Tuesday, August 31, 2010

seka air matamu...

Seka air matamu wahai pejuang. Bukan kau bergerak dengan hitungan manusia. Bukan kau hidup untuk memenuhi kehendak mereka.

Pejuang,

Hidupmu dengan cabaran memang kembar yang takkan mampu dipisahkan. Kamu dengan dugaan adalah satu yang takkan mampu dipecahkan.

Maka jangan kamu menangis hiba. Jangan kamu tunduk mencuka.

Memang manusia-manusia tidak akan memahami kamu. Bahkan mereka kan sentiasa membebankanmu.

Maka jangan kamu meminta kepada mereka.

Aku disisimu, hendak menceritakan sesuatu.

Syyyhh… jangan menangis.

Seka air matamu wahai pejuang.



Lumrah pejuang

Apakah kau tahu lumrah pejuang?

Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.

Cabaran dan pengorbanan.

Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.

Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan-pengorbanan yang kau lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang senyuman.

“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami.

Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini.

Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati.

Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka.

Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.

Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?

Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang.

Tetapi jangan fikir engkau terbuang.

Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.

Dia ada untukmu.


Dia

Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu. Ya, aku mengerti itu.

Tetapi Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak pernah meminggir walau seketika.

Syyyhhh… jangan menangis. Seka air matamu.

Benar Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Dan ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:

“…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.

Seka air matamu.

Dia ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya” Surah Qaaf ayat 16.

Aaah… Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.



Dia menjagamu. Menjagamu.

Pejuang, seka air matamu itu.

Dia tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu. Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia sahaja.

Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.

Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.

Tetapi Dia punya segalanya.

Dia menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.

“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.

Maka bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 155-157.

Dan Dia bukan penipu.

“Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Ar-Ruum ayat 5-6.


Mengharaplah

Maka seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.

Mengharaplah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.

“Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan” Surah Ghaafir ayat 60.

“Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu” Surah Muhammad ayat 7.

“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.

Seka air matamu. Gerakkan dirimu.

Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.

Selainnya tiada.


Penutup

Seka air matamu pejuang

Sudahlah. Hentikan tangismu.

Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.

Jangan menangis ya?

Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.

Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.

Tidakkah kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?

Tersenyumlah. Bangun.

Teruskan perjuangan.

Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.

Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.

......................

kecewa dengan diri sendiri!!!

Friday, August 27, 2010

KABA BAR???

say "NO" to this Subject as "KABA BAR"

Shocking news :

"Kaaba" Bar will be opened soon in New York
PLEASE RAISE YOUR VOICE AGAINST THIS RACIST ACT


Shocking?






In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH. This bar will be used for supply of Wine and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA not open this BAR

We need to wake up and to stand for the dignity of ISLAM

Sunday, August 22, 2010

MENCARI MUTIARA DALAM AIR MATA

Mencari mutiara dalam air mata
Hari tu tajuknya mencari permata dalam air mata kan? Tapi kali ni nak tukar permata jadi mutiara coz rase cam lg sesuai. Hee...


"The difference between school and life? In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson."
- Tom Bodett

Setuju? Saya sangat setuju!!!

Mutiara 1: hati akan menjadi tenang JIKA kita bersabar.
Firman Allah SWT y bermaksud:
“Tidak ada musibah yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin ALLAH dan sesiapa beriman kepada ALLAH, ALLAH akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dgn tenang n sabar). Ingatlah! ALLAH Maha Mengetahui setiap sesuatu.” ~surah al-taghabun:11

Mutiara 2: dapat bersama ALLAH
Tapi ade satu syarat. Syarat y sama u mutiara 1 tadi. SABAR!
Firman ALLAH dalam surah al-Anfal ayat 46 y bmaksud:
“Bersabarlah (mhadapi segala ksukaran dgn cekal hati), sesungguhnya ALLAH bersama org2 y bsabar.”

Mutiara 3: ALLAH akan cinta n sayang kpadanya.
Firman ALLAH:
“(Ingatlah), ALLAH sentiasa mengasihi orang2 y sabar.” ~3:146

Can u imagine how will b ur life without HIS LOVE?

Mutiara 4: mendapat ganjaran yang tidak terhitung.
ALLAH berfirman y bmaksud:
“sesungguhnya org2 y bsabar shj akn dsempurnakan pahala mereka dgn xterkira.” ~az-Zumar:10
Al-Auzaa’i mentafsirkan ayat ini dgn berkata:
“Ganjaran pahala y diberikan kpd mereka dgn x ditimbang n x disukat.”

Mutiara 5: mendapat rahmat n hidayah ALLAH
“(iaitu) orang2 y apabila ditimpa ksusahan, mereka bkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan ke[ada ALLAH jualah kami kembali. Mereka ialah org2 y dilimpahi dgn bbagai2 kbaikan drpd TUHAN mereka dgn rahmat-NYA dan mereka itulah y mendapat hidaya.” ~2:156-157

Mutiara 6: ALLAH memuji hamba-NYA bersabar
Semua orang suka dipuji kan? Tapi bila Pencipta kita semua y puji, kita mesti lagi excited kan!!!
“Sesungguhnya KAMI mendapati Nabi Ayub itu seorang y sabar. Dia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sentiasa kembali (kpd KAMI dgn beribadah).” ~surah Sod:44

Mutiara 7: menguji tahap keimanan n pegangan agama
Menurut Mus’ab bin Sa’d, ayahnya tlh bertanya kpd Rasulullah SAW:
“siapakah di antara manusia y paling besar ujiannya?
Jawab baginda: para nabi diikuti generasi selepasnya(sahabat Nabi itu) dan generasi selepasnya (tabi’in). Sebenarnya seseorang diuji mengikut kadar pegangan agamanya. Jika pegangan agama kamu kuat, lagi besarlah ujian y akan diterima. Sebaliknya jika pegangan agamanya lemah, dia akan diuji mengikut tahap pegangannya.”

Mutiara 8: menambah keyakinan bahawa bencana y menimpa adalah tanda kasih sayang Allah.
Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya besar ganjaran berdasarkan besarnya cubaan. Sesungguhnya ALLAH jika DIA Mengasihi sesuatu kaum pasti DIA timpakan bencana kpd mereka. Oleh itu, sesiapa y redha baginya keredhaan ALLAH dan sesiapa y murka baginya kemurkaan ALLAH.”
~hadis riwayat al-Tirmizi dan ibnu Majah

Moga2 d bulan RAMADHAN y diberkati ini, kita dapat mningkatkan lagi ksabaran walau tpaksa mhadapi pelbagai ujian drpd ALLAH.

How could u reach d pearl by only looking at d sea?
If u seek d pearl, be a diver.
D diver needs several qualities: he must trust his rope and his life to d FRIEND’s hand, he must stop breathing and he must jump.

Friday, August 20, 2010

bicara bumbung...

*
"I'm so gonna miss you,girl." Jade mengukir sengih tawar.

Esok dah nak berangkat ke JB.

"Cheesy la you." Trisy sengih sumbing. "Pergi terjun bangunan la."

Jade hanya ketawa tawar."Kau dah banyak tolong aku." Dia melontar pandangan ke arah bukit yang sayup. "Thanks." Tak tersangka Trisy boleh heret dia ke office Jason untuk promote dia jadi kartunis kat sana dengan jual nama Jazz.Gila tak gila...

Trisy menelan air liur yang terasa berbuku. "Kau pun." Pandangannya turut ditala ke arah yang sama. "Thanks."

Matanya dialih ke laman wajah Trisy. "Kau bukak buku baru la kat JB nanti."

Trisy menjungkit bahu. "Duduk dengan atok ngan opah...bukak kitab kuning la aku nanti."

Ketawa tawar pecah.

"Jangan bagi parents kau susah hati dah."

"Kau pun."

"Jangan pukul orang."

"Diorang yang cari pasal dulu la."

"Jangan bunuh diri."

"Stupid!" Kaki Jade ditendangnya dengan hujung sneakers.

"Jangan buat bukan-bukan."

"Hmm."

"Jangan lari dari rumah tengah-tengah malam.Aku tak pernah gi JB,mana aku tau nak cari kau kat mana nanti."

Dia hanya sengih tawar.Betul...memang Jade banyak sangat membantu.

"Don't do pills."

"Right."

"Jangan smoke.Say 'Tak Nak'."

"Tak nak."

Jade hanya ketawa tawar mendengar Trisy mengulang macam budak tadika."Study elok-elok untuk SPM tahun depan.Kau budak bijak."

Tekak terasa makin berbuku."Nanti...kau jaga la tempat lepak nie baik-baik." Trisy memandang Jade sekilas.Tekak terasa makin kesat untuk bersuara. "Kalau aku balik nanti tempat nie jadi sarang gagak,siap la kau aku campak ke bawah."

Jade ketawa. "Not if aku campak kau dulu."

"Lepas tu...kau janji dengan aku bila first artwork kau keluar mag nanti bagi tau aku."

"Kalau keluar la."

"Mesti keluar punya.Kalau tak aku bakar office Jason tu."

"Remember Trisy,to live well or live hell,you choose."

"Ai ai,Sir."


~~~live well!!!!!!!!!!!!!~~~

Thursday, August 19, 2010

~~'

DOWN!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teruslah bergerak hingga KELELAHAN itu LELAH mengikutimu

Teruslah berlari hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu

Teruslah berjalan hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu

Teruslah bertahan hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu

Tetaplah berjaga hingga KELESUAN itu LESU menemanimu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, August 17, 2010

pesta makanan vs pesta ibadah

Disebabkan entry sblum ni mcm agak serius (crius bagi diri sendiri la), teringin nak merosakkan bahasa melayu kali ni. Heh

Lansung xpenah cter pasal ramadhan kat blog ni kan?
Ntah...
Mb Sebab ramadhan is too special to b described by sum1 like me...
Tapi kali ni nak cter sal Ramadhan kali ini coz kot2 boleh jadi peringatan u diri sendiri lain kali o buat peringatan u org lain y terbaca entry ni...

To b very frank, taun ni sangat xbersedia u jumpa bulan berkah ni...
Puasa sunat boleh bilang ngan jari je brape kali,
refresh balik ilmu pose bila dah msuk ramadhan,
lansung x biasakan diri bangun malam( ni y paling teruk skali),
Kononnya bz sangat sampai sedar2 da dekat pose...

Tapi Alhamdulillah, stil ade perasaan RINDU dekat bulan ni,
takut sangat xsempat nak jumpa bulan ketengan ni coz ajal maut tu di tangan ALLAH...

Ape y best about dis month is, kita boleh kenal siapa kita...
Kita ke orang y susah nak bangun malam o syaitan y tindih kita supaya xbangun?
Kita ke y suka ngumpat kawan sndiri o syaitan y unjurkan amalan tu suruh kita buat?
Kita ke y susah sangat nak selak AQ satu hari o syaitan y beratkan tangan kita u buka Alquran tu?
Tepuk dada, tanya IMAN.
Sekarang kita kenal siapa kita........

N stu lagi skang la pesta ibadah...jualan murah u pahala.
Buat sikit, nikmat bganda2. Mb xnampak skang.
Tp INSYAALLAH inilah y akn bagi kita NAMPAK bahagia kat sana nanti....

Cuma...
apa y memusykilkan hati is, kat Malaysia ni ramadhan macam pesta makanan pulak.
Bazaar mak ai, sebut je makanan ape nak, semua ade.
Murtabak, cendol, ayam golek, popia basah, bubur lambuk, laici kang, badak berendam, ikan percik, nasi tomato, n macam2 ah.
Pelik kan? Yang klaka nya asal la time bulan lain xde pun bazaar camtu tiap2 hari padahal kita ade mase makan 24 jam tapi bulan pose y kita ade kurang dari 12 jam untuk makan, makanan y tersedia berganda2. Ha. Ha.
Ni lah Malaysia. Malaysia oh Malaysia. Malayu oh melayu. Aish.

Bukan tu je, iklan kat tv, iklan makanan n minuman ah y paling banyak waktu pose ni.
Ada 1 video y sy tertengok(Alhamdulillah) kat FB, iklan kat sebuah negara Islam y of kos bkn Malaysia, iklan u menggalakkan org baca Alquran.
Bila la Malaysia nak ada iklan macam ni? Harapan...n harapan y lainnya, moga2 pesta ibadah di bulan Ramadhan lebih mendapat sambutan dari pesta makanan. AMIN.

Dan perkara special y berlaku pada diri sendiri dalam Ramadhan kali ini is, saya mula sedar dgn nikmat y sblum ni Nampak macam kecik tapi sangat SENGSARA bila xde. Manusia selalu lupa kan dengan nikmat y kita ada. Saya akan mula mghargai mak saya dgn bsungguh2 lepas tbe2 mak sakit haritu. Bila tau, nangis xbenti2 sampai lansung xle study. (akhirnya air mata keluar jugak selepas lama disimpan..~~) Then, bila kawan sendiri hidapi penyakit dat never can b treated. Sembuhkan mereka Ya Allah....

Kadang kita rasa orang lain banyak kelebihan tapi kita xnampak kelebihan kita. Seolah-olah kita lupa yang ALLAH MAHA ADIL. ALLAH MAHA MENGETAHUI apa y kita perlukan, apa y btol2 berguna u kita n segala yang terbaik untuk kita.

Moga Ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan2 y lalu...

Sunday, August 15, 2010

MENCARI PERMATA DALAM AIR MATA

Ujian, cabaran, dugaan ape2 y swaktu dengannya sinonim dgn air mata. Sambungan kpd entry lepas, banyak hikmah y boleh kita peroleh dari dugaan y ditimpakan pada kita.


1. Penghapus dosa
Sabda Rasulullah saw y bmaksud,
“Seseorang muslim yang ditimpa kcelakaan, kmiskinan, ksedihan, sakit mahupun dukacita tertusuk duri pasti ALLAH akan mnebus dosa2nya dgn apa y menimpanya itu.”
[Hadis sahih riwayat al-Bukhari n Muslim]

Sabda Rasulullah lagi y bmaksud,
“ujian itu akn sntiasa mnimpa seseorang llaki o prempuan beriman sama ada pada dirinya, anaknya o hartanya hinggalah dia mnemui ALLAH n x tertinggal dosanya walau sdikit.”
[hadis riwayat al-Tirmizi]

2. Menambah kebaikan
Sabda Rasulullah saw,
“amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan y menimpanya adalah baik. Tidaklah seorang mukmin itu kecuali ditimpa kebaikan, dia bsyukur lalu mnjadi kebaikan baginya n apabila ditimpa kburukan dia bsabar lalu mnjadi kbaikan baginya.”
[hadis sahih riwayat Muslim]

Maksud 1 lagi hadis Rasulullah,
“sesiapa y ingin diberi kbaikan oleh ALLAH, pasti dia akan ditimpa musibah.”
[hadis sahih riwayat al-Bukhari]

3. Mengembalikan manusia kpd ALLAH n istiqamah di atas agamanya.
Firman ALLAH SWT y bmaksud:
“KAMI timpakan mereka dgn bbagai2 azab (bala bencana) supaya mereka kembali (bertaubat kepada ALLAH)”
~az-Zukhruf: 48

to b continued...

Saturday, August 14, 2010

DUNIA PERKAMPUNGAN UJIAN

Ingatlah, dunia ini mrupakan pkampungan ujian n cubaan. Ssiapa shj y masih hidup kat dunia ni xkan terlepas dr ujian ALLAH berupa sakit, sedih n sbagainya. Ujian ini akn dhadapi oleh smua hamba ALLAH sama ada beriman o x, tua o muda, miskin o kaya.

Firman ALLAH SWT,
Maksudnya,
“Demi ALLAH, KAMI akan mnguji kamu dgn sedikit perasaan takut (kpd musuh), kelaparan, kkurangan harta bnda, khilangan nyawaserta lenyap hasil tanaman. Oleh itu, berilah berita gembira kpd orang-orang y sabar.” ~2:155

Inilah pnegasan ALLAH bhw setiap hamba pasti diuji. Apatah lg mereka y mngaku beriman kpd-NYA. Makin teguh imannya n makin hampir ssorang kpd TUHANnya, makin kuatlah ujian ALLAH kerana dia smakin hampir u mncapai ‘kunci’ syurga.

Firman ALLAH SWT y bmaksud:
“patutkah manusia mnyangka bahawa mereka akn dibiarkan dgn hanya bkata: Kami beriman! Sedangkan mereka x akn diuji (dgn sesuatu cubaan)?” ~29:2

Namun, bg golongan beriman kpd ALLAH, mreka yakin akn mndapat ganjaran n kbaikan dgn BERSABAR N REDHA dgn ujian n musibah itu. Malah, mereka BERSYUKUR krn ALLAH masih mnguji mereka. Ini krana, ia mbuktikan betapa cintanya ALLAH kepadanya.

Yang merisaukan mereka, ALLAH mbiarkannya tanpa ujian n kufur dgn sgala nikmat hari demi hari. Sebab itulah bagi mereka y benar imannya, mereka sedar bhw mengeluh n x redha dgn ujian akn mnambahkan lagi musibah, mlenyapkan ganjaran pahala n mnambahkan dosa.

Orang y xredha n mngeluh dgn ujian ALLAH akan mhadapi 2 musibah. Musibah pertama ujian ALLAH itu sendiri n musibah musibah kdua tpaksa mnanggung dosa kerana x beriman dgn takdir baik n buruk drpd ALLAH.

~YA ALLAH, jadikan aku mereka y benar imannya...

Tuesday, August 3, 2010

Membumikan Islam dalam diri untuk mengIslamkan bumi ini...insyaALLAH

10 perkara yang perlu dilakukan untuk menegakkan Islam dalam diri kita.

1. Sentiasa senyum

2. Sentiasa bersangka baik
3. Solat pada awal waktu. Sebaik-baiknya, berjemaah.

4. Sedekah, infakkan harta ke jalan ALLAH
5. Ikhlas

6. Saling menyayangi
7. Selalu ceria
8. Sentiasa sabar

9. Bersyukur
10. Sahsiah yang mulia


Nampak macam senang, tapi bukan semua orang mampu lakukan. ‘MAMPU’kanlah diri anda, moga2 kita menjadi umat yang terbaik!