Sunday, May 23, 2010

fore-word



Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam ke atas Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya.
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

First entry.
Siap jugak blog ni.
Setelah entah berapa ramai orang yang tanya: "bila nak buat blog sendiri?"

Tapi...
Bila dah ada blog ni, tak tahu nak tulis apa la pulak...

Kita mula dengan nama blog ni-SOLILOQUY35.
Soliloquy=monologue.
Apa yang saya selalu dan sedang buat sekarang ni.
Bercakap dengan diri sendiri. Ada orang pelik dengan tabiat saya ni, but this is me!
Seronok bercakap dengan diri sendiri, buat kita lebih jelas dengan apa yang kita sedang lakukan. Dan sebagai 'tapisan' apa yang sepatutnya kita cakap dengan orang lain.
35 tu pulak ditambah disebabkan kalau nak letak soliloquy sahaja, dah tak available.
Mesti ada yang akan tanya: "kenapa 35?"
Jawapan saya: kalau saya letak 64, 10, kolam, life or other words, nanti ada pulak yang akan tanya: "kenapa tak tambah 35?" :)
Yang pasti, 35 bukan umur saya sekarang apatah lagi tahun saya lahir(1935).

Next, kenapa saya buat blog?
1) Bila ada orang tanya: "ada blog tak?", bolehlah sya jawab: ada...:)
2) Sebagai tempat saya sampaikan dan kongsikan apa yang saya tahu dengan orang lain.
3) Sebagai alternatif untuk saya mengurangkan aktiviti saya di facebook in order to boycott facebook. nak deactivate terus the account, sem depan banyak kena sampaikan berita dan info dekat students lain via FB...:(

Allah ada berfirman dalam surah al-maidah, ayat 100 yang bermaksud:

"katakanlah (Muhammad), "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung.""

Kita hamba Allah ni memang selalu akan tertarik dengan 'keburukan-keburukan' yang nampak indah di mata zahir kita. Tapi, gunakanlah mata hati kita untuk melihat dengan lebih jelas tujuan hidup kita dan takutlah HANYA pada Allah moga-moga kita memperoleh kebaikan di dunia dan di SANA nanti.

p/s: kita selalu akan sediakan jawapan yang bernas bila ditanya oleh manusia, tapi dah bersedia ke untuk jawab soalan-soalan malaikat Munkar dan Nakir nanti?
Prove yourself that you have 'akal yang sihat'!

No comments: