Wednesday, May 4, 2011

Perkongsian dari Bengkel Penulisan Pendakwah Siri 2 [part1]

Assalamualaikum wbt..

Live the moment,
Cherish the present,
Anticipate the future,
Frame the past year.
~contengan jalanan~


Intro yang tiada kaitan, sekadar perkongsian catatan sementara menunggu program bermula. Moral?
1.      Bawa buku bersama anda ke mana-mana supaya anda tidak mati kebosanan menunggu program/meeting bermula.
2.      Hargai masa orang lain. Berusaha untuk menepati janji Muslim bukan janji Melayu.
(how I wish janji Melayu=janji Muslim)
3.      Bersangka baiklah. Don’t ever judge others. Mesti ada sebab kenapa mereka buat sesuatu 
yang anda rasa tidak sepatutnya dilakukan.


time is gone...
Alhamdulillah baru-baru ini saya dilapangkan masa dan hati untuk menghadiri Bengkel Penulisan Pendakwah Siri 2 di Bangi anjuran GAMIS dan DPPP.  Entry kali ini sekadar satu perkongsian apa yang saya peroleh dari bengkel ini, mungkin bukan 100% yang dapat didokumentasikan di sini tetapi harapannya walau 10% ilmu yang ditimba, ia menjadi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua.

Mengapa menulis? Itu soalan pertama yang perlu diajukan pada diri kita. Adakah ini satu jalan atau ujian? Ia merupakan satu jalan apabila niatnya suci tetapi mungkin menjadi ujian bila mana niatnya dicemari hal-hal yang tidak sepatutnya.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [3:104]

Mari jadikan diri kita sebagai umat dakwah. Menjadikan diri kita seorang dai’e. Hakikatnya, ini memang tanggungjawab sepanjang hayat kita. Dan salah satu jalan untuk memastikan tanggunjawab ini dijalankan sepanjang masa ialah dengan MENULIS!

Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan” (Riwayat An-Nasae’i).
the pen is mightier than the sword~

Seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas, antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya pena. Medium penulisan menjadi semakin luas. Pelbagai buku ditulis, lihat sahaja semasa pesta jualan buku semasa KLIBF baru-baru ini, pelbagai buku baru diterbitkan, banyak karya2 lama diulang cetak dan tidak lupa buku-buku bahasa asing di’translate’ ke bahasa lain (teringat misi mencari buku Uncle Maxwell English version  yang not accomplish..~~). Bagi golongan muda khasnya, berapa ramai kawan-kawan anda yang mempunyai blog? Yang menjadikan facebook medan penulisannya? Pasti ramai bukan? Ini bukti2 bumi sudah tua.

Bersedia atau tidak, akuilah akan tiba penghujung hidup ini. Jadi apa yang ingin sahabat semua tinggalkan supaya walaupun sudah meninggalkan dunia yang fana ini, tetapi jasa kita masih kekal selamanya? Apa yang kita mampu lakukan untuk pastikan mengalirnya pahala walau nyawa tidak lagi dipinjamkan untuk menghasilkannya?

Here it comes to this hadith;Bersumber dari Abu Hurairah r.a menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal: yakni sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakannya”
[HR. Muslim]

Masih bujang,macam mana nak ada anak soleh soleheh yang mendoakan? Terputus satu sumber. 
Tiada harta beribu berjuta, bagaimana mahu bersedekah? (huh? Ni memang alasan yang cuba direka-reka manusia). Kurang satu punca bekalan di ‘sana’. 
Kurang ilmu? Sampaikan apa yang anda tahu. Antara mekanismenya? Sekali lagi, MENULISLAH!
Sebelum menyambung perbincangan isu penulisan; alang-alang dah disebutkan tentang mati, jemput baca artikel menarik di blog ini.

Sedang Ustaz Hasrizal asyik berkongsi tips berguna dalam bidang penulisan, fikiran saya ligat memikirkan satu perbincangan ringkas antara saya dan sahabat lama saya tentang penulisan di alam maya sebagai medium dakwah.

“Kalau betul facebook, blog @ apa2 yang sewaktu dengannya cara terbaik dakwah, dah lama Allah permudahkan urusan dakwah Nabi Muhammad SAW dengan internet.”

Walaupun secara jujurnya saya agak terkejut mendengar statement ini keluar dari sahabat yang saya rasa pemikirannya jauh ke hadapan dan sentiasa berfikir kritis dalam setiap tindakan mahupun isu, tangan ini seakan kaku untuk membalas message yang diberi. Saya jadi malu sendiri kerana waktu itu, saya tiada jawapan terbaik untuk diberikan. Insyaallah, harapannya entri ini dapat memahamkan sahabat saya ini.

“Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".” [12:67]
pelbagaikan jalan, variasikan kaedah

Dalam berdakwah, jangan hanya gunakan satu jalan. Even if we are going to a place yang kita tak tahu destinasinya, kita akan cari pelbagai jalan alternative untuk ke tempat tersebut (terutama area KL ), apatah lagi bila kita sedang menyambung satu agenda yang Rasulullah lakukan sepanjang hidupnya iaitu berdakwah. Agenda membawa manusia kembali kepada Tuhannya. Agenda membawa manusia dekat dengan Tuhannya. Mungkin ini bukan medium terbaik bagi semua orang, tapi jangan dinafikan kepentingannya dalam berdakwah.

Paradigma dakwah perlu kita kaitkan dengan kehidupan. In life, three major things that we need to consider are purpose, people and process (3P). In most condition, purpose will be the most important thing that we need to put it first. (macam salah je ayat ni? ~~) dan dua faktor lagi iaitu manusia dan material dari pandang sisi dakwah saling bergantungan antara satu sama lain. Namun, dalam kemajuan teknologi masa kini, manusia(dai’e) menjadi faktor yang lebih dominan berbanding material (sains dan teknologi). Material hanyalah faktor sekunder yang hanya membantu sama ada untuk mempercepatkan sesuatu proses penyampaian dan penyebaran informasi mahupun menyebarluaskan sesuatu isu ke sasaran yang lebih luas. Kita perlu sedar bahawa kitalah yang menentukan kualiti sesuatu produk 
yang inign diperkenalkan atau dijual kepada orang lain.

Jadi? 
Kita perlu kuatkan diri sendiri. 
Tambah ilmu. 
Bina peribadi. 
Asah bakat. 
Tingkatkan kemahiran. 
Jadi orang yang berkualiti!

Perkara yang sangat menarik minat saya dalam bengkel ini bila mana ustaz berbicara tentang hikmah dalam berrdakwah. Rasanya tak perlu untuk saya jelaskan dengan panjang lebar, jemput baca perkongsian dari Ustaz Hasrizal di blognya mengenai bengkel ini.

*dah panjang sangat rasanya. next entry insyaallah perkongsian tips berguna dalam berdakwah melalui penulisan. =)

2 comments:

Sesaje Xde Keje said...

" In most condition, purpose will be the most important thing that we need to put IT first. (macam salah je ayat ni? ~~) "

p/s: buang "it" tu...
Tadaa! dh betul..haha

kitahamba said...

bagus2! tq...~~