Salam Satu Akidah.
Menjelang 15 Mei, apakah yang terlintas dalam fikiran sahabat-sahabat semua?
Hari Belia?
Hari Guru yang bakal berlansung keesokan harinya?
Hari Ibu yang baru sahaja diraikan pada hujung minggu yang lalu?
Ataupun Hari Nakbah?
Apa yang berlaku sempena Hari Nakbah?
Mungkin ada yang lebih mengetahui tentang pengisian-pengisian Hari Belia Negara iaitu seperti biasa; mini konsert, perutusan pemimpin-pemimpin negara, persembahan tarian dan sebagainya berbanding kisah duka di sebalik peristiwa Hari Nakbah.
Mari kita menyoroti sedikti sejarah di sebalik Hari Nakbah ini.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
Kami tinggalkan sahabat-sahabat dengan beberapa soalan di sini.
Soalan yang perlu dijawab bukan dengan lisan mahupun tulisan tetapi dengan tindakan.
Adakah kita belia berfikiran glokal ataupun belia berfikiran global?
Adakah kita pemuda yang mencintai dunia ataupun pemuda mencintai akhirat?
Adakah kita pemimpin beragenda kecil ataupun pemimping beragenda besar?
Siapa kita? Peristiwa apa yang lebih kita utamakan?
Pada saat ramai belia kita sibuk dengan soal cinta dan hiburan, remaja Palestin sibuk berjuang mempertahankan Tanah Suci Umat Islam.
Wahai para belia, adakah kita pernah jenguk keadaan saudara kita di sana?
Apa khabar mereka?
Laparkah mereka?
Lenakah tidur mereka?
Usah tunggu lagi, mari kita cakna akan hidup mereka bersama-sama!
"Bermula keamanan dunia adlh dgn amannya Palestin, n bmula kcelakaan dunia adlh dgn celakanya keadaan d bumi Palestin. Harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam y bjuang u kembali kpd Islam y sebenar. Bukan negara-negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan. Mereka adalah bagai buih-buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung betapa beratnya. Sudikah setiap dari kita mendaftarkan diri sebagai Pejuang Islam untuk membebaskan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta Taqwa di dada anda."~Ustaz Nik Muhammad Abduh
Semoga kita sedar bahawa hidup kita bukan sekadar unutk bahagia di dunia sahaja tetapi untuk bahagia di dunia dan akhirat serta turut membantu ‘membahagiakan’ hidup insan lain juga.
Selamat Hari Belia.
I would like to be a flower which blossoms to full glory and dies,
than being a tree that never blossoms.
I would like to be a spark that burns with a brilliant blaze for a moment,
than being a light which cannot show the path to anyone.
I would like to be a superb meteor which carries a magnificent glow,
than being a sleepy and permanent planet.
I shall not waste my days in trying to prolong them.
I shall use them.
I am born to live, not to exist.
To exist is a chore,
To live is a choice.
To live is a choice.
p/s: thanx la adik berjasa sorang ni berusaha paksa akak tulis artikel ttg ni..nakal isn't a crime~~
No comments:
Post a Comment