Thursday, October 17, 2013

Hamba

"Hamba yang lupa dirinya hamba; 
tak bersedia menerima ujian.."
-Ustaz Hasrizal; Bercinta sampai ke syurga-

P/s: makin baca buku ni; makin takut + tak bersedia rasanya ~~'

Tuesday, October 8, 2013

Maaf

Hakimi: Cikgu, tengok Dafi ni dia pukul belakang saya.
Cikgu: Dafi, mintak maaf dengan Kimi cepat.
Dafi: Hah. Tak nak la. Saya tak sengaja.
Cikgu: Tak sengaja pun kena minta maaf jugak. Cakap la Dafi tak sengaja.
**Diam. And Kimi dah boleh sambung main macam biasa. Dafi pun**

Aish, budak-budak ni kenapa suka buat muka kelam bila aku suh mintak maaf dgn kawan2 diorang eh? Mintak maaf dgn cikgu lagi la.

Arini plan asal nak ajak diorang main kuiz lepas semua habis mengaji. Tup2 3-4 orang buat perangai, abis kacau plan cikgu. So, hadiah utk kuiz cikgu bagi satu sorang  kecuali utk 4 org bdk2 special ni..

Bila semua dah balik, Iman & Syahmi datang kat cikgu diorang yang tengah kemas kelas..
Syahmi: Cikgu kedekut. (Muka x puas hati x dapat hadiah)
Cikgu: Sape baik dgn cikgu, cikgu baik la dengan dia. Sape cakap benda tak elok, tak dengar cakap cikgu, terpaksa la cikgu kedekut. 
Syahmi keluar balik kelas. Pergi cari geng dia Si Iman yang rumah kat sebelah kelas tu je.
Cikgu: Syahmi nak hadiah macam kawan2 lain? Mintak maaf kat cikgu dulu. Syahmi buat macam tadi dalam kelas tu tak elok tau. Allah tak suka. 
Dia datang dekat, hulur tangan.
Syahmi: Mintak maaf cikgu.
Cikgu: Pandai pun. Pergi panggil Iman, ajak dia mintak maaf sekali.
Budak-budak, ada kawan baru dia berani nak buat sesuatu; either benda baik or sebaliknya. 
Cikgu hulur tangan pada Iman. 
Iman: Maaf cikgu.
Cikgu: Ok. Esok jangan cakap benda tak baik dah. Ngaji awal, tulis jawi dalam buku.

Iman dah sibuk nak buka bungkusan makanan yang diorang nak sangat dari tadi. Harapnya dia dengar la nasihat cikgu diorang ni. Yang dua orang lagi tu, harapnya esok tak terlalu lambat untuk counter rajuk aku & diorang. Huhu.

Ingatkan orang dewasa je yang susah sangat nak mintak maaf or mengaku salah, budak-budak sekarang pun dah dapat tempias tabiat yang tak elok ni. Kesian kat diorang jadi mangsa budaya kita. And kesian jugak kat kita sebab tempiasnya kita yang akan rasa kelak kalau masih tak dibetulkan sikap ini. Ego dah dibentuk seawal usia ini, semoga berjaya diruntuhkan bila mula benar-benar mengenal Tuhan yang hanya Dia yang layak untuk rasa sombong, kerana Dia punya segala, dan kita tak punya apa-apa.



#Maaf salah silap cikgu jugak anak-anak murid. Kadang (mungkin selalu), cikgu pun susah nak mintak maaf dengan orang lain..T_T