Monday, May 24, 2010

bukan kerana Islam


Umat ini lemah bukan kerana Islam
umat ini rebah bukan kerana Islam
umat ini disanggah bukan kerana Islam
tetapi umat ini ditindas, tewas kerana melupakan Islam.

Sedang umat Islam makin dihimpit
mereka terus berpecah
mereka terus bertikam lidah
mereka yang dulu bagai satu
yang saling memerlukan
kini masing-masing menyepi
demi kepentingan diri sendiri
mengapa ini terjadi?
kerana kita mula mencintai dunia
dan mula takutkan mati.

Bersamalah kita menelusuri
sejarah perjuangan mujahid terdahulu
yang tidak teragak-agak menghunus pedang
apabila seruan jihad memanggil
tidak kedekut menyumbang harta
tidak bakhil meluang masa
tidak takut menyerahkan nyawa
semuanya dilakukan demi Islam tercinta
semuanya dilakukan agar maruah terbela.


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." 61:4

No comments: