Ramadhan telah berlalu,
kutangisi pemergiannya,
diselubungi pelbagai penyesalan,
terasa rugi tak perbanyakkan lagi amalan.
Allah tawarkan lagi medan baru,
buat diri yang imannya mekar bermusim,
buat diri yang sering tertunduk kalah pada nafsu.
Mungkin tak seindah hamparan Ramadhan,
di mana pintu neraka ditutup, digari iblis dan syaitan.
Zulkaedah dilalui,
Zulhijjah menanti,
keduanya bulan haram yang istimewa.
Moga-moga Allah beri kesempatan untuk kita bertemu,
agar penyesalan di masa lalu,
tak dipanjang-panjangkan lagi.
Mantapkan amalan fardhu,
Giatkan amalan sunat.
Banyakkan bertaubat,
lazimkan zikir.
Korbankan harta,
ikhlaskan diri.
Kerna redha Allah, hanya itu yang patut diimpi.
Jangan ditangguh lagi, entah bila kita kan mati.
HAJI?
Mungkin belum tiba masanya lagi.
Sediakan diri.
Agar segera dipanggil menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti.
Bacaan lanjut: KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH & KORBAN
No comments:
Post a Comment