1. Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini ibarat lautan dalam, ramai manusia yang tenggelam di dalamnya. Jadikanlah taqwa sebagai kapalmu, iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya. Semoga engkau memperolehi kejayaan.
2. Sesiapa yang boleh bersikap adil terhadap diirinya sendiri, maka ALLAH menambahkan kemuliannya.
3. Kepayahan dan kesusahan dalam ketaatan adalah lebih dekat (kepada keredhaan ALLAH) daripada kesenangan dan kemewahan dalam kemaksiatan.
4. Wahai anakku, berwaspadalah dengan hutang kerana ia merupakan kehinaan di siang hari dan kedukaan pada malamnya.
5. Wahai anakku, berharaplah kepada ALLAH dengan pengharapan yang tidak menghumbankanmu ke lembah penderhakaan terhadap-NYA, dan takutlah kepada ALLAH dengan ketakutan yang tidak mengecewakanmu daripada rahmat-NYA.
6. Sesiapa yang berdusta, maka hilanglah air mukanya.
7. Sesiapa yang berdusta, banyaklah kesengsaraanya.
8. Wahai anakku, janganlah engkau mengutuskan seorang utusan yang jahil, jika engkau tidak menemui orang yang bijaksana, maka jadikan dirimu sebagai utusan.
9. Wahai anakku, janganlah kamu menjadi terlalu manis sehingga kamu ditelan dan jangan pula kamu menjadi terlalu pahit hingga kamu diluahkan.
10. Bermesyuaratlah dengan ulama dalam urusanmu.
11. Tiada manfaat pembelajaranmu sehingga kamu beramal dengan apa apa yang kamu pelajari. Apabila kamu tidak beramal dengan apa yang telah ketahui, umpama seorang yang pergi mencari kayu api lalu membawa pulang seberkas kayu. Ia akan terus memikulnya hinggalah ia tidak berupaya. Ia terus menambah seberkas kayu yang lainlagi untuk dipikul meskipun ia tidak mampu.
(ini menunjukkan ilmu sepatutnya membuahkan amalan, jika tidak ilmu tersebut akan mendakwa tuannya.)
12. Ungkapkanlah kata-kata yang baik dan ceriakanlah wajahmu. Ini lebih disukai oleh manusia berbanding kamu menghulurkan suatu pemberian kepada mereka.
(ini bertepatan dengan hadis yang menyebut bahawa kata-kata yang baik itu sedekah, sehinggakan senyumanmu pada saudaramu juga adalah sedekah).
13. Ditanya kepada Luqman: “bagaimanakah engkau boleh sampai ke tahap sebegini?” lantas beliau menjawab: “percakapan yang benar, menunaikan amanah dan meninggalkan apa yang tidak member manfaat kepadaku.”
14. Wahai anakku, dampingilah ulama, sibukkan dirimu bersama mereka dengan menemukan lututmu dengan mereka. Sesungguhnya ALLAH menghidupkan hati dengan ‘nur’ hikmah seprtimana menghidupkan bumi dengan titisan air hujan dari langit.
15. Wahai anakku, engkau tidak akan menyesal dengan berdiam sama sekali sesungguhnya berkata-kata itu ibarat perak dan diam itu adalah emas.
16. Sesungguhnya kejahatan itu mendatangkan kejahatan yang lain.
17. Berlemah lembut adalah pokok bagi segala hikmah.
18. Sebagaimana kamu mengasihani demikianlah kamu dikasihani, sebagaimana kamu bercucuk tanam demikian jugalah kamu menuai hasilnya.
19. Ingatilah 2 perkara dan lupakanlah 2 perkara: ingatlah ALLAH dan mati. Lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu.
