Wednesday, February 20, 2013

Dari kita buat mereka

Semester ini impiannya tak nak menyepikan blog ni. Ni salah satu sumber bekalan pahala untuk aku kat dunia selepas mati nanti. Moga-moga apa yang dikongsi di sini memberi manfaat pada orang lain. 

Teringat Dr Akmar cakap dalam lecture kelmarin tentang Theories of Health & Illness Behavior;
"Setiap perbuatan kita pasti akan memberi kesan pada orang lain." 
Kadang kita rasa tindakan kita hanya akan affect kita seorang je. Contoh; seorang Diabetic patient tak nak commit amik Insulin ikut masa yang ditetapkan. Tiba-tiba, satu hari bila dah teruk sangat penyakit; kena tambah ubat -> kos perubatan naik + keluarga risau = kualiti hidup x bagus + orang sekeliling susah hati + pekerjaan x efektif & produktif + negara bermasalah ETC. 



Sekecil2 tingkah, mahupun sebesar2 amalan, semuanya pasti memberi impak pada hidup orang lain. 

JADI? 
Fikir sebaiknya sebelum membuat keputusan.
Fikir sebelum bercakap.
Fikir sebelum bertindak.
Moga kesan pada orang lain dari tindakan/perbuatan/keputusan/sikap kita semuanya yang menjadi bekalan PAHALA kita di akhirat kelak. 

23

Tak tahu kenapa. Sejak beberapa hari kebelakangan; rasa bekas pahala yang ditapaw untuk ditimbang di sana nanti terasa ringan. Bahkan bekas dosa terasa berat sehingga tidak mampu dipikul lagi.

Allah, selama 23 tahun hidup ni, dah berapa banyak MASA aku habiskan untuk sesuatu yang sia-sia.
Selama 23 tahun aku hidup ini, sudah berapa banyak WANG yang dikeluarkan untuk sesuatu yang tidak memberi manfaat untuk umat ini.
Selama 23 tahun hidup ini, entah berapa banyak TENAGA/ KETAWA/ AIR MATA yang aku sumbangkan untuk agama ini...

Teringin memutar masa kembali ke zaman kanak-kanak saat dosa pahala bukan ditanggung diri. Tapi itu sesuatu yang mustahil. MASA LALU terlalu jauh untuk kita kembali kepadanya walau ia hanya baru berlalu setahun/ sebulan/ seminggu/ sehari/ sejam/ seminit/ sesaat bahkan SEDETIK yang lalu. Terlalu JAUH bak kata Imam Ghazali. Jadi, gunakan kesempatan dan kesedaran yang ada SEKARANG agar tiada lagi penyesaln di masa akan datang.


Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepada aku:
"Bertakwalah kepada Allah walau di mana sahaja kamu berada dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tadi akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang mulia".
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Sementara pinjaman nyawa ini masih belum mencapai tarikh luputnya, gunakanlah MASA SEKARANG untuk mengerjakan kebaikan dan kebajikan moga-moga dapatlah terhapus MASA LALU yang pernah kita isi dengan kemaksiatan...

Siapa yang kita sembah?

Semalam kami bermuhasabah lagi. Ya, tajuk yang dibincangkan di surau ini masih sama; Akidah, Iman, Ujian, Motivasi diri dan banyak lagi. Tajuk kami mungkin x sehebat yang dibincangkan oleh mereka yang lain. Namun, aku tetap bahagia bersama semua di sini, sama-sama berkongsi untuk semua rasa Allah itu hebat.

Moderator: "Siapa yang kita sembah semasa kita solat?"

Jemaah surau: Tanpa banyak berfikir: kebanyakan menjawab; "Allah"

Moderator: "Betul ke kita awak sembah Allah waktu solat tadi"

JS: Baru faham maksud sebenar soalan dan semua teragak-agak untuk menjawab..


Sekarang kita tanya pada diri, benarkah kita menyembah Allah di dalam solat kita?
Adakah kita benar-benar menjaga setiap gerak laku anggota kita termasuk hati agar terus-terusan berhubung dengan-Nya dalam solat kita?
Adakah fikiran kita benar-benar fokus dengan hanya memikirkan Allah semata-mata?

Muhasabah diri kita. Hakikatnya, bila selesai urusan SOLAT kita (tuntutannya dijaga dengan baik), baiklah segala urusan kita yang lain sebagaimana Allah berfirman dalam Surah al-Ankabut, ayat 45;
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
[29: 45]

Moga Allah redha~



Tuesday, January 1, 2013

Sakit waktu exam?

Salam alaik.

Me'relaxkan diri setelah habis baca nota pain control and palliative care in cancer patients. Study tentang pain sambil diri in pain memang mampu menguatkan ingatanlah! insyaallah.

Korang selalu tak sakit time2 nak exam? Jujurnya, aku selalu. Boleh kata hampir setiap kali study week, aku mesti akan demam, sakit kepala, sakit perut, sakit badan dan macam-macam lagi. (Dont stop reading; aku bukan nak mengadu aku selalu sakit kat korang pun. :| )rasanya ni tanda badan dah makin manja; tanda usia dah makin tua dan mati pun boleh mai bila-bila pun.

Tiba-tiba waktu menahan sakit sambil baca nota ni; Allah ilhamkan aku sesuatu. Yang rasanya aku perlu share pada sesiapa yang sepatutnya la. Mesti korag pernah dengar kisah nasihat Imam Shafie tentang ilmu itu cahaya kan? meh, aku tolong recall sikit;

Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”


Dah ingatkan? Meh nak relate dengan sakit. Aku rasa, manusia zaman sekarang ni x pernah lari dari berbuat dosa dan maksiat pada Allah. Dan ingatlah, sakit ni antara cara Allah nak hapus dosa kita dan Allah nak bersihkan hati kita. Kita kan tengah bertungkus-lumus nak 'masukkan' macam-macam ilmu dalam dada kita waktu study week ni; jadi Allah bagi kita sakit sikit untuk sediakan hati yang boleh ditembusi dengan cahaya (ilmu). Baiknya Allah kan?

Jadi, lepas ni jangan mengeluh, salahkan Allah bila sakit. Meh nak ingatkan tema hidup yang aku rasa kita semua kena pegang;
SEGALANYA INDAH BILA DISANDARKAN PADA ALLAH.

Ni hikmah yang aku jumpa based on pemikiran aku yang x seberapa; dan aku pasti ia datang dari Allah. Korang ada idea yang lebih menarik dalam mencari hikmah sakit di waktu exam; silakan kongsi k.

*Nota kaki buat diri;
Kalau cancer patient x mampu nak tolerate with morphine (if morphine causing cognitive impairment or poorly tolerated); boleh try bagi hydromorphone.
If patient cannot tolerate orally, bagi transdermal fentanyl (replaced every 72 hours) or subcutaneous diamorphine(taken note how to admin this S/C diamorphine!)
Oxycodone has a more predictable bioavailability than morphine.

waktu untuk ber'Parenteral Nutrition plak. ^^

Sunday, December 9, 2012

Allah lebih kenal kita dari diri kita sendiri

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[39:53]

DONT QUIT!

When things go wrong, as they sometimes will, 
When the road you're trudging seems all uphill, 
When the funds are low and the debts are high, 
And you want to smile, but you have to sigh, 
When care is pressing you down a bit, 
Rest, if you must, but don't you quit.


Life is queer with its twists and turns, 
As every one of us sometimes learns, 
And many a failure turns about, 
When he might have won had he stuck it out; 
Don't give up though the pace seems slow-- 
You may succeed with another blow.


Often the goal is nearer than, 
It seems to a faint and faltering man, 
Often the struggler has given up, 
When he might have captured the victor's cup, 
And he learned too late when the night slipped down, 
How close he was to the golden crown.


Success is failure turned inside out-- 
The silver tint of the clouds of doubt, 
And you never can tell how close you are, 
It may be near when it seems so far, 
So stick to the fight when you're hardest hit-- 
It's when things seem worst that you must not quit.

- Author unknown-

Minggu yang sangat memenatkan. phuhh..

Perlu ke kelas/hospital seawal 7.15 pg memang bukan sesuatu yang aku suka. Lagi-lagi, bila fikiran dah di'set'kan bahawa minggu ini akan disajikan dengan clinical attachment yang bakal meng'stress'kan diri dan hati memang berdegup kencang sepanjang 3 hari klinik ni.

Tapi apa yang aku duga lebih dari tu. Selesai clerk case utk hari pertama, perlu prepare for case presentation tomorrow. Ni xpayah nak cakap la berdebarnya camna; dah macam2 gaya dah kuar waktu preparation. Selesai hari kedua, bersedia untuk next case presentation for the next day. Dan disinilah sebenarnya cerita yang betul2 aku nak citer kat sini. ~~'

Sebagai kumpulan pertama y membentangkan case, aku berpeluang utk lebih memberi tumpuan kpd pembentangan kumpulan2 selepasnya tapi apa yang terjadi sebaliknya. Setelah satu persatu kumpulan selesai membentang, fikiran aku makin menerawang terbang entah ke mana. Kepala makin tunduk, tanda hati dah tak tertanggung apa perasaan yang sedang dirasai sekarang. (not bcoz Im sleepy ok!).

Kenapa aku rasa macam apa yang pensyarah dok tanya kat semua pembentang2 tu, aku rasa macam sangat2 blurr? Kosong. Allah, mampu ke aku nak hadapi semua dugaan-Mu di dunia pekerjaan sebenar nanti? Jujur, rasa sangat tak bersedia untuk 'bermain' dengan nyawa manusia nanti. Sampai terfikir, kalau Allah nak suruh extend pun dah jumpa dah hikmahnya sekarang. (Tepis cepat2 perasaan ni; aku tak nak extend..!)

Aku 'dormant'kan perasaan tu buat seketika. Balik ke rumah untuk membantu kenduri kakak dan anak sedara Sabtu lalu, sedikit sebanyak membantu untuk aku pendamkan perasaan tu. Tapi setibanya di kolej hari ini, baru dapat berita seorang sahabat yang aku sangat respect berhenti dari pengajian. Allah! Semoga pilihannya ini adalah pilihan-Mu Ya Rabb.

Dan benarlah, Allah lebih kenal diri kita dari kita kenal diri kita.

Allah akan uji kita dengan  apa yang kita mampu tanggung. Percaya pada DIA sebulat-bulatnya! 

‎"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
[az-zumar 39:54]