Sunday, September 21, 2014

Kerja Ep 7: Keselamatan diri

Ramai patients sedang menunggu ubat di depan, menunggu kakak-kakak pharmacist kat dalam buat kerja mereka; screening, labelling, filling, counter checking seterusnya dispensing. Muka semua kepenatan, si pesakit, ahli keluarga pesakit dan kakak-kakak yang sedang bekerja ni pun. Tak sangka ramai patients malam ni. Nak minum air pun tak sempat, kaki dah lenguh sekejap ke depan sekejap ke belakang.

Pintu masuk farmasi berbunyi tanda ada pesakit datang mengambil ubat. Sugul mukanya. Kelam. Nampak sangat sedih. Aku segera ke hadapan untuk mengambil preskripsi darinya dan memberikan nombor giliran.
"Mak cik pegang nombor ni deh, nanti kami panggil. Duduk dulu deh."

Aku hulur kertas kecil pink dengan angka giliran 203 padanya. Belum sempat mak cik pertama tadi duduk, seorang lagi mak cik datang dan hulur preskripsi. Angka giliran 204 miliknya.

Zati yang dari tadi duduk di meja labelling dah bangun untuk filling. Aku ambil tempatnya untuk melabel 2 preskripsi tadi.

Rx:
 T.Metronidazole 400mg tds x5/7
 T.Doxycline 100mg od x5/7
 Flavine for la

Siap masukkan kod untuk Flagyl, lihat dos untuk Doxycline aku tarik nafas panjang..
Baru tergerak untuk tengok Diagnosis.

Dx: Alleged rape

Astagfirullah. Innalillah hi wa inna ila hi rajiuun.

Kedua-dua slip tadi dengan ubat dan diagnosis yang sama. Antibiotik-antibiotik diberi as propylaxis for STD. Allahu. Patut la muka makcik-makcik tadi nampak sangat sedih. Ya Rabb, Kau lindungilah anak-anak mereka, dan keluarga pesakit ini Ya Allah, dan Kau peliharalah Kami dari kejahatan makhluk..

Ini bukan kes pertama sepanjang aku kerja malam, cuma hari ini otak ligat berfikir selagi tak cerita pada korang. Mata masih tak boleh nak lelap sampai sekarang. Masyarakat kita sekarang dah makin sakit. Pesakit-pesakit tadi baru berusia 15 tahun, entah apa salahnya diperlakukan sebegitu. Tak kurang juga yang datang hospital pada waktu malam untuk dapatkan rawatan setelah disamun, bergaduh dengan pencuri dan sebagainya. Hmm.

Tak de tempat atas dunia ini yang crime-free zone. Aku tahu hakikat tu. Cuma mungkin kita semua boleh sama-sama cuba merealisasikan impian ini. Jangan jadi penjenayah. Jangan undang penjenayah. Jangan sekadar menjadi penonton jenayah di depan mata. Jangan. Jangan dan Jangan.

Antara billboard yang buat aku makin sayang pada kerajaan negeri Kelantan. Dekat je dengan HRPZ II. :)
Moga Allah terus memelihara negeri ini, pemimpinya dan rakyatnya.


Sama-sama kita menjadi masyarakat yang peka. Macam mana? Bijak memilih pemimpin anda. Mungkin pada korang melantik pemimpin tu kadang tiada kaitan denga isu ini. Tapi pada aku ia satu agenda penting. Sebab apa? Sebab sebenarnya pemimpin setempat tu bertanggungjawab ke atas segala hal yang berlaku di tempat pemerintahannya, termasuk keselamatan penduduknya; merangkumi keselamatan di dunia dan akhirat. Besar tanggungjawab diorang, sebesar tanggungjawab kita dalam memilih pemimpin yang terbaik dan dipercayai. Jangan memilih pemimpin yang sekadar menjanjikan kemajuan kampung kita. Tapi soal pembinaan akhlak tiada. Jangan sekadar memilih pemimpin yang hanya berjanji tentang hal keduniaan, carilah yang turut mementingkan soal akhirat rakyatnya. Buat penduduk-penduduk N.01 Pengkalan Kubor yang bakal mengundi pada 25 Sept ini, buatlah pilihan yang bijak, moga-moga Allah serahkan kemenangan pada yang hak.

Teringat-teringat kejadian bilik dimasuki pencuri semasa masih belajar dulu. Syukur tak terhingga kerana tak diapa-apakan olehnya. Walaupun hilang laptop, handphone dan duit, Allah masih pelihara maruah diri ini. :')

Hari tu pernah terdengar satu tazkirah di IKIM, Ustaz ajar untuk amalkan doa ini;

 اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَـا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

ALLAHUMA ANTA SALAM WA MINKA SALAM TABARAKTA YA DZAL JALALI WAL IKRAM

“ Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia “.       
 (HR.Muslim: 1/414)

Sama-sama amalkan doa perlindungan ini. Semasa naik kenderaan, semasa meninggalkan rumah, dan sebenarnya dianjurkan untuk dibaca setiap kali lepas solat. Moga-moga Allah lindungi kita semua.



2 comments:

ME said...

od dose tu prophylactic dose ye?

kitahamba said...

100mg od. Aah.