[re-post]
sebelum memikirkan raya, jom kte muhasabah diri dengan hadis nabi ni...
hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya dabul mufrad serta disahihkan oleh Syeikh Albani iaitu :
أن النبي صلى الله عليه و سلم رقى المنبرفلما رقى الدرجة الأولى قال آمين ثم رقى الثانية فقال آمين ثم رقى الثالثة فقال آمينفقالوا يا رسول الله سمعناك تقول آمين ثلاث مرات قال لما رقيت الدرجة الأولى جاءنيجبريل صلى الله عليه و سلم فقال شقي عبد أدرك رمضان فانسلخ منه ولم يغفر له فقلت آمينثم قال شقي عبد أدرك والديه أو أحدهما فلم يدخلاه الجنة فقلت آمين ثم قال شقي عبد ذكرتعنده ولم يصل عليك فقلت آمين
Maksud :
Berhimpunlah kamu sekalian dekatdengan mimbar. Maka kami pun berhimpun.
Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar,beliau berkata: Amin.
Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
"Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan(doa) kepadaku,katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.
Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila)disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat keatasmu. Lalu aku pun mengaminkannya.
Dan ketika aku naik ke anak tangga yangketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalamsyurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
sebelum kita memikirkan raya, fikir2 lah, agak2 semua dosa kita dah diampunkan ke??
No comments:
Post a Comment