Friday, June 28, 2013

Muallaf

Hari ini ada rehearsal & preparation for Konvensyen Aku Cinta Allah dan Rasul (KACAK). Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk menjadi sebahagian dari committee konvensyen anjuran One Heart Creative Solution ini. 


Asar

Setelah selesai beberapa kerja yang perlu dibuat, sebaik masuk waktu solat Asar, kami (aku dan Iqa) segera ke masjid kebanggaan UIA. Korang mesti tau betapa besarnya masjid diorang ni kan? Tempat wudhuk pun banyak kot. Waktu nak berwudhuk, terdengar seperti ada sesi praktikal solat di belakang.

"Cuba ruku' "

Dia mula membongkokkan badannya.

"Salah tu. Awak pulak"

Seorang lagi membongkokkan badannya. Kali ini nampak lebih sempurna.

"Ok, Bagus."

Praktikal masih diteruskan. Disebabkan nak cepat, aku segera amik wuduk dan beredar dari situ. Tapi hati berbisik.
"Kenapa Ustazah tak bawak je semua anak murid dia tu solat Asar betul2 kat atas? Praktikal betul-betul punya. Xpayah nak practice2. Hmm."

Musykil.



Maghrib

Sambil menjaga barang Iqa, di tempat wudhuk, tiba-tiba satu suara menyapa. 

"Adik ni student ke?"

"Aah. Tapi bukan student sini."

"Oh. Belajar kat mana?"

"Kat UKM. Akak dari mana?"
Ramah pulak akak ni. Bagus gak, aku pun bosan kalau kena tunggu sambil sengih sorang2 ni. ~~


"Akak dari Kajang. Datang sini ada program. Alhamdulillah, Allah pilih untuk join program ni. Adik datang sini untuk apa?"

"Saya pun ada program jugak esok dan lusa. Tapi arini ada preparation untuk program, sebab tu datang. Akak ada program apa ni?"

"Hari ini ada bengkel untuk muallaf. Emm...Akak ni muallaf."


Allah. Meremang bulu roma. Aku jadi makin excited.

"Oh. Alhamdulillah. Akak asal mana?"

"Akak orang Sarawak. Tapi dah lama kerja di sini, di TNB Kajang. Sejak 1994 datang bekerja di Semenanjung."

"Kuching ke? Abang saya pun tinggal sana jugak. Kat Petrajaya."

"Oh, Petrajaya. Tu dekat dengan Bandar Kuching"

Azan berkumandang. Masing-masing diam seketika.


"Ok lah adik. Akak pergi dulu. Doakan akak ye adik."

"Ya akak. Insyaallah. Doakan saya juga. Semoga Allah terus beri taufiq & hidayah pada kita"

Kami bersalaman. 


Soliloquy

Allah. Lepas tu aku nampak dia pergi ke tempat orang praktikal waktu Asar tadi. Rupa-rupanya bengkel cara solat bagi Muallaf yang aku nampak waktu tadi. Astagfirullah, jahatnya hati. Asal la aku tak terfikir pun pasal bengkel ni, duk fikir nak cari salah orang je. Haish!


Terasa bila akak ni mintak aku doakan ini. Usai solat, aku teringat-ingat pesanan dia. Bila kenang balik kehidupan aku, berapa kali aku doakan orang lain (non-muslim) untuk turut sama merasai nikmat iman & islam yang aku kecapi sekarang? Jarang jugak kot. Selalu ingat nak doakan kebahagiaan diri sendiri dan orang terdekat je, sampai lupa manusia lain di luar sana. Allah.. Betapa kita selalu mementingkan diri sendiri. 


Ini intro yang menarik Allah bagi kat aku untuk benar-benar hadirkan hati ke KACAK esok dan lusa. Berjumpa dengan Muallaf buat aku rasa kami benar-benar bertuah dipilih untuk menerima Islam sebagai jalan hidup kami dan menyembah hanya kepada Allah, Tuhan Yang Esa. Perasaan ni jarang-jarang ada. Jarang kita benar-benar menghargai nikmat Islam ini. Hingga kadang mungkin ada yang lansung tidak pernah menganggap keislamannya satu nikmat kurnia dari-Nya. Naudzubillah, semoga dijauhkan dari perasan yang x sepatutnya.

# Semoga KACAK menjadi medan muhasabah cinta kita kepada Allah dan kekasih-Nya dan membuatkan kita turut mengamalkan apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Semoga esok terus gagah melangkah!


Tuesday, June 25, 2013

Akhirat: Di mana kita? Part 2

Sedikit sambungan dari perkongsian yang lalu..

Tarikh luput keampunan Allah

Setelah diberi segala nikmat, rahmat dan kasih sayang-Nya, 
mengapa hati masih berkira-kira untuk menyahut seruan-Nya?

Allah sentiasa sediakan peluang dan ruang ntuk kita mendekat kepada-Nya, 

tapi hati yang kelam, dipenjara oleh cinta kepada dunia, tidak mengambil peduli akan perintah-Nya malah melanggar larangan-Nya.

Mujurlah keampunan Allah itu super-duper luas. Tetapi jangan jadikannya alasan untuk berbuat dosa. Sepatutnya kita malu dengan Allah untuk meminta keampunan-Nya walaupun berkali-kali kita berbuat dosa yang sama.


Keampunan Allah itu juga tidak pernah ada tarikh luputnya. Jika di sekolah rendah, kita tidak menutup aurat dengan sempurna, sekarang jika kita memohon keampunan-Nya, pasti Dia terima. Jika di waktu sekolah menengah, kita terjerat dengan cinta monyet, Allah akan ampunkan dosa kita andai kita memohon keampunan-Nya. Jika dulu di waktu asasi atau matrikulasi kita mula berani menderhakai ibu bapa kita, pohonlah ampun dari Allah dan ibu bapa kita juga. Mudah-mudahan Allah redha bila ibu bapa kita redha. Jadi jangan cepat berputus asa dari rahmat Allah dan jangan jemu untuk meminta kempunan dari-Nya. Kita punya Tuha Yang Maha Pengampun, Yang Maha Memberi, kenapa masih tidak mahu meminta kebaikan dari-Nya?

Dituduh Munafiq?

Anda pernah dilabel sebagai orang yang fasiq?
Apa perasaan waktu tu? Sakit hati dengan si penghukum? Atau bersyukur sebab diingatkan agar berubah?
Ya, kita tidak pernah ingin menjadi si fasiq, tapi sedar tak sedar, dosa kita yang terlalu banyak ini membuatkan kita sendiri kadang yang melabel diri kita sebagai si fasiq.

Bagaimana pula jika dituduh sebagai munafiq? 
Allah, rasanya ini antara tuduhan yang umat Islam sangat marah bila difitnah begini. Munafiq bagiku satu perkataan yang sangat 'tajam' untuk diungkap. Namun, bila berkata tentang munafiq, tiba-tiba teringat ayat yang dibaca semalam;

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
[4: 145]

Allahu Rabbi. Waktu baca terjemahan ni, sesak dada sekejap. Allah, takutnya kalau kita digolongkan dalam kalangan mereka ini. Bila terkenang kadang diri terasa bersikap seperti orang munafiq, aku menjadi hampir putus asa dari rahmat-Nya. Hampir.

Wait! Wait! Tunggu! 
Eh, Allah panggil kita balik dalam ayat seterusnya;

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).
[4: 146-147]

Phuhh. Selamat tak putus asa betul2 lagi. Allah suka bagi kita kejutan kan? Dan kita kena percaya setiap kejutan itu untuk membawa kita kembali kepada Dia. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Masih mencari alasan untuk mencintai-Nya? Ini antara alasan kukuh kot. 

Ada yang merasa Allah itu jauh darinya? Hey! Cuba refleks balik, siapa sebenarnya yang makin jauh? Allah panggil banyak kali, kita tangguh-tangguh. Dia bagi macam-macam, kita buat tak nampak je. Tapi Dia tetap sayang kita.  Kita je yang tak betul-betul cari Dia. 

Beruntunglah menjadi pelajar

Ya. Anda bertuah, kita bertuah. Semasa masih belajar, kita selalu mengeluh. Jadual pack, assigment berlambak, report tak siap lagi, exam dah nak dekat, tiap2 minggu ada presentation. Haru. Tapi, ada satu hadiah yang best dari Allah waktu belajar ni iaitu....?

- E X A M -

Oh-ho. Saya juga pelajar biasa. Tak suka pun exam. Cuak tak terkata. Berdebar tahap dewa. Tapi, perasan tak, musim exam ni musim kita dekat dengan Dia. Rasa iman sedikit meningkat sebab selalu nak dekat dengan Allah. Hati jadi sensitif. Mudah disentuh walau dari tazkirah yang dah biasa didengar. Kan?

Teringat akan hadiah best ni, lagilah air mata laju turun. Allah, tak lama lagi dah Kau izinkan aku menjadi pelajar. Lepas ni, bila dah habis; dah graduate; dah konvo, agaknya bila musim meningkatnya iman kita? :'( Hmm. Semoga hidup kita sentiasa dikelilingi insan-insan yang akan mengingatkan kita kepada Allah. Dan mari kita sama-sama menjadi sebahagian dari 'mereka'. 

Benarlah;

"...hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang"
[13: 28]

Hanya hati yang pernah merasai ketenangan ini yang tahu betapa bahagianya bila diri mengingati Allah. 
Mari kembali kepada-Nya. 
Mari menjadi hamba. 




Sunday, June 23, 2013

Surprises from Allah The Most Merciful

Some people love surprises even there are a few who hate it.
But still, our life is full of surprises.
Right?

Allah always give us a lot of surprises.
Love it?
Hate it?
Find the secret behind the fate, surely you'll love it.
As all the surprises are meant to remind us to Him.
The surprises are sent for us to keep our imaan refreshed.
The surprises were never and ever given to keep us distance from Him.

He love you and me, more than others love you. 
And even more than you love Him.
Smile. 
Keep going.
He is always with you s as long as we keep returned to Him.


Deciding to accept the surprises or not are always be a part of our life.
Sometimes, yes or no is not just an answer, 
but be the determinant of our fate here and hereafter.
Allah, is the only ONE who know if 'yes' is good for us.
Or may be the 'no' is better.
Our life is in His hand.
So, keep praying so that he will decide what is the best for us.


P/s: Amalkan doa ajaran Rasulullah SAW;
"Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmat-Mu daku memohon pertolongan. Baikilah segala urusanku, dan janganlah Engkau serahkan daku ini kepadaku walaupun sekelip mata."
-Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani-


Saturday, June 22, 2013

Akhirat: Di mana kita?

Bismillah.

Memulakan pagi Sabtu ini dengan usrah yang indah. Menumpang usrah adik-adik 3rd year lepas Subuh tadi untuk bermuhasabah iman kita kepada Hari Akhirat.
Molek kiranya kalau sahabat-sahabat yang baca post kali ini mulakan dulu dengan bacaan Surah An-Naziat.

Daha habis baca? Goooood. Kita highlite sikit beberapa ayat dalam surah ni;


"Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar,
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, 
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, 
Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), 
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, 
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."
[79: 34-41]


Akhirat, hari diperlihatkan segala usaha kita semasa di dunia. Kalau kita berusaha menuju-Nya, maka beruntuglah kita. Jika tidak? Allah, ruginya kita. Rugi yang penyesalannya di waktu itu hanya sia-sia.

Pesan Tok Guru

Dalam buku bertemu janji Allah oleh Tok Guru Nik Aziz, sehari di Mashsyar itu ibarat 500 000 tahun di dunia. Allah... Kat dunia ni, nak tunggu kawan lambat 5 minit pun gigih aku menahan amarah, 500 000 tahun, entah apa la perasaan waktu tu. Takut tu pasti. Sebab kat dunia suka sangat buang masa. :(


"Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya)."
[70: 4]

Beza sangat kan kiraan masa di dunia dan akhirat? Sebenarnya, kalau kita perasan, kat dunia ni lagi Allah dah tunjuk nilai sesuatu perkara itu sangat relatif yakni mengikut di mana kita letakkan hati kita kepada perkara tersebut. Sebagai contoh, solat fardhu yang tak sampai 5 minit tu terasa lama bagi mereka yang  merasakan solat itu sebagai amalan ritual semata-mata tetapi bagi orang beriman, solat fardhu itu terasa begitu singkat untuk bertemu Tuhannya. 

Titian Sirat? Selaju mana kita melaluinya?

Diceritakan juga berkenaan perjalanan manusia di titian sirat nanti. Rasanya, setiap kali kita bayangkan diri kita melalui titian sirat ini, pasti meremang bulu roma. Adakah kita golongan yang akan melaluinya sepantas kilat? Atau kita mereka yang melaluinya sepantas kuda? Atau kita, mereka yang melaluinya dengan bersusah-payah, yang kadang tersangkut pada duri-duri di tepi laluan itu? Allah. Pada saat kita melalui titian sirat ini, tidak henti-henti Rasulullah SAW dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia;
“Ya Allah, selamatkan, selamatkan.”

Takut? Risau? Mesti ada kan? Tapi ingatlah, hanya pertolongan Allah yang akan selamatkan kita kelak. Jadi, jangan pernah jemu untuk berdoa minta pertolongan dari-Nya, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Akhirat itu medan pembalasan. Yakinlah, tidak akan ada walau sekecil amalan baik @ jahat yang terlepas dari pandangan Allah...


Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99: 6-9]

Antara takut dan berharap kepada Allah

Takut kepada Allah mahupun malu kepada Pencipta tak sama seperti kita takut dan malu kepada makhluk. Takutkan Allah? Ya, kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita nanti. Adakah cukup bekalan yang dibawa? Adakan amalan-amalan ini diterima-Nya? Atau adakah kita mereka yang bertuah yang layak untuk menerima rahmat-Nya di akhirat nanti. 

Sebagaimana kita mengetahui azab-azab yang dijanjikan kepada mereka yang memungkiri perjanjian kita untuk beriman kepada Allah Yang Esa, jangan lupa akan kasih sayang dan keampunan Allah yang melimpah-ruah buat kita.  Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim; diceritakan tentang dialog antara hamba-Pencipta berkaitan ampunan Allah Yang Maha Luas walau berkali-kali kita mengulang kesilapan yang sama;

“Seorang itu telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: 
Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. 
Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. 
-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. 
Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: 
Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. 
Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya
-dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. 
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: 
wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. 
Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Akhirat: Kehidupan sebenar kita

Melalui setiap saat dalam kehidupan kita, ingatlah kita masih ada akhirat tempat kembali. Jangan terlalu risau atau cinta kepada kehidupan di dunia sehingga lupa bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan buat kita. Bayangkan kita sedang exam, jika gagal, kita mungkin masih boleh reseat paper, repeat year, atau tukar kos bila dah tak dibenarkan untuk teruskan pengajian tetapi setelah mati, tidak akan ada reseat mahupun repeat ujian-ujian hidup semasa di dunia dan kita takkan dikembalikan ke dunia untuk menyediakan bekalan secukupnya untuk akhirat. Tidak ada. Jadi, hargai setiap saat hidup yang masih berbaki ini untuk memenuhi tuntutan-tuntutan syahadah kita. Sucikan niat agar setiap amalan kita itu hanya untuk mencari redha-Nya. Moga-moga kita menjadi hamba yang terpilih untuk ke syurga-Nya. 

Panjang lagi, tak ter'post rasanya segala yang dikongsi bersama pagi tadi. Jika berpeluang, hadirlah ke mana-mana taman syurga agar sesekali mata kita basah kerana cinta kepada-Nya, hati ini tenang mensyukuri segala rahmat-Nya. 

Dunya

I end this post with a beautiful song by  Maher Zain - This Worldly life; adapted from "Dunya" Poem: M. Fethullah Gulen. 


How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey 
And it's taking me back to You

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

P/s: Bagi yang semakin menjauh dari naqib/ah, cari diorang balik!
Bagi naqib/ah yang dah lama x buat usrah, cepat-cepat buat, adik-adik rindu untuk rasa beriman seketika. 

Bagi yang tak pernah rasa bestnya usrah, ajak la kawan-kawan terdekat anda, amik masa sekejap, duduk dan beriman dan kembali rasa berTuhan!
Usrah itu syok!!!

Usrah layang-layang

Mungkin usrah terakhir bersama sahabat-sahabat seangkatan semasa masih bergelar pelajar.
Mungkin.
Jadi, izinkan hamba mematerikan sedikit sebanyak memori hari ini di sini ye. Heh.

FATEH: MY LOVE & MY LIFE

Part 1: Futsal bersama Nisa' Pandan

Untuk pertama kalinya berjaya main futsal dengan KFC yang lain. Sebelum ni duk ajak, semua kata kaki bangku. Tup, tup, semua berkobar-kobar nak main lagi kalau ada peluang. Kaki bangku pun boleh main futsal lah! Asalkan ada keinginan & keazaman yang tinggi, segalanya mugkin. Woha!


Balik futsal, singgah Tesco cari barang untuk masak rehlah petang nanti. Dah macam wanita berkerjaya je bila hujung-hujung minggu, lepas bersenam, pergi pasar, dan masak. Tapi kitorang lagi syok la, sebab buat sama2. Heh. Buat benda kecil pun, bila kita letak hati kita bersama, ia akan jadi sesuatu yang bermakna kan? 



Part 2: Bengkel memasak

Lokasi: Bilik den. Hee.

Walaupun semua dah penat tahap dewa lepas bermian, janji mesti ditepati. Apa lagi, bermulalah bengkel membuat sushi & ayam goreng JDT Fateh-made. Special untuk semua. 
Menu tambahan: Roti jala & kek batik. Boleh cakap je la. Nak bagi korang rasa xde. Heh.

Bak kata Te'ah, sekarang; "Cooking is my passion". Memang ye ah, balik rumah kalau tengok tv, channel kalau tukar pun antara AFC & TLC. Pastu 617 sebab nak tengok Spiderman & Ironman. Lain channel, memang x ah kalau remote kat tangan den. TV1, 2 & 3 pun macam x wujud je kat rumah tu. 3 channels ni channel lawak sangat, tengok pun membazir masa je. 


Ayam JDT & Roti jala

Sushi warrior

Part 3: Taman Metropolitan aka Taman Layan-Layan (versi Tehah :P)

Bahagia bermula. Tetamu istimewa hari ini ada dua orang. Yang pertama di alam nyata, yang kedua di alam maya. Tetamu di alam nyata ni kira orang kuat angkatan kami ni. Tapi beliau memilih jalan yang sangat berani, yang kami (sahabat yang lain ini) x kan pernah terfikir untuk buat keputusan tu. Pesanan terakhir beliau, berani untuk menjadi 'orang besar'. Hmm. 

Definisi aku, perihal 'orang besar' ni: matang, berilmu, berdikari, bijak buat keputusan, profesional, berjiwa besar, bercita-cita biasa tapi berusaha cara luar biasa. 


Tetamu kedua, sahabat yang telah pulang ke negeri asalnya Sabah. Walaupun dah buat farewell party kecil-kecilan khas buatnya, kehadiran beliau di alam maya buat kami bahagia. :)

Dan yang paling aku x boleh lupa sepanjang usrah tadi tentang dua dialog ni, dialog d
engan orang yang aku paling selalu 'gaduh' kot dalam generasi ni, my Kak Long. Tengah jalan ke washroom untuk amik wudhuk (batal sebab tiba-tiba jadi pondan p muntah mb too exhausted hari ni kot), 

A: Awak, tiba-tiba saya rasa sedih.
masing-masing diam...
A: Ukhwah tu...indah kan?
B: Ye, cari kat tempat lain x jumpa dah.
A: Tapi ada yang macam x hargai je..
B: X de lah, diorang hargai. Tapi cara diorang sendiri ah. :)
A: .....

Ntah, tapi aku sayang semua sahabat2 ni. Semua. Aku percaya, kalaupun ada yang nampak macam nak menjauhkan diri tu, sebenarnya ada cara diorang sendiri diorang menghargai ukhwah ni. Masing-masing ada cara sendiri nak memanifestasikan cinta pada sahabat yang lain. Cuma mungkin kadang kita ni yang tak perasan. 


Ni air 'tacing' versi Kak Long

Sambung agenda terakhir, masing-masing bising melontar bicara berbincang cita-cita kami. Aku plak tengah khusyuk menenangkan diri dengan kek batik yang masih berbaki (especially coklat yang cair tu), tiba-tiba dia bersuara;

A: Awak, kita semua dah besar kan? 
B: emm...

Kita dah besar. Allah. Tua dah aku ni. Harap makin berusia ni makin banyak ilmu kita pelajari, makin banyak amal kita jalankan, makin banyak harta yang kita sumbangkan, makin banyak pahala yang berjaya kita kutip, dan makin banyak dosa yang Allah ampunkan. Amin. 

Last, but not least;

Jangan takut bermimpi. Mari menjadi 'ORANG BESAR'! 


My love ;)

My life ;)

Sungguh, aku mencintai mereka kerana-Mu Ya Allah. Moga Allah letakkan kami semua dalam golongan yang mendapat naungan-Nya di akhirat nanti. Amin.

Wednesday, June 19, 2013

Jarang sekali

Jarang sekali kita amik tahu tentang isu semasa o ilmu agama,
macammana kita amik tahu tentang setiap subjek o topik y kita belajar dalam kos yang kita ambil sekarang.

Jarang sekali kita baca buku (selain buku berkaitan akademik kita) dengan bersungguh-sungguh,
macam kita hadam lecture note yang siap highlite entah berapa puluh warna dengan summarize segala. 

Jarang sekali kita meng'update ilmu agama kita,

seperti mana kita rajin meng'update status di dinding FB.

Jarang sekali kita meng'share harta kita kepada saudara yang lain,

sebagaimana kita rajin meng'share segala kata-kata, gambar, video di dinding FB kita.

Jarang sekali kita menaik taraf iman & pengetahuan kita dalam agama,

sebagaimana kita sentiasa pastikan setiap applications/ software dalam smartphone/ tab/ laptop kita adalah the latest vesion punya.

Jarang sekali kita men'scan perilaku kita; mana baik, mana tidak,

sekerapnya kita men'scan setiap pendrive yang kita cucuk ke laptop kita.

Agaknya, kerapnya doa kita di mukabuku tu pun,

tak sekerap kita berdoa di dunia nyata.

Musykil.

Sebenarnya kita ni beriman kepada siapa?
DUNIA?

Friday, June 14, 2013

A date with him

2342; 12 Jun

Tengah khusyuk menyelak nota klinikal, tiba-tiba mesej masuk. 

"Kuliah Tarbiyah Haraki Perdana.
Oleh Murabbi Tuan Ibrahim Tan Man
13 Jun (Khamis)..."

Khamis malam. Aish, esoknya exam klinik. Tapi. Tapi. Tapi. Aku dah lama teringin nak jumpa secret admirer sorang ni. Em, malam ni n esok kena bersungguh-sungguh study untuk amik masa kejap jumpa dia. Nekad! Buka pintu bilik, tengok kanan; 
"eh, alang xde kat bilik." 
Tengok kiri, selipar banyak kat bilik Zimah ni. Berlari-lari g bilik Zimah. Nampak Alang terus jerit; 
"Alang!! Dah buka handphone? Dapat mesej pasal kuliah TITM tak?"

"Dapat Achik. Alang yang forward."

"Oh. Ok. Count me in ye. Achik nak pergi. X kira la esok tu exam pun. Ingat letak nama Achik tau!"

Sungguh-sungguh. Tuan punya bilik and Kak Long yang turut ada kat situ pun dah pandang pelik. Haru la Achik sorang ni. Excited tak ingat dunia.


0905; 13 Jun, Tempat bertapa (Library Fakulti)

"Tasnim pergi malam ni?"

"Tak pasti lagi kak. Esok exam"
"Akak pun. Tapi akak dah lama sangat teringin nak jumpa Ustaz ni. Jom study sungguh-sungguh sekarang,  malam ni kita pergi."

"Aah. Saya pun Jom!"

Bersungguh-sungguh study sampai ke petang. Alhamdulillah. Semangat nak pergi malam tu. Allah, Kau sampaikan impian kami untuk berjumpa insan hebat ni.


2135; 13 Jun

Alhamdulillah, finally I met Him. Nah! Sedikit sebanyak pengisian darinya buat anda semua. Terima kasih kepada Fizah dan Dayah tolong memudahkan urusan menaip kali ini. Heh.

Antara mutiara kata dari dia buat kita;

Perjuangan ini sangat panjang

Jangan jauhkan diri dari Allah. Sebab nanti banyak perkara yang boleh merosakkan diri muncul bila jiwa kosong. Perjuangan islam ini sangat panjang & banyak mehnahnya. Tapi bagaimana caranya untuk kita tetap bertahan untuk meneruskan perjuangan ini? Bak kata Ustaz, kita perlukan 2 persediaan untuk menghadapi perjuangan yang panjang dan berliku ini iaitu;
1. Ketahanan diri untuk berbakti dalam jangka masa yang panjang.
2. Kekuatan hubungan dengan Allah.

Rasulullah itu sendiri Qudwah kita. Rejab ada isra' mikraj, Muharram ada hijrah. Tempoh isra' mikraj Nabi sangat pendek yakni haba pembaringan bangkit dari tidur masih ada selepas baginda pulang. Tetapi tidak hijrah Nabi panjang & lama.

Bila kita bekerja kita menang. Walaupun kita kalah di mata dunia, tetapi tidak pada pandangan Allah. As Allah tak tanya siapa menang. Tapi Allah tanya kita buat apa. Apa sumbangan kita. Hmm. Apa sumbangan aku? :'(


Hala tuju perjuangan ini

Mari kita bermuhasabah kembali tentang perjuangan Pas. 

1. Kita nak bawa rakyat ke mana? Sekadar tumpang sistem jahiliyah? Nak bina sistem apa selepas tu? Atau naik sistem jahiliyah kedua? Jadi, kita kena jelas dengan hala tuju kita. Tujuan utama perjuangan PAS ialah; Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Yang kedua, mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

2. Kebanykan gerakan islam berjaya menyedarkan rakyat, tapi penyudahnya bukan kita. Bukan diakhiri dengan kesedaran dan kecintaan untuk mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya. Sedih bukan jika terjadi begini? Marilah kita sama-sama pastikan kebangkitan rakyat ini berakhir dengan kebangkita Islam. 

3. Dalam berjuang, kita juga perlu kenal pasti apakah gangguan-gangguan yang bakal kita hadapi dan bersedia untuk menghadapinya. Sebagai contoh, kenal pasti kekuatan dan kelemahan musuh bahkan kita perlu jelas dengan kekuatan dan lemahan kita. 


Nak menang? Tapi bagaimana?

Percaya dan yakinlah bhawa Allah pasti akan menolong agama-Nya ini. Allah menolong agama-Nya melalui  orang-orang jahat dalam kalangan kita. Sebagai contoh, kezaliman kerajaan Sepanyol yang diperintah oleh penganut-penganut agama Kristian pada waktu dahulu membuatkan rakyatnya meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak islam. Seterusnya, Islam berjaya menguasai Sepanyol selepas itu. Banyak lagi contoh dari sirah-sirah terdahulu bahkan apa yang terjadi terutamanya di negara-negara di Timur Tengah sekarang. Satu perumpaan mengenai sitasi ini, seekor kera jatuh pohon kelapa bukan dek kerana ribut, tapi lembutnya angin bayu. Begitu juga dengan Islam. Islam bangkit dengan tekanan. Lebih kuat tekanan lagi cepat kebangkitan Islam. 

Ustaz tegaskan sekali lagi tentang pentingnya untuk kemenangan itu di hala; iaitu punyai hala tuju yang jelas! Untuk memperoleh kemenangan ini, kita perlukan kekuatan. Kekuatan mental, fizikal, spiritual, dan emosi. Zaman searang, rakyat mahukan pemimpin yang mampu untuk menyelesaikan masalah. Zaman ini bukan sekadar menentang atau membangkang segala kezaliman, tetapi kita perlu bijak untuk menyediakan alternatif kepada rakyat untuk mereka meneruskan hidup mereka dengan lebih baik. 


Benarkah Islam akan menang?

Kita soroti sedikit kisah semasa tahun ke-6 Hijrah. Nabi Muhammad saw bermimpi ber'umrah  dengan aman, ada org cukur kepala berihram. Sahabat-sahabat yang mendengar akan mimpi Rasulullah ini percaya, keranan mimpi Rasul itu wahyu dari Allah. Menuju ke Makkah,  romobongan mereka di tahan. Lalu, Rasulullah menghantar Saidina Uthman sebagai pengantara. Akhirnya, adakah mereka berjaya menunaikan umrah seperti yang Rasulullah mimpi. Tidak. Tidak pada waktu itu. Akhirnya, Rasulullah buat perjanjian Hudaibiyah yang dipersoalkan oleh ramai sahabat tetapi mereka tetap Sami'na wa ato' na. Mimpi Rasulullah kali ini bukan wahyu? Pastilah ianya satu wahyu tetapi mimpi ini tidak dinyatakan bila sebenarnya mimpi itu akan menjadi realiti. 

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya)

Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

 (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);"

[al-Fath: 1-5]

Pas bertahalluf dgn PKR, zahirnya kita nampak rugi? Mungkin. Tapi dakwah kita makin tersebar, bukan hanya pada yang muslim tetapi kepada non-muslim. Tahalluf mesti menguntungkan islam. Haram andai menjatuhkan islam. Dalam berprinsip, kita perlu tetap dengan pegangan kita, tetapi berkaitan hal-hal teknikal, Islam ini tersangatlah fleksible. 

Dalam pilihan raya, untuk mengaku kena tipu ni payah, malu. Sebab dah lebih 10 kali kita ditipu. Tak perlu mengaku, tapi carilah kenapa dan bagaimana kita ditipu. 
"Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"
[ali-Imran: 54]
Boleh ke kita suruh penipu jangan menipu? Tidak bukan? Jadi, kita perlu lebih bijak dalam 'menipu' mereka atau lebih tepat, berstrategi dalam berjuang.


Bila bergerak kerja bersama

Point seterusnya, Ustaz nasihati tentang sedikit adab dalam berjemaah, 
"Pimpinan jangan laju sangat, nanti ahli tak terkejar. Tetapi jangan lambat sangat, nanti kena sepak."
Senyum. :) Dalam bermusyuarat, xde masalah untuk berselisih pendapat. Tapi bila keputusan dah dicapai, kita mesti sama-sama jayakan keputusan yang dicapai bersama tu. Jangan pula sekadar jadi pak angguk dalam mesyuarat, semua setuju. Suarakan idea/komen jika kita rasa itu baik untuk agama ini.

Dalam Pas, Ulama itu ibarat signboard iaitu penunjuk arah bukan pembuat jalan. Ulama sangat diperlukan untuk memenangkan perjuangan ini. Bersama-sama menjadi think-tanker. Dan kita, gunakan kepakaran masing-masing dalam menyampaikan Islam yang sebenar-benarnya kepada masyarakat. 


Nasihat-nasihat akhir

1. Semua pemegang jawatan parti mesti ada usrah. Itu ikatan tarbiyah kita.

2. Dunia akan datang kalau kita kejar akhirat. Amalkan waqi'ah, dijamin rezeki oleh Allah.

3. Doakan sahabat-sahabat lain.

4. Ego itu haram, tetapi jangan kita berasa hina.

5. Era masa kini, kita perlu cepat. Semua benda perlu instant. Kalau lambat nanti orang tinggal. Tetapi, kita mesti jelas dengan hala tuju kita. Cepat itu penting tapi nak ke mana sebenarnya itu lebih utama.

6. Dalam berdakwah, hikmah itu penting. Sebagai contoh, ingat kisah seorang yang suka bermaksiat dan baru masuk Islam zaman Rasulullah. Dia gemar minum arak, berzina etc. Tapi bila berjumpa dengan Rasulullah, bijaknya Rasulullah saw, baginda membnarkan dia bermaksiat tapi dia perlu mematuhi satu syarat iaitu tidak menipu. Dan, beliau meninggalkan segala maksiatnya hanya kerana bimbang bila ditanya oleh Rasulullah adakah dia masih minum arak atau berzina, dia takut untuk mengaku dia bermaksiat tetapi dia takut juga untuk menipu Rasulullah. Jadi, antara tips dalam berdakwah adalah gembirakan dulu mad'u kita, kemudian baru kita letakkan syarat. 

Islam itu indah. Semoga kita semua dapat merasai keindahannya.

Monday, June 10, 2013

Kembali kepada-Nya

Terima kasih buat adik usrah tercinta berkongsi tentang nasyid ini.
Link: http://www.youtube.com/watch?v=KOVj3rQ5o_U
Bait-baitnya nyata menusuk ke kalbu.
Hadiah kedua darinya juga membawa aku kepada-Nya.
Terima kasih Mashi!

Ni hadiah buat kalian: Lirik nasyid di atas aka Syair Imam Asy-Syafi'i sebelum beliau wafat


Elaika - PadaMu Ya ALLAH

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

Nyanyian : Muhammad Obaid


Friday, June 7, 2013

Cinta buat mereka


Menumpang kereta sahabat,
Menuju ke perhimpunan dunia tanda cintakan keamanan.
Hujan tidak terlalu lebat, tidak juga renyai.
Si mendung menyusur perlahan,
Meredahi lautan kereta yang bersesak-sesak ke destinasi sendiri.
Si penumpang,
Sesekali mulut berbunyi menghilang sepi,
Sesekali perut berbunyi minta diisi.

Kami;
Kita;
Di Malaysia.

Tapi saudara seakidah kita di sana,
apa perasaannya kini?
Sejuk; tanpa sweater.
Panas; tiada kipas.
Lapar; tanpa makanan.
Sakit; tiada ubat.
Penat; tanpa ada peluang berehat.

Satu perbezaan nyata kita dan mereka,
Mereka kaya;
Kaya jiwa perjuangkan agama.
Kita?
Bakhil harta meringankan beban mereka.
Bakhil tenaga untuk membantu mereka.
Bahkan, bakhil doa buat mereka.

Allah, miskin sungguh jiwa kita.


Global March to Jerusalem.
7 Jun 2013.
Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Saturday, June 1, 2013

Berkumpul untuk mengingati-Nya


Semalam sebelum ke surau waktu Maghrib, buka buku Ringkasan Riyadhus Solihin sekejap. Dah lama x baca hadis baru. Hadis yang sempat dibaca semalam;



Mu'awiyah menceritakan;
عَنْ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَى حَلَقَةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالَ مَا أَجْلَسَكُمْ ؟ قَالُوْا جَلَسْنَا نَذْكُرُ اللهَ وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا هَدَانَا لِلإِسْلاَمِ وَمَنَّ بِهِ عَلَيْنَا قَالَ آللهِ مَا أَجْلَسَكُمْ إِلاَّ ذَاكَ ؟ قَالُوْا وَاللهِ مَا أَجْلَسَنَا إِلاَّ ذَاكَ قَالَ أَمَا إِنِّي لَمْ أَسْتَحْلِفْكُمْ تُهْمَةً لَكُمْ وَلَكِنَّهُ أَتَانِي جِبْرِيْلُ فَأَخْبَرَنِي أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يُبَاهِي بِكُمُ الْمَلاَئِكَةَ (رواه مسلم والترمذي والنسائي)

"Rasulullah Saw keluar menemui sekelompok para sahabat. Beliau bertanya: Apa yang membuat kalian duduk disini? Mereka menjawab: Kami duduk disini untuk berdzikir kepada Allah, kami memujinya atas limpahan hidayah agama Islam kepada kami dan telah memberi anugerah kepada kami. Rasulullah bertanya: Demi Allah, apakah tidak ada tujuan lain? Sahabat menjawab: Demi Allah kami tidak punya tujuan lain. Rasulullah bersabda: Saya tadi bersumpah bukan karena berprasangka buruk pada kalian, tetapi karena Jibril datang kedapaku dan mengabarkan bahwa Allah mmembanggakan kalian kepada para malaikat" 

(HR Muslim, al-Turmudzi dan al-Nasa'i)



Sesuai untuk berkongsi hadis ni bersama jemaah Surau A. Teringat bila ada yang bersuara sebab halaqah selalu membincangkan isu yang sama: Ujian-Berubah-Solat-Cinta-etc. Ada yang bosan. Lagi-lagi dengan limitasi kami semua sebagai pelajar sains kesihatan, ilmu agama x seberapa. Berlainan dengan kolej-kolej lain yang mungkin ada pelajar jurusan agama yang boleh berkongsi apa yang dipelajari dalam kuliahnya. Tapi hadis ni buat aku gembira; puas. Allah janjikan sesuatu untuk mereka yang berkumpul untuk mengingati-Nya. Moga-moga itulah yang selama ini kami cuba terapkan dalam halaqah di surau-Hati yang sentiasa bezikir pada Allah. 



Bila cari teks hadis di internet (sebab malas nak taip), jumpa plak hadis ni;
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri, mereka bersaksi bahwa:
وَعَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ وَأَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُمَا شَهِدَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَنَّهُ قَالَ لاَ يَقعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُوْنَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ حَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهِ فِيْمَنْ عِنْدَهُ (رواه مسلم)
"Rasulullah Saw bersabda: Tidak ada sekelompok kaum pun yang berdzikir kepada Allah, kecuali malaikat akan mengelilingi mereka, rahmat akan menyelimuti mereka, ketenangan akan datang pada mereka,  dan Allah akan menyebutnya di dalam orang-orang dekatnya" (HR Muslim)

Jadi, jangan malas-malas untuk hadir mana-mana majlis ilmu yang tujuannya untuk mengingati Allah. X kiralah dijalankan dalam bentuk usrah/ halaqah/ liqa/ kuliah etc. Moga-moga ada sahamnya di akhirat kelak. 

Ibrah dari Broga

Alhamdulillah, seteleh sekian lama teringin nak pergi, akhirnya Allah takdirkan untuk pergi. Dan lebih cantik aturan-Nya, bukan saja dapat pergi dengan kawan2 rapat; tapi Allah hadirkan satu keluarga besar untuk teman bersama. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 
Menawan puncak Broga ini akan menjadi pengalaman biasa-biasa andai tidak diiringi dengan ingatan kita kepada Sang Pencipta, Allah Yang Maha Besar. 
Alhamdulillah, Allah ajar erti syukur di sana. Kita kena sedar;
Bukan semua orang dapat nikmat boleh berjalan, berdiri bahkan mendaki.. 
Bukan semua orang dapat nikmat solat Subuh berjemaah..
Bukan semua orang dapat nikmat untuk bersama-sama sahabat2 yang baik..
Bukan semua orang dapat peluang untuk dengar kuliah/tazkirah walaupun kuliah agama merata sana sini..
Bukan semua orang ada kesempatan untuk menziarahi keluarga sahabatnya..

Mari benar-benar menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Bukan hanya pada ungkapan; tapi pada setiap perbuatan kita.

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." [93: 11]
Dalam pendakian, semakin hampir ke puncak, semakin curam jalannya, semakin banyak halangannya. Begitu juga dalam hidup. Semakin kita menghampiri kejayaan, semakin banyak cabaran dan ujian yang Allah berikan. Meskipun kita rasa kita  mampu untuk menghadapinya seorang diri, hakikatnya kita tetap memerlukan sahabat menghadapi ujian-ujian mendatang. Sumber kekuatan yg terdekat kita ketika belajar dan berjuang adalah SAHABAT. Terima kasih Allah atas hadiah yang sagat bernilai ini..

Muka bahagia. I Love U all. (Ni semua adik-beradik y tinggal satu aras selama 2 tahun di KTSN..) Yang xde dalam gambar pun sayang jugak. :)
Solat Subuh berjemaah beramai-ramai di puncak itu serius sangat osem! Walaupun sebelum ini pernah merasa bersujudkan di atas tanah, mengimbang diri di atas permukaan bukit yang tidak rata, tapi solat Subuh dengan bilangan ahli jemaah hampir seramai 100 orang memang buat hati ini bahagia. Mungkin ini kali pertama Bukit Broga menerima 'kehadiran istimewa' ini? Dan tazkirah dari Presiden BADAR 13/14 menambahkan lagi perisa bahagia di dalamke'OSEM'an program ini. Antara yang Ustaz Daud share;
"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya, 
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, 
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, 
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh; 
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. 
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian; 
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). 
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? 
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? 
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu."
[100: 1-11]

Apa lagi alasan kita untuk tidak beriman pada Allah? Allahu Rabbi...
Semoga kita menjadi sebenar-benar hamba kepada Allah yang Esa.

Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali bagi mereka yang melaksanakan kesemua 4 perkara, yakni:
1. Beriman
2. Beramal soleh
3. Berpesan-pesan dengan kebenaran
4. Berpesan2 dengan kesabaran
[3: 1-3]


Walaupun ada yang tergelak-gelak bila ada pendaki lain y tengah solat dan imam sedang baca ayat ini serentak semasa kami diigatkan dengan ayat-ayat ini, semoga ada yang terketuk hatinya untuk benar-benar beriman dengan ayat yang entah berapa kali sehari kita baca, tetapi entah berapa kali kita amalkan. 
Usai solat, tenaga pulih kembali. Pada awalnya agak kecewa bila dalam perancangan program, kami tidak dibenarkan teruskan pendakian ke puncak seterusnya. Tapi bila diberi masa selama satu jam, memang excited la kami pergi mendaki puncak kedua. Cabarannya mungkin sama seperti mendaki puncak pertama, tetapi semangatnya luar biasa. Mungkin dek kerana 'rehat' yang seketika itu diisi dengan ingatan kepada Allah. Kembali ke alam realiti yakni alam kehidupan kita yang sebenar, meneruskan perjuangan tanpa henti itu memang impian kita. Melangkah dan terus melangkah, itu cita-citanya. Tapi kadang, ada yang perlukan rehat seketika untuk dia kembali mencari diri, kembali mengenal Pencipta. Rehat yang seketika, bukan untuk berpatah balik ke dunia jahiliahnya; tapi untuk dia kemballi melangkah gagah menuju dunia tarbiyahnya. 
Pemandangan puncak pertama dari puncak kedua. Subhanallah.

Bantulah Agama Allah, InsyaAllah Allah akan membantu kehidupan kita.

Rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr - Ya Rabb, permudahkanlah setiap urusan kami. Aamiiin

Hidup secara berjemaah adalah lebih baik. Itu pasti.