Tuesday, April 30, 2013

Reclaim your heart Part 1

Sepanjang hidup kita, banyak 'hadiah' yang kita pernah terima. 
Kadang bila kita terlalu taksub pada hadiah tersebut, Sang Pemberi 'hadiah' akan mengambil semula ia. 
Bukan untuk mendukacitakan kita atas kehilangannya, tetapi supaya kita kembali pada Sang Pemberi. 
Kembali mengabdikan diri HANYA pada yang selayaknya.
Hadiah itu untuk dihargai bukan dipuja disana-sini, tetapi Sang Pemberi layak menerima segala puji-puji dari hamba-Nya ini.

Hadiah= mak, AYAH, anak, sihat, RESULT GEMPAK etc.

Eg 1:
Kita pernah diberi seorang AYAH sebagai satu hadiah, dan Allah membawanya pulang kepada-Nya. Bukan saja-saja untuk buat kita berasa sedih, kecewa dan sebagainya. Tapi supaya kita ingat supaya bukan hero pertama hidup kita ini yang memberi rezeki kepada kita tapi Allah. Bukan ayah yang menjaga hidup kita, tetapi Allah. Bukan ayah yang memberi bahagia pada kita, tapi Allah.


Eg 2:
Dulu zaman sekolah, memang muka stratight A's tu kitalah. Yang cepat pikap, senang masuk belajar, jadi kaunter pertanyaan kawan2 hal2 kerja sekolah, jadi 'sebiji epal di mata cikgu2' (suka-suki tiru peribahasa omputih ~~) etc. Tapi sejak masuk universiti, semua tu jadi terbalik. Semuanya jadi susah. Keputusan exam semua cukup-cukup makan je, baca 10x pun x faham lagi. Em, kenapa? Sebab Allah nak bagi kita sedar, yang pandai dulu tu bukan kita tapi Allah yang bagi pinjam kepandaian tu sekejap bagi kita dan Dia, Allah Yang Maha Bijaksana. Ilmunya Maha Luas, x terbayang oleh manusia. Tertanya2, kenapa Allah tarik balik nikmat yang pernah diberikan dulu pada kita?? Pasti untuk setiap orang, ada hikmahnya yang tersendiri kenapa Allah tentukan sebegitu untuk kita. Mungin untuk kita tidak terus-terusan menjadi manusia sombong di atas  muka bumi-Nya ini. Mungkin untuk kita merasa bagimana berada di bawah setelah sekian lama berada di atas. Mungkin untuk sedarkan kita betapa hitam dan kelamnya hati kita dek dosa-dosa yang kita lakukan selama ini terutamanya setelah dewasa ini. Mungkin itu, dan mungkin ini. Sungguh, Allah Maha Mengetahui..


#MARI KEMBALI BERTUHAN! 

SEMOGA SELEPAS INI KITA BENAR-BENAR DAN SENTIASA MENJADI HAMBA KEPADA TUHAN YANG SATU.

~Reclaim Your Heart; Yasmin Mogahed~

*Seronok pergi bersama adik2 usrah special ni. Bertambah2 seronok bila tau yang Yasmin Mogahed (sebutan Mogahed=Mujahid) is a psychologist. Bersemangat terus nak sambung in psycho. ^^ Jumpa pula kenalan baru y tengah belajar psycho, is it a SIGN? ~~ Doakan hamba!

Sunday, April 28, 2013

Anthem

Rindu.
Rindu ayat-ayat pelik printed version dari Hlovate.
Dan akhirnya selesai baca Anthem tadi. Heh.

Dan kesinambungannya (padahal dari awal aku start nak baca buku tu lagi), aku pasti aku akan rindu dia dan tempat sekelilingnya.
Ika & UM. Haish!

Cukup intro. ~~


Apa aku belajar dari Anthem?

1. Kita; a Muslim or a Practicing Muslim? Hmm. Ada yang akan tanya balik it is muslim dengan capital letter or not. Tak kisahlah; rasanya maksud Hlovate n orang y bertanya tu sama je dgn; a Muslim= Muslim (capital letter; as a noun) whereas a Practicing Muslim=muslim (a verb). So, sekarang aku ni seorang penganut agama Islam yang mengamalkan Islam or hanya pakai name tag Islam? Tepuk dada tanya iman. Soalan yang agak advanced; macammana kita nak sama-sama ajak orang untuk mengamalkan Islam bukan sekadar menamakan Islam? 

2. Tarbiah itu berperingkat. Buat sesuatu step by step. Dah naik tangga atas jangan lupa terus-terusan amalkan apa yang dah di belajar di tangga bawah tu. 

3. Seperti biasa, dalam novel-novel sebelumnya; DONT BE JUDGEMENTAL! Jangan! Masa lalu orang lain itu mungkin masa depan kita and vive versa. 

4. Bila dah terbuat satu perkara dan anda tau itu dosa; kuatkan diri untuk bertaubat. Walaupun jiwa yang anda terpaksa korbankan! (woah, cam x percaya ni ayat aku. tapi ni serius.)


5. "We act on what we believe in. We're the ones who decide of who and what we want to be. We're the one making the choices."

Selalunya kita akn tetap berpegang pada apa yang kita percaya. 
Tapi kita kena ingat apa yang kita percaya tu bukan semuanya betul (hanya kerana we believe in that). Mungkin kadang kita percaya pada sesuatu sebab perkara tu 'kena' dengan jiwa (@nafsu) mungkin? 


Sebab tu kita tak boleh takut utk berubah. Mesti ada banyak benda yang kita masih tak tahu dan justeru tak percaya. Tapi once Allah dah bagi hidayah pada kita, jangan kita plak mengada-ngada tolak hanya sebab... Im not believe in that-ni bukan jawapan selayaknya dari kita seorang hamba. 

Kalau jelas apa yang kita percaya sekarang tu benar2 dari Allah, semoga kita tetap teguh dengan kepercayaan kita tu. But if it is not, find the truth dan jangan takut untuk berubah. 

Semoga Allah x putus2 beri hidayah dan hadiah pada kita. ~~

6. etc. Beli buku ni satu, pastu baca sendiri, konfom lagi banyak y korang akan dapat. Insyaallah.


By the way, baca buku ni buat kita kena cari dua buku extra untuk di baca; 'Shahadatul Haq' & ' Peranan Pelajar dalam Membina Masa Depan Dunia'. Both by 'pakcik' Maududi. 
Ni link untuk donwload ebook buku2 ni. Semoga bermanfaat.
http://www.muslimdiary.com/downloads/Syahadatul_Haq.pdf
http://www.muslimdiary.com/downloads/peranan%20pelajar%20-%20Sayyid%20Abu%20al-Ala%20al-Mawdudi.pdf


"Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” 
(Imam Muslim )


*Mengharap jade turun dari langit; aku tak nak ninja. :P

Monday, April 1, 2013

Segala rasa itu datang dari-Nya..

Salam alaik. setelah sekian lama merugikan diri sendiri- tidak mengggunakan sumber pahala dengan sebaiknya, rugi yang teramat rasanya bagi diri ini.

Otak berkarat untuk berfikir? Berat tangan untuk menaip? Hati celaru memikirkan tugasan lain? Alasan2.

Hari ini terpanggil untuk bercakap sendiri tentang sedikit perkongsian yang diberikan oleh sahabat-sahabat seperjuangan sementara menanti masuk waktu Isya di surau tadi.

Mungkin perkongsian tadi lebih kepada luahan rasa sahabat-sahabat yang diuji dengan pelbagai ujian yang kita x pernah sangkakann kita akan hadapi dan pasti berjaya hadapi selagi meletakkan tawakal kita kepada Allah.

Antara perkara yang sangat menarik minatku bila seorang sahabat menyentuh tentang segala yang wujud di dunia ini datang dari-NYA. Walaupun hanya perasaan yang x boleh dipegang, dilihat, didengar dengan pancaindera yang Allah pinjamkan kepada kita. Ya, perasaan. Rasa bersyukur. Rasa kecewa. Rasa sedih. Gembira. Bahagia. Semuanya datang dari DIA. apa milik kita? 0! Hatta untuk mempunyai sesuatu perasaan pun kita masih memerlukan DIA, maka mengapa perlu ego dengan nikmat lain yang Allah kurniakan pada kita?

Kelmarin seorang sahabat berkongsi tentang rasa sayang pada anak-anak. Kasih sayang kepada anak-anak merupakan satu faktor penting untuk melahirkan anak soleh/solehah. Dan kasih sayang itu perlu dibentuk dari sekarang bukan hanya apabila kita sudah berkeluarga kelak. Beruntunglah bagi mereka yang diberi nikmat rasa sayang sejak azali ini. Bagi yang tidak, percayalah ia boleh dibentuk. Berdoa dan berusaha pada Yang Maha Penyayang untuk menjadikan kita seorang yang penyayang. Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan kasih sayang-Nya.

*masih sedang berusaha menjadi sang penyayang. :)