Thursday, December 30, 2010

sOaLAn

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah jika kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
~as-saff: 2-3 
*BAKAL tahun lepas jk mrujuk pd kalendar masihi...~~

Tuesday, December 28, 2010

143 + 342 = 6


Aku: Korang, jom g kursus kawin ujung minggu ni..


Diorang: ~banyak jawapannya tapi aku pilih 1 je la ye~


(sambil tersipu2 malu), kursus kahwin? Awalnya..bukannya nak kahwin lagi pun..

Aku: alah, sijil tu x expired pun. Nanti kalau tiba2 ada orang masuk meminang, boleh terus on je.


                  
         Dialog sambil tengah tunggu bas untuk balik kolej. Dialog y buat aku tersenyum sendiri.
Alasan untuk senyum (yela, zaman sekarang senyum pun perlu tunjuk sebab...), sebab aku nak join kursus kahwin ni pun juz macam grab d chance y ada depan mata bukannya sebab nak kahwin dalam masa terdekat ni pun. Risau2 bila dah makin senior, bila dah bekerjaya, terkial2 nak mencari ruang untuk berkursus..tapi xkesampaian coz hati lg terpikat u pergi mengembara bersama srikandi2 ukm dan aku bahagia dengan pilihan aku.

                 Promote kat fb, terus ada sahabat y suggest link Jom Kahwin Masa Dalam Kampus. N link ni lagi la wat aku tersenyum sendiri. Mana tak nya, semalam baru je lepas cakap kat seorang sahabat, bercerita tentang kerjaya as ahli farmasi. Bila sabtu pun kena kerja, kami pun wat kesimpulan sendiri,
“kita kahwin lepas habis contract dengan gomen la..”
Kalau dikira2, tolak tambah, lebih kurang waktu tu umur 30 tahun. Hee. Tapi ni kesimpulan awal, belum muktamad lagi..
Bukannya aku x sokong bila ada y nak kahwin waktu masih belajar Cuma bagi mereka y mampu n, teruskan rancangan anda tapi u aku y wat tu, harapnya x jadi la...

                Bercakap tentang kahwin xkan lari dari bercerita tentang cinta. Dan baru2 ni seorang sahabat minta nasihat u pelihara hati dari virus cinta ni. Em, jujur aku xtahu nak cakap ape coz aku selalu cuba lari untuk bercakap soal ni. Teringat waktu di pasum dulu bila dapat risalah tentang cinta, spontaneously, monolog dalaman aku berubah menjadi monolog luaran,
“cinta lagi, xde isu lain ke?” 
Memang mulut xde insurans kan? Tapi sekarang aku menyesal sendiri, mana x nye, bila nak betulkan persespi, o pemikiran masyarakat lain tentang cinta, lidah aku kelu untuk berbicara. Moralnya, jangan memilih sangat ilmu u di top up coz in d end, kita pasti akan menggunakan ilmu tu. 

               Setelah difikir2, aku suggest kan dia untuk baca ROMANTICISM: A WEAPON OF SATAN by HARUN YAHYA. Dan bila aku berkesempatan u berjumpa dengan sahabat y aku sangat sayang ni, aku ingat satu pengajaran y dia kongsi dengan aku dari buku ni-jangan ingat kita immune dengan cinta adam dan hawa ni. Ye, aku setuju sangat2. Bukti jelas depan mata kot. 




           Apa usaha kita untuk hadapi ujian macam  ni? Allah ade sebut dalam surah an-Nur, ayat 30-31 tips u kita pelihara diri kita dari perkara y haram berkaitan cinta uda dan dara ni,
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan (30). 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (31)."
Pernah dengar formula ni? 143+342=6.
Orang ni x ikut hukum math? Memang pun.
Jawapannya:
I love you+you love me=kahwin.
Mungkin ni jawapan y tepat u sahabat saya tu kan? (tuan punya badan, jangan marah…~~).

Satu lagi, pernah dengar teka-teki ni?
2 batang kayu disatukan dengan paku. 
2 ketul batu disatukan dengan simen. 
2 hati disatukan dengan apa?
Jangan jawab transplantation surgery k, coz dat is my answer bila ditanya teka-teki ni.
Jawapannya? 
2 hati disatukan dengan IMAN! 
Setuju? 
Sangat setuju!

jadi?
Jom pelihara diri, 
jom tambah ilmu dalam bidang ape pun terutama ilmu agama, 
dan jom jadi budak skema: skema mengikut Allah dan Rasul-Nya!

Barakallah kepada abang n kakak ipar  baru je mendirikan masjid, moga diberkati selalu.
Dan kepada sahabat y saya sangat2 sayang, sayangi diri anda k!






Sunday, December 19, 2010

6 perubahan sikap dalam beragama

Transformasi...dari-kepada
Sekarang semua benda orang nak transform dari sebesar-besar benda sampai la ke sekecil-kecil benda..
tapi elok la kiranya kita wat transformasi yang tak merugikan kita secara total,insyaAllah..


6 perubahan sikap dalam beragama untuk menhadapi era globalisasi

1.      Berubah dari hafalan kepada kefahaman
·        ilmu+faham=sempurna
·        sebagai contoh, Allah mengungguli Nabi Sulaiman dari Nabi Daud dengan memberi kefahaman yang lebih seperti yang tercatat dalam Surah al-Anbiya’,ayat 78-79;
“...Maka Kami memberikan kefahaman kepada Sulaiman (tentang hokum yang lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami memberikan hikmah dan ilmu,...”

2.      Berubah dari asyik melihat kepeda sejarah lampau kepada mencipta sejarah baru.
·        Sepatutnya apabila membaca sejarah lalu, kita perlu ambil pengajaran dan berusaha untuk menjadi lebih baik.
·        Tetapi, terdapat dua golongan yang teralalu `asyik’ membaca sejarah lampau iaitu;
                                     i.          Baca tentang kegemilangan Islam dahulu untuk menutup kesedihan akan keadaan Islam sekarang.
                                    ii.          Baca tentang kejatuhan Islam sampai jadi rendah diri dan rasa Islam tidak mampu untuk bangkit.
·        Di sini penulis bukan bermaksud menghalang kita untuk membaca sejarah-sejarah Islam tetapi takut-takut kita tergolong dalam dua golongan di atas.
·        Marilah kita bersama-sama mencipta sejarah baru!

3.      Berubah dari kata “saya sibuk” kepada “saya sibuk untuk Islam”
·        Spend masa untuk fikir masalah ummat
·        Laksanakan amar makruf & nahi mungkar seperti dalam surah ali-Imran, ayat 110.

4.      Berubah dari isu lokal kepada isu global
Atau dalam erti kata lain dari percaya tentang adat-adat Melayu yang ada yang betul tapi banyak karutnya kepada masalah umat sejagat, ideologi-ideologi yang muncul(sekularisme, hedonisme, liberalisme,  aku tak pedulisme dll), isu Palestin, bagaimana keadaan Muslim di negara kita dan kawasan kita etc.

5.      Berubah dari ‘mereka’ kepada ‘kita’
·        Jangan asyik fikir apa yang orang lain lakukan  atau apa yang orang lain patut lakukan tetapi fikir apa yang telah kita lakukan.
·        Ingatlah amaran Allah dalam surah al-A`raf, ayat 179 yang bermaksud;
“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.”

6.      Berubah dari teori kepada praktikal
Speak with your actions not with your words
Amalan kita dinilai bukan berdasarkan apa yang kita tahu tetapi berdasarkan apa yang kita amalkan.

Moga-moga  artikel ni mberi manfaat kepada kita semua. Artikel asal adalah karya Kapten Hafiz Firdaus Abdullah dalam majalah i hampir sedekad yang lalu.

Wednesday, December 8, 2010

8 dis




8 disember 2007
8 disember 2008
8 disember 2009
8 disember 2010

Sunday, December 5, 2010

wahai insan...



Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..
menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..
bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..
sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..
wahai JIWA yang hitam dan berkarat..
perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..
wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..
kembalilah ke pangkal jalan..
sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..
biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..
 kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk BEREHAT dengan tenang di negeri Akhirat


Saturday, December 4, 2010

Please by D-Clique


Tried to find the light
Realized aint no light at the end of the tunnel
Took four years for this to be clear
That the war overseas is all about money
Sun don't shine, clouds of dust
Grass aint green, no one to trust
Take this hand don't let it go
My brother hold on
Just a little while
Grow up strong my little child
The future's in your eyes
These tears were meant to ascend into the sky
One billion wishes, ten million cries
One ummah attacked and still alive
This sacrifice, the tears we cry
And this is all I'm asking

(Chorus)
Please
Will you help this cause
Please
Will you help this feeling
Please
Will you stop this war
Please
Will you help my healing
Please
Down on both my knees
Please
Help me find the meaning
Please
Tell me it's not real
Please
Help me lift my spirit

Down on my knees, will I try to save my people
Bombs flying in the skies, now we running from the evil
Stronger than before so don't think that we're weak
So don't try to hold us down we getting up on our feet
Asleep in the mosque the Quran's in my hand
You gotta get through us before you take this land
Trying your hardest, making schemes and plans
But you never going to break us, united we stand
Push it to the limit, and step off my level
We fighting in the dark with the shadow of the devil
When the lights going to shine there's a score to settle
Take you down real hard with our bones and metal
Now listen to my lyrics as I keep hope alive
Praying for that day we got faith on our side
Power to survive, courage to arise
Take me by the hand and go toward the light now

(Chorus)

Got to hold my breath just to keep thinking bout it
My brothers are fighting their children are crying
The nights stay cold and the day filled with violence
We can't hold our silence, our people are dying



saje2

Saja nak mengisi kekosongan waktu ni. Nak rawat kesepian hati sekarang kot. (haha, jiwang)
Ye ah, baru balik kolej, tinggal keluarga kat rumah y sedang sibuk prepare u pkahwinan abang. Xsempat ak nak tlg hias bilik pengantin. Tp xpe. Jauhi hidup beralasan. Sekarang dah la sunyi sepi kolej ni, cuak gak dok bilik sorang2 ni.

Sepanjang cuti ni, (y plus minus sebulan je) Alhamdulillah sempat jugak mhabiskan beberapa buku: RT, bumi cinta, perang badar, n skang otw baca mukmin professional.

Ingat nak kongsi ngan korang pasal bumi cinta ni tp dsebabkan bumi cintaku hilang di pantai irama, n saya mhabiskan bc novel tu dgn mminjam buku abang y versi indon abis, 9t sy fikir2kan u kongsi bbrapa scene dlm novel tu. Secara synopsis teringkasnya, novel ni mceritakan tentang ayyas, seorang muslim y hebat y sedang mkaji islam d rusia. Kat rusia, dia terpaksa tinggal serumah dengan 2 orang perempuan; sorang ateis n sorang lagi yahudi. Pastu mmg banyak la ujian y datang terutamanya bkaitan dgn 2 prmpn ni. Tp ayyas ni sgt baik n bijak bhujah u betulkan pandangan non-muslim thadap islam. Prmpn yahudi tu agen zionis sebenarnya, n plan u tuduh ayyas sbagai pengebom berani mati. 2 b continued...hee. baca la, don’t worry, happy ending..:)

Ttg MP, lagi2 lah anda semua patut baca. Cuma, harganya mahal sikit. Aritu pun abg sy cam bising cket sebab buku keluaran TB( bkn nama sebenar..:)) mcm mahal sikit. Kan? Tp xpela, demi ilmu korbankan sikit duit tu. Tapi scr peribadi, ak rase TB patut turunkan harga2 buku keluaran diorang, barulah ramai orang beli n ilmu tu pun insyaALLAH tsebar kepada lebih ramai orang.. Kan, kan kan?


Sekarang dah December, dah nak abis taun 2010. Usia makin meningkat, harga minyak pun makin naik, n konfom2 harga barang lain pun naik kan...tp kematangan kita agak2 makin meningkat x? O cara berfikir kita makin kbudak2an?


~Sesi pengajian kali ni rasa lama sangat...sem depan lg panjang dr sem lepas. Harap2 sgalanya selesai dengan aman...~

Give to receive OR receive to give?

Rasulullah saw bersabda:
“sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan mudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seorang hamba selagi ia menolong saudaranya.”


Allah beri kita hidup supaya kita memberi kehidupan dalam hidup orang lain.
Allah beri kita harta supaya kita berkongsi bersama hamba-Nya yang lain.
Allah beri kita akal supaya kita beri buah fikiran pada tempat yang sepatutnya.
Allah beri kita cahaya supaya kita menerangi hidup mereka di sekeliling kita.
Allah beri kita ilmu supaya kita ajarkannya pada insan lain.
Allah beri kita masa supaya kita luangkannya pada jalan-Nya.
~GIVE MORE THAN U RECEIVE~


Takut untuk memberi kerana risau segalanya akan berkurangan?
“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” 39:49
“(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).” 39:52
Percayalah,
apabila kita memberi, kita akan terus menerima.
Malah, akan bertmabah kurniaan dari-Nya.
~WHAT U GIVE U GET BACK~


Kita beri mereka sedekah, Allah panjangkan umur kita,
Kita mengajarkan mereka ilmu, Allah tinggikan kefahaman kita,
Kita luangkan masa kita untuk Islam, Allah kukuhkan kedudukan kita,
Kita kongsikan idea bersama mereka, Allah terus memberi ilham kepada kita...


Tak terhitung nikmat dari-Nya. Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur.
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” 16:78

Ikhlaskan niat hanya untuk-Nya, kerana
“Sesiapa yang memberikan pertolongan yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan pertolongan yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”4:85