Buat apa kita nak ingat orang y xingat kita kan?
Bunyi macam baru putus cinta je, tapi inilah yang akan jadi bila kita memutuskan ikatan percintaan antara kita dan Rasulullah, dan apabila ini berlaku putus jualah kecintaan Allah kepada kita kerana kita sudah tidak mencintai kekasih-NYA. Naudzubillah!
Buat apa Rasulullah nak ingat kita, umatnya yang xpernah berselawat padanya, yang jarang mengamalkan sunnahnya bahkan ada yang merendah2kan cara hidupnya. Memanglah kecintaan Rasulullah padakita sebagai umatnya ini sangat tebal melebihi kasih sayang kita padanya, tapi jika difikir logiknya fikiran kita, adakah kita akan mengenang mereka yang lansung tidak mengendahkan kita? Bukanlah niat di hati untuk menyamakan sifat kekasih Allah ini dengan umatnya tapi sekadar ingin menyedarkan kita; hamba Allah yang sering leka dan alpa.
Jika kita mengaku kita cinta pada Rasulullah, apa buktinya?
Adakah telah diikuti sunnahnya dalam segenap amalan kita selama hidup ini?
Mari muhasabah diri, adakah kita benar2 mencinta insan yang memiliki peribadi yang sangat mulia ini?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (3:31)
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (33:21)
Moga2 Rasulullah ‘tidak lupa’ untuk memberi syafaatnya di akhirat nanti sebagaimana kita selalu lupa untuk mengingatinya.
Teringin sekali rasanya berkongsi qasidah hasil ciptaan sahabat2 dalam mengingati baginda Nabi Muhammad SAW;
Wahai Rasul..
Oh bulanku..
Kaulah penerang alam ini..
Penyuluh cahaya, cahaya hidayah..
Buat kami sebagai umat Mu.
Wahai Nabi Muhammad,
Kami rindu padamu,
Atas pengorbananmu,
Juga kasih sayangmu...
Muhammad, Muhammad,
Kaulah pemimpin kami,
Contoh teladan,
Umat di akhir zaman.
No comments:
Post a Comment