Monday, April 1, 2013

Segala rasa itu datang dari-Nya..

Salam alaik. setelah sekian lama merugikan diri sendiri- tidak mengggunakan sumber pahala dengan sebaiknya, rugi yang teramat rasanya bagi diri ini.

Otak berkarat untuk berfikir? Berat tangan untuk menaip? Hati celaru memikirkan tugasan lain? Alasan2.

Hari ini terpanggil untuk bercakap sendiri tentang sedikit perkongsian yang diberikan oleh sahabat-sahabat seperjuangan sementara menanti masuk waktu Isya di surau tadi.

Mungkin perkongsian tadi lebih kepada luahan rasa sahabat-sahabat yang diuji dengan pelbagai ujian yang kita x pernah sangkakann kita akan hadapi dan pasti berjaya hadapi selagi meletakkan tawakal kita kepada Allah.

Antara perkara yang sangat menarik minatku bila seorang sahabat menyentuh tentang segala yang wujud di dunia ini datang dari-NYA. Walaupun hanya perasaan yang x boleh dipegang, dilihat, didengar dengan pancaindera yang Allah pinjamkan kepada kita. Ya, perasaan. Rasa bersyukur. Rasa kecewa. Rasa sedih. Gembira. Bahagia. Semuanya datang dari DIA. apa milik kita? 0! Hatta untuk mempunyai sesuatu perasaan pun kita masih memerlukan DIA, maka mengapa perlu ego dengan nikmat lain yang Allah kurniakan pada kita?

Kelmarin seorang sahabat berkongsi tentang rasa sayang pada anak-anak. Kasih sayang kepada anak-anak merupakan satu faktor penting untuk melahirkan anak soleh/solehah. Dan kasih sayang itu perlu dibentuk dari sekarang bukan hanya apabila kita sudah berkeluarga kelak. Beruntunglah bagi mereka yang diberi nikmat rasa sayang sejak azali ini. Bagi yang tidak, percayalah ia boleh dibentuk. Berdoa dan berusaha pada Yang Maha Penyayang untuk menjadikan kita seorang yang penyayang. Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan kasih sayang-Nya.

*masih sedang berusaha menjadi sang penyayang. :)

No comments: