Monday, August 8, 2011

Hidup tumpang-menumpang


[Soundtrack: Lagu tema satu]

Hidup; tumpang-menumpang.

Sang malam menumpang kecerahan sang siang,
Sang siang menumpang kegelapan sang malam.

Yang miskin menumpang harta yang kaya,
Yang kaya menumpang kudrat yang miskin.

Yang muda menumpang pengalaman yang tua,
Yang tua menumpang tenaga yang muda.

Yang kurang pandai menumpang kebijakan yang cerdik,
Yang cerdik menumpang perhatian yang kurang pandai.

Siapa pun kita; saling memerlukan itu sifatnya.
Kau perlukan aku, aku perlukan dia, dan dia perlukan kau.
Ibarat rantai makanan,
primer, sekunder atau tertier; tanpa satunya pupuslah yang lain.
Jangan diputuskan rantai itu hanya kerana ego mahupun kesombonganmu.

keep sharing; keep caring!

p/s: lagu tema tu dipilih sbb idea ni dtg lepas dgr tazkirah dr Tok Guru. First time kot jumpa Tok Guru scr live~~

Thursday, July 21, 2011

JUVANA



salam. 



Setelah sekian lama nak tengok episod akhir citer ni, akhirnya dapat jugak tengok semalam.
Jarang layan citer melayu (drama/filem) sebenarnya, tapi seriously citer ni boleh dipuji dari segi nilai yang ingin disampaikan.

One of that;
"It isn't what you have or who you are or where you are or what you are doing that makes you happy or unhappy. It is what you think about it. For example; two people may be in the same place, doing the same thing; both may have about an equal amount of money and prestige-and yet one may be miserable and the other happy. Why? Because of a different mental attitude."

~William James


Kita adalah apa yang fikirkan. As kita Redha dengan ketentuan dari-Nya; sebenarnya kita dah meringankan beban diri kita sendiri. 


~Sabar dalam bersabar. Semoga kita semua istiqamah di jalan-Nya~


Sunday, July 3, 2011

erti memiliki?

[Soundtrack: Mana Milik Kita by Rabbani]

yang tiada ingin memiliki,
yang punya tidak pernah menghargai.

yang tiada ingin merawati,
yang punya terus menyakiti.

yang tiada ingin dipuji,
yang punya terus mengeji.

yang tiada ingin menyayangi,
yang punya terus membenci.

selami erti memiliki,
suburkan erti syukur...

~ineedfreshair!~

Tuesday, June 21, 2011

pergi..

kekecewaan diri bila melihat kegagalan diri sendiri untuk membantu sahabat-sahabat belum pun lagi surut; 
Allah uji lagi dengan pemergian murabbi lewat petang semalam.

Ustaz Mat Sham bin Abu Bakar12 Jun 1973- 20 Jun 2011
Rasulullah bsabda dlm firman Allah dlm sebuah hadis Qudsi: 
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku y mukmin, jk Aku ambil kekasihnya dr ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

asma, sabar!

Sunday, June 19, 2011

3rd Sunday of June

[soundtrack: Sentuhanmu by inteam]


mak: achik ni ada 'nyakit' ayah sikit ni.
saya: :p
mak cakap camni bila saya malas nak jawab soalan angah. 
coz ayah saya (n me), xkan jawab soalan y memang si penyoal tu memang dah tau jawapannya or jawapannya memang dah terang-terang depan mata. heh.
*nyakit=perangai


lepas tu bila saya, kakak2 n adik dok selongkar beg y ada dokumen2 ayah,
kami jumpa catatan ini-y buat saya sedar persamaan seterusnya saya dan ayah,
catatan ni ayah tulis semasa menghadiri 'tamkat' polis. ~~


AKU DAN PERUBAHAN

TANGGAL 25/8/2000
AKU SAMPAI DI MPRD PDRM KK
HADIRI KURSUS ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITY
BIL 44 SIRI 19/2000

DARI DALAM KEGELAPAN DAN DEBARAN
DETIK 1630 HRS HARI YANG SAMA
TAKLIMAT KURSUS DIBERI
OLIH PARA (JURULATIH) FASILITATOR

TAKLIMAT DITERIMA
SEMUA PERINGKAT AKAN HADIR
DARI PEGAWAI HINGGA ANGGOTA BAWAH
DEBARAN HILANG

DETIK 2030 HRS
KURSUS BERMULA
SESSI PENGENALAN DIRI
PEMBUKA TIRAI
MENIMBUL YAKIN DIRI

TANGGAL 26 OGOS
DAN SETERUSNYA
SESSI TOPENG, BELON DAN MUMIA DILAKSANAKAN
MELAMBANGKAN GAYA HIDUP BERPURA-PURA
SOKONGAN KAWAN PENTING
PENDAPAT RAMAI
LEBIH BAIK
DARI PENDAPAT SEORANG
TIDAK RUGI UCAPAN
TERIMA KASIH
KEPADA ORANG LAIN

SESSI TUTUP MATA
AMALAN KERJA BERPASUKAN
SESSI AKU
KEPERCAYAAN KEPADA KAWAN

SORE 30 OGOS
DARI MRPD KE FORMASI
DENGAN CAHAYA TERANG
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA FASILITATOR

KURSUS ETIKA & PENGURUSAN INTEGRITI PDRM
SIRI 19/2000
OLIH:
YDH SUPT. AZMAN MAT YUSOF
KETUA POLIS DAERAH HULU SELANGOR

bersama so called sajak ni, ada lampiran 'CIA' yang buat kami adik-beradik terharu...

LATAR BELAKANG KELUARGA
>DARI KELUARGA MISKIN
>ANAK KEDUA

PELAJARAN
>........(xfaham tulisan)
>SRP

PENGALAMAN
>PGA
>TUGAS AM

MINAT
>MENONTON TV
>MEMANCING

HARAPAN & EKSPEKTASI
>SEMUA ANAK-ANAK BERJAYA

AKU...KEKUATAN & KELEMAHAN
>TIDAK MUDAH MENGALAH


SEMOGA CITA-CITA MURNI AYAH TERMAKBUL!
TOLONGLAH BERUSAHA JADI ORANG BERJAYA WAHAI ASMA!!!
AND MOGA-MOGA AKU MEWARISI KEKUATAN DIRI AYAH...

p/s: moga hujung minggu ni best walaupun tanpa ayah di sisi...
nak borong coklat banyak2!