Friday, January 7, 2011

virus ukhwah

Nikmat yang dikurniakan oleh Allah pada kita secara percuma terlalu banyak. Allah tetap memberi tidak kira sama ada kita ingat untuk memintanya atau tidak. Kita akui bahawa antara nikmat yang terbesar ialah nikmat Iman dan Islam. Sehinggakan ada yang menyebut cukuplah kedua nikmat ini diberikan kepada seorang manusia, insyaallah hidupnya akan bahagia. Tetapi kali ini suka saya ingatkan satu lagi nikmat yang terbesar iaitu ikatan hati dan jiwa yang didasarkan dengan akidah atau ringkasya, ukhwah.

Allah berfirman;
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). " 49:13

“sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara.........” 49:10 
Namun di sini saya sekadar ingin berkongsi virus2 ukhwah atau pun sikap/perbuatan yang boleh menjejaskan persaudaraan kaum muslim.

1.      Tamak dengan nikmat dunia.


Elok kiranya kita telusuri kisah persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa hijrah melalui ayat ini,
“dan orang2 (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah ke tempat  mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan diri  (Muhajirin), tas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran , maka mereka itulah oranh-orang yang beruntung.” 59:9

Pengajarannya?
Jangan ambil kesempatan atas pertolongan yang diberi.
Bila nak tolong sahabat, xperlu fikir 2 kali.
Dan dahulukan orang lain!

Lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down. 
~Oprah Winfrey 

2.      Lalai dalam menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama.


“......Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). “ 5:2

Hanya ukhwah yang berlandaskan iman akan membuatkan kita tenang dan senang. Tetapi bila ia dicemari dengan maksiat yang dilakukan oleh sahabat kita mahupun kita sendiri, kemanisan ukhwah itu akan hilang.

Rasulullah bersabda;
“ Tolonglah saudara engkau yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata: Ya Rasulullah! Aku pernah menolong orang yang dizalimi maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim? Rasulullah bersabda: engkau tegah dia dari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia.”

3.      Tidak santun dalam berbicara. 


Kerap kali kita berhadapan dengan situasi ini bukan?
Bak kata peribahas melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebelum bercakap, fikir2 kan patut ke apa yang ingin diungkapkan itu dilafazkan.

4.      Menagadakan perbicaraan rahsia.


Hal ini termasuklah berbisik di hadapan sahabat lain atau mengumpat.

“......dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. “ 49:12

5.      Keras kepala, sukar untuk menerima nasihat dan teguran.


Solusinya?  
Berlapang dadalah. Sedarlah, sukar untuk mencari sahabat yang berani untuk menegur kesilapan kita, jadi hargailah mereka dan bertindaklah atas teguran tersebut ke arah yang lebih baik.

Plutarch pernah berkata;
I don't need a friend who changes when I change and who nods when I nod; my shadow does that much better. 

6.      Berprasangka.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang........ “ 49:12

Akhir kalam, bila dijangkiti virus2 ukhwah, cepat2 pergi cari antiviral di farmasi berdekatan k!

No comments: