Hari ini saya nak berkongsi cerita tentng novel yang sedang dibaca-DAMAI.
Actually, ada 3 cerita dalam novel ni. Damai by Saidatul Safaa, yang jauh di pulau by Kak Su n langit...tetap biru by Syud. Tapi, saya baru habis 2 cerita tu tapi dah tak sabar nak bercakap sendiri tentang cerita-cerita tu.
Perlu diingatkan, saya bukan nak cerita pasal novel ni seluruhnya tapi apa yang saya dapat dari novel ni.
~Damai~
Pertama, apa yang menarik kisah ni sebab background dia pasal Turki=Istanbul=Kota Constantinople>> Sultan Muhammad al-Fateh=my idol.
Tapi saya pernah dengar ada ustaz kata tak elok guna perkataan idol tu sebab perkataan tu ada bawa unsur-unsur pemujaan atau penyembahan. Jadi, mungkin lebih elok kalau kita guna contoh terbaik bagi saya selepas kekasih Allah-Nabi Muhammad saw.
Apa yang hebat tentang Sultan Muhammad al-fateh ni selain dia ialah sebaik-baik ketua dalam hadis Nabi yang bermaksud: “Sesungguhnya Konstantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” ialah dia akan cuba mengamalkan segala ajaran Rasulullah dalam setiap perbuatannya or in other words, dia benar-benar menjadikan Islam sebagai his ONLY way of life. Nama sebenar Sultan Muhammad Al-Fateh ialah Muhammad bagi saya sangat sesuai dengan peribadi yang dimiliknya. Cerita selebihnya tentang manusia hebat ni boleh baca dalam buku Sultan Muhammad Al-Fateh by Abdul Latip Talib keluaran PTS.
Kedua, cerita ni menambahkan lagi kesukaan saya membaca kisah-kisah mereka yang dulunya tak baik tapi berubah menjadi baik, cerita mereka yang dulunya kurang baik tapi sekarang menjadi baik dan hikayat mereka yang sememangnya baik menjadi lebih baik. Kita sebagai hamba-NYA janganlah sesekali rasa diri kita lebih baik dari orang lain sebab kita tak tahu apa kesudahan hidup kita. Moga-moga baiklah kesudahan hidup kita dan berdoalah agar kita meninggalkan dunia ni sebagai seorang muslim yang sempat bertaubat. Kita jangan terus menyalahkan mereka yang ‘tidak baik’ sebab kita tak tahu apa faktor yang menyebabkan mereka jadi sebegitu. Mungkin ibu bapa yang ‘kurang ajar’, mungkin juga sistem pendidikan yang sekular, dan pelbagai kemungkinan lagi.
Next, dalam ni ada sebut yang seorang lelaki tu betul-betul suka seorang wanita tu bila dia ada perasaan nak melindungi wanita tersebut..(macam tak percaya saya highlight benda ni). Melindungi bagi saya bermakna dia akan cuba melindungi wanita ini dari azab api neraka dengan cara dia tidak akan melakukan perkara yang akan mendatangkan kemurkaan Allah. Bila ini menjadi priority seorang lelaki itu, tak payah lah ibu bapa nak risau bila lelaki ni berkawan+berkawin dengan anak dara dia. Hee.
(1) Alif Lam Mim
(2) Apakah manusia mengira bahawa mereka akan ndibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?
(3) Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
(4) Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahawa mereka akan luput dari (azab) Kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu!
(5) Barang siapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
(6) Dan barang siap berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.
~al-ankabut:1-6~
Ayat-ayat cinta dari Allah ini bukan sahaja boleh melencunkan tudung Naseema dan Yasmin, bahkan boleh menggetarkan hati bagi mereka yang membaca dengan mata hati mereka...
The rest...baca sendiri dalam novel ni ok... :)
>>menaip waktu hujan lebat di tengah malam dan tiba-tiba...blackout ~~
No comments:
Post a Comment