Sunday, December 19, 2010

6 perubahan sikap dalam beragama

Transformasi...dari-kepada
Sekarang semua benda orang nak transform dari sebesar-besar benda sampai la ke sekecil-kecil benda..
tapi elok la kiranya kita wat transformasi yang tak merugikan kita secara total,insyaAllah..


6 perubahan sikap dalam beragama untuk menhadapi era globalisasi

1.      Berubah dari hafalan kepada kefahaman
·        ilmu+faham=sempurna
·        sebagai contoh, Allah mengungguli Nabi Sulaiman dari Nabi Daud dengan memberi kefahaman yang lebih seperti yang tercatat dalam Surah al-Anbiya’,ayat 78-79;
“...Maka Kami memberikan kefahaman kepada Sulaiman (tentang hokum yang lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami memberikan hikmah dan ilmu,...”

2.      Berubah dari asyik melihat kepeda sejarah lampau kepada mencipta sejarah baru.
·        Sepatutnya apabila membaca sejarah lalu, kita perlu ambil pengajaran dan berusaha untuk menjadi lebih baik.
·        Tetapi, terdapat dua golongan yang teralalu `asyik’ membaca sejarah lampau iaitu;
                                     i.          Baca tentang kegemilangan Islam dahulu untuk menutup kesedihan akan keadaan Islam sekarang.
                                    ii.          Baca tentang kejatuhan Islam sampai jadi rendah diri dan rasa Islam tidak mampu untuk bangkit.
·        Di sini penulis bukan bermaksud menghalang kita untuk membaca sejarah-sejarah Islam tetapi takut-takut kita tergolong dalam dua golongan di atas.
·        Marilah kita bersama-sama mencipta sejarah baru!

3.      Berubah dari kata “saya sibuk” kepada “saya sibuk untuk Islam”
·        Spend masa untuk fikir masalah ummat
·        Laksanakan amar makruf & nahi mungkar seperti dalam surah ali-Imran, ayat 110.

4.      Berubah dari isu lokal kepada isu global
Atau dalam erti kata lain dari percaya tentang adat-adat Melayu yang ada yang betul tapi banyak karutnya kepada masalah umat sejagat, ideologi-ideologi yang muncul(sekularisme, hedonisme, liberalisme,  aku tak pedulisme dll), isu Palestin, bagaimana keadaan Muslim di negara kita dan kawasan kita etc.

5.      Berubah dari ‘mereka’ kepada ‘kita’
·        Jangan asyik fikir apa yang orang lain lakukan  atau apa yang orang lain patut lakukan tetapi fikir apa yang telah kita lakukan.
·        Ingatlah amaran Allah dalam surah al-A`raf, ayat 179 yang bermaksud;
“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.”

6.      Berubah dari teori kepada praktikal
Speak with your actions not with your words
Amalan kita dinilai bukan berdasarkan apa yang kita tahu tetapi berdasarkan apa yang kita amalkan.

Moga-moga  artikel ni mberi manfaat kepada kita semua. Artikel asal adalah karya Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dalam majalah i hampir sedekad yang lalu.

No comments: