Sunday, April 28, 2013

Anthem

Rindu.
Rindu ayat-ayat pelik printed version dari Hlovate.
Dan akhirnya selesai baca Anthem tadi. Heh.

Dan kesinambungannya (padahal dari awal aku start nak baca buku tu lagi), aku pasti aku akan rindu dia dan tempat sekelilingnya.
Ika & UM. Haish!

Cukup intro. ~~


Apa aku belajar dari Anthem?

1. Kita; a Muslim or a Practicing Muslim? Hmm. Ada yang akan tanya balik it is muslim dengan capital letter or not. Tak kisahlah; rasanya maksud Hlovate n orang y bertanya tu sama je dgn; a Muslim= Muslim (capital letter; as a noun) whereas a Practicing Muslim=muslim (a verb). So, sekarang aku ni seorang penganut agama Islam yang mengamalkan Islam or hanya pakai name tag Islam? Tepuk dada tanya iman. Soalan yang agak advanced; macammana kita nak sama-sama ajak orang untuk mengamalkan Islam bukan sekadar menamakan Islam? 

2. Tarbiah itu berperingkat. Buat sesuatu step by step. Dah naik tangga atas jangan lupa terus-terusan amalkan apa yang dah di belajar di tangga bawah tu. 

3. Seperti biasa, dalam novel-novel sebelumnya; DONT BE JUDGEMENTAL! Jangan! Masa lalu orang lain itu mungkin masa depan kita and vive versa. 

4. Bila dah terbuat satu perkara dan anda tau itu dosa; kuatkan diri untuk bertaubat. Walaupun jiwa yang anda terpaksa korbankan! (woah, cam x percaya ni ayat aku. tapi ni serius.)


5. "We act on what we believe in. We're the ones who decide of who and what we want to be. We're the one making the choices."

Selalunya kita akn tetap berpegang pada apa yang kita percaya. 
Tapi kita kena ingat apa yang kita percaya tu bukan semuanya betul (hanya kerana we believe in that). Mungkin kadang kita percaya pada sesuatu sebab perkara tu 'kena' dengan jiwa (@nafsu) mungkin? 


Sebab tu kita tak boleh takut utk berubah. Mesti ada banyak benda yang kita masih tak tahu dan justeru tak percaya. Tapi once Allah dah bagi hidayah pada kita, jangan kita plak mengada-ngada tolak hanya sebab... Im not believe in that-ni bukan jawapan selayaknya dari kita seorang hamba. 

Kalau jelas apa yang kita percaya sekarang tu benar2 dari Allah, semoga kita tetap teguh dengan kepercayaan kita tu. But if it is not, find the truth dan jangan takut untuk berubah. 

Semoga Allah x putus2 beri hidayah dan hadiah pada kita. ~~

6. etc. Beli buku ni satu, pastu baca sendiri, konfom lagi banyak y korang akan dapat. Insyaallah.


By the way, baca buku ni buat kita kena cari dua buku extra untuk di baca; 'Shahadatul Haq' & ' Peranan Pelajar dalam Membina Masa Depan Dunia'. Both by 'pakcik' Maududi. 
Ni link untuk donwload ebook buku2 ni. Semoga bermanfaat.
http://www.muslimdiary.com/downloads/Syahadatul_Haq.pdf
http://www.muslimdiary.com/downloads/peranan%20pelajar%20-%20Sayyid%20Abu%20al-Ala%20al-Mawdudi.pdf


"Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” 
(Imam Muslim )


*Mengharap jade turun dari langit; aku tak nak ninja. :P

1 comment:

atim said...

jzkk ats peringatan