Rasulullah saw bersabda:
“sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan mudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seorang hamba selagi ia menolong saudaranya.”
Allah beri kita hidup supaya kita memberi kehidupan dalam hidup orang lain.
Allah beri kita harta supaya kita berkongsi bersama hamba-Nya yang lain.
Allah beri kita akal supaya kita beri buah fikiran pada tempat yang sepatutnya.
Allah beri kita cahaya supaya kita menerangi hidup mereka di sekeliling kita.
Allah beri kita ilmu supaya kita ajarkannya pada insan lain.
Allah beri kita masa supaya kita luangkannya pada jalan-Nya.
~GIVE MORE THAN U RECEIVE~
Takut untuk memberi kerana risau segalanya akan berkurangan?
“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” 39:49
“(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).” 39:52Percayalah,
apabila kita memberi, kita akan terus menerima.
Malah, akan bertmabah kurniaan dari-Nya.
~WHAT U GIVE U GET BACK~
Kita beri mereka sedekah, Allah panjangkan umur kita,
Kita mengajarkan mereka ilmu, Allah tinggikan kefahaman kita,
Kita luangkan masa kita untuk Islam, Allah kukuhkan kedudukan kita,
Kita kongsikan idea bersama mereka, Allah terus memberi ilham kepada kita...
Tak terhitung nikmat dari-Nya. Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur.
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” 16:78
Ikhlaskan niat hanya untuk-Nya, kerana
“Sesiapa yang memberikan pertolongan yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan pertolongan yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”4:85
No comments:
Post a Comment