Thursday, September 4, 2014

UKM KL: Apa Kata Senior?

Bismillah.

UKM KL. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, ye dak? :)

Serius tak pernah tahu yang UKM ada kampus lain dekat KL dan Cheras walaupun ada kakak dan abang pernah belajar di UKM. Sebab tu sedap2 je letak UKM jadi 1st choice walhal niat asal nak tukar universiti (saya ex-PASUM) kononnya nak lari dari kesibukan ibu kota. Kira dapat lari kat Bangi pun ok la daripada stay kat PJ tu. Huhu. Tapi, Allah lagi tahu. Allah letak terus kat tengah-tengah ibu kota dengan pelbagai perancangan lain yang mungkin ada beberapanya aku sendiri masih tak faham sampai sekarang.

Susah ke duduk KL?

Teringat dulu pernah sembang dengan seorang floor-mate waktu kat 12th, anak jati KL. Kami, kengkawan dia yang latar belakang dari pelbagai negeri ni menyibuk nak tahu macam mana femly dia boleh survive kat bandaraya ni. Barang mahal. Masalah sosial sana sini. Penceraman udara, pencemaran bunyi, pencemaran pandangan dan segala bagai lagi. Nak jalan sensorang ke sana ke mari takut kena simbah asid. nak naik teksi sensorang takut kena samun. Nak makan kat kedai sebarangan takut keracunan. Macam-macam kebimbangan kalau diikutkan. Tapi bila fikir2 balik hidup je manusia lain kat ibu kota ni.

Macam mana diorang survive?

Sebelum ni kalau nak nasihat orang, nasihat pertama mesti akan suruh dia cari kawan yang baik. Macam mana nak tahu dia baik ke tak? Kakak dan abang ajar, pergi solat kat surau, cari geng kat sana. Tapi mesti ada yang kata bukan semua budak surau tu baik, and budak tak pergi surau tu tak baik. Kadang yang pergi surau awal2 masuk kolej tu pun sebab tak tahu arah kiblat, tak mop lantai bilik bersih2 lagi. Yang tak pergi surau tu sebab tak jumpa surau kat mana, atau segan nak pergi sensorang. Mungkin. Betul2. Tapi tips ni berkesan la untuk diri sendiri, sebab jumpa ramai kawan2 yang baik kat sini. Kawan2 yang akan ingatkan kita bila lupa, kawan yang menguatkan bila kita lemah, yang akan terus-terusan bagi semangat bila kita rasa nak putus asa. Dari sudut pandang  yang agak berbeza dari tips pertama, teringat ada sorang ustaz kata sepatutnya kita kena jadi baik dulu baru kita akan dapat kawan yang baik. Tak tau nak komen lanjut tang ni, sebab saya tak baik, kawan2 saya baik. Hee.

Betul ke study kat U ni busy, tapi banyak masa free?

Macam mano tu? Haha. Bila dengan mak ayah, lecturer, femly, mesti korang akan bagi alasan korang busy bila diorang ajak pergi mana2 ke, alasan lambat hantar assignments, or bila result teruk. Alasan biasa. Kredit hour banyak, program-program kolej dan fakulti semua wajib pergi, report buat tak siap2 dan macam2 lagi. Tapi bila kawan ajak pergi keluar makan, tengok movie, main game, round uptown, semua on. Apa maksudnya? #Priority. Mana yang kita utamakan sebenarnya? Tips seterusnya, bijaklah meletakkan keutamaan dalam kehidupan. Mana lagi utama assignment dengan movie. Mana lagi penting main game dengan pergi dengar tazkirah kat surau. Mana lagi untung pergi round uptown or cari pengalaman organize program? Fikir2. Dah layak masuk U kan? Heh.

Study memang susah eh?

Memang la susah, susah dari dulu2. Zaman matrikulasi/asasi. Zaman sekolah. Zaman tadika. Tu konfom la. Takkan la nak makin senang plak. Tipu la kalau kata lagi senang kan. Lagi2, dah makin tua. Ingatan pun tak seberapa, faktor umur & faktor dosa. Tapi Allah dah pilih kita untuk berada dalam kos tu, dalam universiti tu, insyaallah Allah tahu kita boleh buat. Tinggal nak usaha je. Cuma jangan dilupa, akademik tu penting. Tapi sambil2 tu top up la ilmu untuk akhirat jugak. Dan KL adalah tempat terbaik untuk korang belajar macam2 benda. Program merata-rata. Nak yang berbayar or nak yang free semua ada, tinggal korang nak pilih yang mana je. Jangan lepaskan peluang nak kaup segala jenis ilmu ni sebab ni je masa yang sebenarnya korang ada masa, tenaga dan duit (biasiswa banyak kan?) sebelum tiba masa sibuk dengan kerja dan keluarga.

Cukup kot. Semoga berjaya semua. Adik2 UKM KL, jangan lupa join BADAR. Tak yah rasa poyo bila nak join BADAR. Bebudak yang dah join tu pun semua sempoi2 je. Tak de pelik sangat pun dari korang. Ada dua mata, dua telinga, satu hidung dan yang penting satu HATI. SATU HATI UNTUK ILAHI. :)

With team JAKSA KTSN. Sisi lain kenangan dan pengalaman di UKM KL. :)

No comments: