Sunday, February 27, 2011

ERTI SYUKUR



27 Feb 2011, malam yang membuka mata aku pada kehidupan sebenar manusia di bumi Tuhan ini. Teringat kata2 Datin Suri tadi, open your eyes and see what is it behind all d ‘great’ things of KL. Terngiang2 lagu Open Your Eyes by Maher Zain di fikiran. Dan persoalan yang bermain difikiran aku sekarang, adakah aku dalam kalangan umat Nabi Muhammad, Ya Rabbi? Rasulullah pernah bersabda dan aku kira kebanyakan dari kita tahu hadis ni; 
Maksud Hadith Rasulullah SAW: "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Sekarang aku sedar, (harapnya betul2 sedar) bahawa di luar sana terlalu ramai orang yang memerlukan kita. Terlalu ramai. Mereka yang berlainan agama perlu dikenalkan pada Islam yang sebenar2nya, orang yang bermasalah perlu dibantu menyelesaikan masalahnya, orang yang miskin perlu dikornbankan harta dan tenaga kita untuk meringankan bebannya, orang yang sakit harus diaplikasi ilmu yang kita pelajari untuk mengubati penyakitnya dan orang yang kaya-raya, aman bahagia, sihat walafiat WAJIB DIINGATKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA pada mereka yang memerlukan.

Selesai mengedarkan makanan pada warga kota yang homeless di sekitar KL, buat kami tersedar bahawa di sebalik kemegahan ibu negara kita, kemajuan ibu kota, kesibukan kota raya, tersimpan 1001 cerita y boleh dijadikan iktibar dan motivasi buat kita sebagai hamba-NYA. Mereka ini bukanlah pengemis tetapi disebabkan kehidupan yang menekan atas pelbagai alasan, malam mereka x seindah malam-malam kita.

Namun, bukan itu isu besarnya di sini. Setelah mendengar taklimat dan perkongsian cerita dari organisasi Reachout org, hati aku sangat terkesan bila dikhabarkan kebanyakan mereka yang menjadi volunteer adalah non-muslim dan kebanyakan main board mereka adalah foreigner. Bayangkan, Islam yang mengajar kita untuk berbakti pada yang memerlukan tanpa mengambil kira siapa pun dia, agama apa pun dianuti, warna apa pun kulitnya, tapi kebanyakan Muslim kelihatannya sibuk dalam ‘dunia’ masing-masing. Kadang kita alpa, bahawa 1km dari tempat kediaman kita, masih ramai warga kota yang sedang menungggu untuk diberi makan, menunggu untuk didakwahkan, menunggu untuk diberi semangat supaya meneruskan hidup ini, tapi kita terlalu selesa berada dalam kelompok kita, dengan segalanya lengkap tersedia NAMUN KITA MASIH MENGELUH dengan segala nikmat yang ALLah kurniakan. Ampunkan kami Ya Ilahi, atas segala dosa y kami lakukan dalam keadaaan sedar atau tidak. Ya Allah, ingatkan dan sedarkan kami akan tanggungjawab kami pada agama-Mu, agar di sana nanti tidak Kau hukum kami denagan azab api neraka-Mu.

A wise man remebers his friends at all the times;
a fool, only when he has need of them.
Apa lagi yang boleh dipelajari dari pengalaman malam ini? Kita pelu jadi kaya demi agama! Sekarang saya dah x pelik kenapa syarikat2 y diterajui oleh Non-Muslim berjaya dan maju. Kerana mereka  tidak lupa memberi ‘saham’ milik mereka yang miskin, mereka yang kurang mampu, dan mereka yang seharusnya diberi bantuan. Tapi bisnes2 Muslim? Bila diberi sedikit kemewahan, kita lupa memberikan hak orang lain dang menganggap segala yang kita usahakan milik kita sepenuhnya. Kita lupa yang kita ini hanya hamba. Kita sibuk mengatakan orang itu zalim, pemimpin itu tidak adil, etc tapi kita lupa kita juga manusia yang ZALIM bilamana kita tidak meletakkan sesuatu ynag hak di tempat yang sepatutnya. Kita mengaku cinta Rasulullah, tapi kita tak ikut sunnahnya. Kita malaung2kan bahawa kita cinta Allah, tapi perintah-Nya kita ambil ringan. Mulai sekarang, amalkan hidup berjimat cermat, mula mencari side income supaya kita dapat menggunakan rezeki yang dikurniakan pada kita bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga tapi disalurkan pada mereka yang memberikan kita peluang untuk ‘hidup lebih lama’, pada mereka yang membuka lubuk2 pahala bagi mereka yang menghargainya.

Dan pengalaman yang tidak kurang hebatnya hari ni, setelah bersembang@berbual dengan sahabat kak kina dari uitm puncak alam buat saya menjadi sangat bersyukur menjadi warga UKM. Banyak yang saya belajar di sini. Banyak peluang yang Allah buka untuk saya lebih mengenal diri sendiri dan pastinya lebih mencintai Dia! Alhamdulillah, saya tak ditempatkan di UM, UTP, UniPad, dll tapi UKM tempat saya belajar makna hidup yang sebenar dan berusaha MEMAKNAKAN hidup orang lain. Betullah Allah tahu segala yang terbaik buat kita. Segala2nya! Moga2 kita sentiasa dipberi petunjuk oleh-Nya.

Walaupun hati pada awalnya cemburu dengan kegembiraan yang sedang dirasai oleh ahli keluarga di rumah, kesal sebab tak dapat untuk berada di rumah (lagi2 bila mana kakak memberi gambar2 anak sedara yanag dah banyak aksinya), tapi saya yakin ini adalah takdir yang Allah tetapkan supaya saya belajar sesuatau di sebalik apa yang terjadi malam ini. Dan apa yang difikirkan untuk masa depanku saat ini, mungkin tempat yang sesuai untuk berkhidmat pada agama ada di sini? Trying to find job here in d future? Buat angah and adik aisyah y baca post ni (mungkin), harap dapat fahamkan pada mak yang achik sedang berusaha untuk menambah saham2 ayah supaya dia aman kat sana sekarang dan pastinya tak lupa untuk saham mak jugak. Jom sama2 jalankan tanggungjawab kita semua wahai sekalian manusia yang beriman!

Konklusinya dalam satu ayat yang ringkas, JADILAH ORANG YANG BERSYUKUR!

(gambar2 insyaAllah akan di post dalam artikel akan datang...2 b continued...)


1 comment:

norulqalbi said...

insyaAllah...
syukur alhamddulillah..=)