Bismillah walhamdulillah....
Kita mulakan entry ni dengan antara isi ucapan Umar Abdul Aziz semasa dilantik menggatikan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik...
“Wahai rakyatku sekalian, barangsiapa yang ingin mengikuti kami, maka hendaklah dia mengikuti dengan lima perkara. Pertama, sesiapa yang mempunyai sesuatu hajat, maka hendaklah dia memaklumkan permohonan hajatnya itu kepada kami. Kedua, tunjukkan kepada kami keadilan yang kami tidak lakukannya. Ketiga, bantulah kami dengan melaksnakan kebenaran dan keadilan. Keempat, janganlah seseorang kamu mencemuh kami, tetapi hendaklah baiki kami jika kami melakukan kesilapan. Dan terakhir, barangsiapa yang tidak melaksanakan aturan-aturan Allah, pasti dia akan berada dalam kesulitan, sama ada di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.”
Post kali ni sekadar ingin berkongsi rasa dengan anda wahai blog...
“JIKA KAMU TIDAK MENYIBUKKAN DIRI ANDA DENGAN KEBENARAN, MAKA HAWA NAFSU AKAN MENYIBUKKAN ANDA DENGAN KEBATILAN” AS-SYAFFIE
Dalam usaha untuk menyibukkan diri dengan kebenaran, Allah pasti akan buka jalan untuk kita,
Cuma kadang kita masih berteka-teki dengan diri sendiri adakah mampu kita pikul segala beban atau amanah y dipertanggungjawabkan..
Saat taklifan lama masih belum tamat tempoh perkhidmatannya, taklifan baru yang pastinya lebih berat perlu digalas.
Saat masalah yang dulunya agak kecil tetapi kini menjadi isu besar, penyelesaian masalah itu menjadi tanggunjawab diri ini.
Ya Rabb, tiadalah mampu diri ini untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan tanpa bantuan pertolongan dari-Mu.
Moga2 dengan kesibukan ini mendekatkan lagi aku dengan-MU,
Moga2 dengan tanggungjawab ini melindungi aku dari murka-MU,
Moga2 amanah ini menjadi tapak menuju redha-MU.
...alllowing yourself to LIVE instead of exist, to exist is a chore, to live is a choice... |
~mari bersama MEMAKNAKAN hidup kita dan mereka!
No comments:
Post a Comment