Padahal tinggal nak ambil and label je pun. Huhu. Kalau la kerja as pharmacist ni sesenang tu, tak de la aku kadang-kadang hampir putus asa nak teruskan kerjaya ni. Kerja ni main dengan nyawa orang wei. Sebab tu sampai tengah malam dalam keadaan sakit perut sebab lapar tahap dewa pun digagahkan jugak diri keliling kampung tu mencari rumah patient takut kalau tersalah amik ubat. Dan walaupun bengang sebab tak dapat call doctor lepas banyak kali dial kami akan cari jugak doctor tu sampai ke lubang cacing kalau dia order ubat/ dos pelik-pelik, just to confirm and clarify bukan nak cari pasal. Heh.

Tapi ye, kami manusia. Aku manusia. Aku selalu buat silap. Aku tau aku sepatutnya tak boleh silap. Sebab tu kena selalu doa pada Allah. Minta Allah pelihara dan pandu setiap tindakan kita. Kadang Allah buat kita terduduk kaku, tertunduk malu menghadap manusia. Mungkin sebab kita terlalu leka, makin alpa, amal entah ke mana, dosa makin berjuta . Pada masa tu, rindunya kita pada-Nya harapnya melebihi malunya kita menghadap Dia,

Ya Rabb, jangan biarkan aku terleka lagi.  Mungkin sebahagian manusia hilang percaya, tapi aku hanya harapkan redha-Mu. Jangan Kau uji aku dengan sesuatu yang aku tak mampu tanggung.