Sunday, September 26, 2010

wasiat Luqmanul Hakim

Wasiat Luqman yang termaktub dalam kitab-kitab tafsir

1. Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini ibarat lautan dalam, ramai manusia yang tenggelam di dalamnya. Jadikanlah taqwa sebagai kapalmu, iman sebagai penumpang dan tawakal sebagai layarnya. Semoga engkau memperolehi kejayaan.

2. Sesiapa yang boleh bersikap adil terhadap diirinya sendiri, maka ALLAH menambahkan kemuliannya.

3. Kepayahan dan kesusahan dalam ketaatan adalah lebih dekat (kepada keredhaan ALLAH) daripada kesenangan dan kemewahan dalam kemaksiatan.

4. Wahai anakku, berwaspadalah dengan hutang kerana ia merupakan kehinaan di siang hari dan kedukaan pada malamnya.

5. Wahai anakku, berharaplah kepada ALLAH dengan pengharapan yang tidak menghumbankanmu ke lembah penderhakaan terhadap-NYA, dan takutlah kepada ALLAH dengan ketakutan yang tidak mengecewakanmu daripada rahmat-NYA.

6. Sesiapa yang berdusta, maka hilanglah air mukanya.

7. Sesiapa yang berdusta, banyaklah kesengsaraanya.

8. Wahai anakku, janganlah engkau mengutuskan seorang utusan yang jahil, jika engkau tidak menemui orang yang bijaksana, maka jadikan dirimu sebagai utusan.

9. Wahai anakku, janganlah kamu menjadi terlalu manis sehingga kamu ditelan dan jangan pula kamu menjadi terlalu pahit hingga kamu diluahkan.

10. Bermesyuaratlah dengan ulama dalam urusanmu.

11. Tiada manfaat pembelajaranmu sehingga kamu beramal dengan apa apa yang kamu pelajari. Apabila kamu tidak beramal dengan apa yang telah ketahui, umpama seorang yang pergi mencari kayu api lalu membawa pulang seberkas kayu. Ia akan terus memikulnya hinggalah ia tidak berupaya. Ia terus menambah seberkas kayu yang lainlagi untuk dipikul meskipun ia tidak mampu.
(ini menunjukkan ilmu sepatutnya membuahkan amalan, jika tidak ilmu tersebut akan mendakwa tuannya.)

12. Ungkapkanlah kata-kata yang baik dan ceriakanlah wajahmu. Ini lebih disukai oleh manusia berbanding kamu menghulurkan suatu pemberian kepada mereka.
(ini bertepatan dengan hadis yang menyebut bahawa kata-kata yang baik itu sedekah, sehinggakan senyumanmu pada saudaramu juga adalah sedekah).

13. Ditanya kepada Luqman: “bagaimanakah engkau boleh sampai ke tahap sebegini?” lantas beliau menjawab: “percakapan yang benar, menunaikan amanah dan meninggalkan apa yang tidak member manfaat kepadaku.”

14. Wahai anakku, dampingilah ulama, sibukkan dirimu bersama mereka dengan menemukan lututmu dengan mereka. Sesungguhnya ALLAH menghidupkan hati dengan ‘nur’ hikmah seprtimana menghidupkan bumi dengan titisan air hujan dari langit.

15. Wahai anakku, engkau tidak akan menyesal dengan berdiam sama sekali sesungguhnya berkata-kata itu ibarat perak dan diam itu adalah emas.

16. Sesungguhnya kejahatan itu mendatangkan kejahatan yang lain.

17. Berlemah lembut adalah pokok bagi segala hikmah.

18. Sebagaimana kamu mengasihani demikianlah kamu dikasihani, sebagaimana kamu bercucuk tanam demikian jugalah kamu menuai hasilnya.

19. Ingatilah 2 perkara dan lupakanlah 2 perkara: ingatlah ALLAH dan mati. Lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu.


kisah si cangkir...

kisah 1
~sekadar intro~

kisah 2

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan y cantik. “Lihat cawan itu,” kata nenek kepada suaminya. “inilah cangkir tercantik y pernah aku lihat,” ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir y dimaksudkan itu bbicara,

“ Terima kasih untuk perhatian dan pujian anda, perlu diketahui bahawa aku dahulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cangkir yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat y tidak berguna. Namun pada suatu hari ada seorang pemuda dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, “belum!” lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang2. Stop! Stop! Teriakku lagi. Tetapi pemuda ini masih sahaja meninjuku tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih teruk lagi apabila ia memasukkanku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi pemuda ini berkata, “belum!” akhirnya ia mengangkatku dari api itu dan membiarkanku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh! Ternyata belum. Setelah sejuk, aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnaiku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, “belum!” lalu ia memberikanku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas dari yang sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas ‘menyiksaku’ kini aku dibiarkan sejuuk. Setelah benar2 sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkanku dekat kaca.Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang sangat cantik. Semua kesakitan dan panderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.”
Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup, akan banyak kita tempuhi keadaan yang tidak menyenangkan, menyakitkan, penuh penderitaan, dan sering tumpahnya air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita menjadi ‘cantik’.

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita.
Jangan kecil hati, jangan putus asa, kerana ALLAH sedang membentuk kita...

Sunday, September 19, 2010

LANGKAH TERCIPTA




Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


"DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN YANG SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG: DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK." 2:45

Saturday, September 18, 2010

tentang sahabat...

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
12 sifat sahabat sejati

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)


“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Tuesday, September 14, 2010

Debu-debu dosa


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Debu-Debu Dosa
Artist: Hijjaz
Album: Damai

Wednesday, September 8, 2010

post terakhir sblum balik umah...:)


Jubair Bin Nufair bkata:
"Apabila para sahabat Rasulullah saw btemu sesama mereka(semasa Aidilfitri) mereka mengucapkan:Taqabbalallahu minna waminkum.
maksudnya: semoga Allah mnerima amalan kami dan amalan kalian semua."

so, to all: Taqabbalallahu minna waminkum! maafkan semua salah silap n mintak halal segala2nye la ye...

~~xsemppat dh nak tulis pnjg2...~~

Monday, September 6, 2010

belum tiba lagi, cintaku hendak pergi


Aidilfitri belum tiba lagi,
Tidak perlu ucapkan Selamat Hari Raya untukku tika ini,
Sedang Ramadhan kekasihku cintaku hendak bergerak pergi,
aku tidak berkenan merayakan apa-apa kini
waktu ini waktuku untuk waktunya sahaja.
Sekarang ini, aku hanya peduli Ramadhan dan Tuannya sahaja.
Aidilfitri belum tiba lagi, dan belum tentu aku layak merayakannya nanti

Kerna Aidilfitri,
Hanyalah perayaan bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadhan sesempurna hati

~Hilal Asyraf~
050910
1005AM
Rumah, Johor
Malaysia

http://ms.langitilahi.com/gambar-belum-tiba-lagi-cintaku-hendak-pergi/


betol taun ni lnsung xde mood nak raye.
xlayak nak sambut raya.
sebab xmengisi ramadhan dgn sesempurna hati.

sebab belum puas menikmati keberkatan bulan ini.
sebab belum kuat u hadapi 11 bulan nanti.
Ya Allah, temukan lagi aku dengan ramadhan...dan moga2 ramadhan akan dtg lebih bermakna dalam hidupku...Amin.

Saturday, September 4, 2010

kenangan...

rindu malam di seri bentong...
rindu petang di integrasi temerloh...
rindu pagi di pasum...
rindu pagi, petang, siang, malam di rumah. NAK BALIK!

pantun? mane rimanya?
berbunga? mana kelopaknya?
hakikatnya memang sy betul2 maksudkan kenyataan di atas...

rindu malam di seri bentong


kenapa malam?
sebab malam minggu kat sini, sy akan duduk kat tengah2 dataran asrama untuk menikmati keindahan langit...
Subhanallah, cantik...
n sy sangat suka tengok bintang...
bila pindah kelantan, nak tgk langit malam2 mmg sgt jarang coz bila dah malam memang xberani nak kuar rumah..
bila study kat kl plak lagi la, langit kl jarang nak nampak bintangnya...

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya." 15:16

rindu petang di integrasi temerloh

"Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid)." 27:60

petang2 kat sini waktu sy berehat tanpa menutupkan mata(tidur),
walaupun selalunya kalut nak turun riadah petang2 coz balik kelas pun lambat, tapi kami stil akan turun,(terpaksarela gak kot),
n selalunya akan turun dengan tgn menggenggam sebatang pensil n buku conteng...
bukan u melukis tapi u selesaikan soalan2 addmath y xsiap coz nanti bila dah masuk kelas prep, if ade kawan nak tanya, xde la baru nak pk cane nak jawab...
lepas tu, sy n kwn2 bbaik akn ronda satu sekolah sambil bcerita itu, ini, segala cerita y boleh dikongsi,
jalan n jalan n benti kat tempat wajib singgah, kebun y ade pokok2 bunga kat situ...
tapi bila nak dekat exam o bila result baru kuar, tempat wajib singgah akn btukar ke curam tepi padang ,ngadap hutan tu..motif? mestila nak lepaskan stres kat tempat xde orang...


rindu pagi kat pasum

pagi2 y sunyi, bkn mcm skrg, pagi pun bising...
bukak pintu belakang bilik n study sambil mngadap langit pg kl...
n klu rajin, ujung minggu je g joging n singgah bagi ikan makan kat kolam tepi DTC,
seronok je tgk ikn2 bsr tu mkn...ape kabar la ikan tu skang kan?

"Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya." 15:19-20


rindu segala-galanya di rumah



"Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui." 27:61

nak taip ni serius rasa nak nangis.
taun ni lansung xdapat pose kat rumah.
lamsung xdapat sahur kat rumah.
lansung xdapat nak solat tarawih kat masjid sekitar kb.
mintak maaf mak, xdapat lansung nak curi masa sepanjang ramadhan ni u balik rumah...

"[62]Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

[63]Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

[64]Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar "." ~an-Naml

sebelum memikirkan raya...

[re-post]

sebelum memikirkan raya, jom kte muhasabah diri dengan hadis nabi ni...


hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya dabul mufrad serta disahihkan oleh Syeikh Albani iaitu :


أن النبي صلى الله عليه و سلم رقى المنبرفلما رقى الدرجة الأولى قال آمين ثم رقى الثانية فقال آمين ثم رقى الثالثة فقال آمينفقالوا يا رسول الله سمعناك تقول آمين ثلاث مرات قال لما رقيت الدرجة الأولى جاءنيجبريل صلى الله عليه و سلم فقال شقي عبد أدرك رمضان فانسلخ منه ولم يغفر له فقلت آمينثم قال شقي عبد أدرك والديه أو أحدهما فلم يدخلاه الجنة فقلت آمين ثم قال شقي عبد ذكرتعنده ولم يصل عليك فقلت آمين


Maksud :
Berhimpunlah kamu sekalian dekatdengan mimbar. Maka kami pun berhimpun.

Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar,beliau berkata: Amin.
Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.
Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.


Lalu baginda menjawab:


"Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan(doa) kepadaku,katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.
Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila)disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat keatasmu. Lalu aku pun mengaminkannya.
Dan ketika aku naik ke anak tangga yangketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalamsyurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

sebelum kita memikirkan raya, fikir2 lah, agak2 semua dosa kita dah diampunkan ke??