Sunday, March 27, 2011

a curve ^_^

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: 
“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)

A smile is a curve that sets everything straight and wipes wrinkle away.
Yes, a smile has a thousand meanings,  but a smile can cause boundaries to melt, hearts to warm up, and distances to reduce.
You just have to create d atmosphere of happiness by smiling.

No matter how grouchy you're feeling,
You'll find the smile more or less healing.
It grows in a wreath
All around the front teeth -
Thus preserving the face from congealing.
~Anthony Euwer

A smile costs nothing but gives much. 
It enriches those who receive without making poorer those who give. 
It takes but a moment, but the memory of it sometimes lasts forever. 
None is so rich or mighty that he cannot get along without it and none is so poor that he cannot be made rich by it. 
Yet a smile cannot be bought, begged, borrowed, or stolen, for it is something that is of no value to anyone until it is given away. 
Some people are too tired to give you a smile. 
Give them one of yours, as none needs a smile so much as he who has no more to give.
It takes a lot of work from the face to let out a smile, but just think what good smiling can bring to the most important muscle of the body which is the heart.
~hope u share a lots of smile and receive a lots for days to come.
Senyum sokmo!

Lirik Senyum – Malique & Najwa
Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum

Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum

tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza

Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama

Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit

Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan

Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan

Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji

Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit

Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
If you smile when no one else is around, you really mean it.  ~Andy Rooney





Thursday, March 24, 2011

student life



alasan untuk tidak meng'update' blog.~~

and seriously my coursemate and I are now in assigments toxicity
apa pun keadaannya; tolong jangan putus asa. keep hope alive!

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
[12:87]

p/s: Toxicity is the degree to which a substance can damage an organism (wikipedia). @_@

Saturday, March 5, 2011

WAKIL

“Ntah pape je rumate Ali tu...”

“Anak pak cik osman tu, baru lepas keluar lokap minggu lepas...”

“Aish, baik cabut je la kopiah putih tu, bawak keta macam ape je, amik lesen kat mana ntah.”

Ni sume dialog y agak2nya kalaupun kita tak penah dengar, tapi kita sendiri tukang cakap kan? (ayat last ni scr jujurnya ada gak keluar dari mulut ni bila tgk orang pakai kopiah tapi bawak keta mcm pelesit or suke suki dia je tiba2 nak masuk lane orang. ~~)

Apa yang kita nampak o belajar dari kata2 di atas?
Tajuk post ni mungkin dah memberi klu pada korang.

 Ya, selama hidup di dunia ni, kita menjadi WAKIL banyak pihak. Kita wakil kosm8 kita, kita wakil cikgu2 sekolah kita, kita wakil orang berkopiah putih, kita wakil isteri ayah kita n suaminya, dan yang paling penting  kita wakil agama kita! Jadi bila kita xkisah orang bercakap yang buruk tentang kita, ingatlah bila nama kita xcukup famous untuk menjadi sebutan orang ramai, tapi kita membawa nama baik orang2 di sekeliling kita. Jangan sesekali buat perkara yang mungkin boleh mencemarkan pandangan orang lain terhadap orang2 yang kita wakilkan di dunia ni, kesian dia kan?

Teringat satu pengisian dari seorang ustaz, manusia ni tabiatnya memang suka mencuri. Mencuri yang dimaksudkan di sini bukan memcuri harta kepunyaan orang lain tapi mencuri tabiat orang yang sering bersama kita, terutamanya kawan2 dan ahli keluarga. Buktinya, dalam hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Kawan si penjual minyak wangi ini sedikit sebanyak pasti akan meniru tabiat kawannya yang suka akan bau yang wangi manakala kawan si penjual tukang besi ini mungkin tanpa sedar atau tidak telah mencuri tabiatnya yang suka atau perlu bermain dengan api.

Tapi, meletakkan diri kita sebagai pemerhati atau pengungkap dialog2 di awal2 entry ni, eloklah kiranya kita elakkan diri dari menyebut nama mereka yang diwakili oleh orang yang melakukan perkara yang kurang indah dipandang mata. Lagipun, kesian la, diorang x salah pape pun tapi kita seolah2 menyalahkan mereka bila disebut2 nama mereka. 

Friday, March 4, 2011

subjek syarahan~~


Belajar erti syukur semalam dan hari ini diuji dengan apa yang dikatakan. 
Ini kejadian normal. 
Cuma keadaan akan menjadi luar alam bila kenormalannya disuntik bisikan2 syaitan.

Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. ~As-saff:2-3


Bersyukur atas kekurangan, bersabar atas kelebihan. Ini yang selalu dilupakan.
Kerna yang kerap didengari, yang sering dinasihati; bersabar atas ujian, bersyukur atas nikmat.
jangan lupa perlunya Sabar atas nikmat; agar kita tidak menyalahgunakan nikmat yang dikurniakan. 
harusnya Syukur atas ujian; moga2 ujian2 ini menjadi kafarah dosa kita selama di dunia ini.

we jump into main issue; as diri ni xmampu nak bercakap panjang, ( menjadi speechless mengenang result exam y sangat ‘mantap’.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. ~Al-‘asr:1-3


Ada sesiapa nak jadi orang yang beruntung sekarang? 
Saya sudi menjadi subjek sahabat2. 
Dan saya rela mendengar leteran/syarahan kalian; 
sepanjang mana pun ia asal dapat buat insan yang sedang alpa dan leka ini bangkit.

Sunday, February 27, 2011

ERTI SYUKUR



27 Feb 2011, malam yang membuka mata aku pada kehidupan sebenar manusia di bumi Tuhan ini. Teringat kata2 Datin Suri tadi, open your eyes and see what is it behind all d ‘great’ things of KL. Terngiang2 lagu Open Your Eyes by Maher Zain di fikiran. Dan persoalan yang bermain difikiran aku sekarang, adakah aku dalam kalangan umat Nabi Muhammad, Ya Rabbi? Rasulullah pernah bersabda dan aku kira kebanyakan dari kita tahu hadis ni; 
Maksud Hadith Rasulullah SAW: "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Sekarang aku sedar, (harapnya betul2 sedar) bahawa di luar sana terlalu ramai orang yang memerlukan kita. Terlalu ramai. Mereka yang berlainan agama perlu dikenalkan pada Islam yang sebenar2nya, orang yang bermasalah perlu dibantu menyelesaikan masalahnya, orang yang miskin perlu dikornbankan harta dan tenaga kita untuk meringankan bebannya, orang yang sakit harus diaplikasi ilmu yang kita pelajari untuk mengubati penyakitnya dan orang yang kaya-raya, aman bahagia, sihat walafiat WAJIB DIINGATKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA pada mereka yang memerlukan.

Selesai mengedarkan makanan pada warga kota yang homeless di sekitar KL, buat kami tersedar bahawa di sebalik kemegahan ibu negara kita, kemajuan ibu kota, kesibukan kota raya, tersimpan 1001 cerita y boleh dijadikan iktibar dan motivasi buat kita sebagai hamba-NYA. Mereka ini bukanlah pengemis tetapi disebabkan kehidupan yang menekan atas pelbagai alasan, malam mereka x seindah malam-malam kita.

Namun, bukan itu isu besarnya di sini. Setelah mendengar taklimat dan perkongsian cerita dari organisasi Reachout org, hati aku sangat terkesan bila dikhabarkan kebanyakan mereka yang menjadi volunteer adalah non-muslim dan kebanyakan main board mereka adalah foreigner. Bayangkan, Islam yang mengajar kita untuk berbakti pada yang memerlukan tanpa mengambil kira siapa pun dia, agama apa pun dianuti, warna apa pun kulitnya, tapi kebanyakan Muslim kelihatannya sibuk dalam ‘dunia’ masing-masing. Kadang kita alpa, bahawa 1km dari tempat kediaman kita, masih ramai warga kota yang sedang menungggu untuk diberi makan, menunggu untuk didakwahkan, menunggu untuk diberi semangat supaya meneruskan hidup ini, tapi kita terlalu selesa berada dalam kelompok kita, dengan segalanya lengkap tersedia NAMUN KITA MASIH MENGELUH dengan segala nikmat yang ALLah kurniakan. Ampunkan kami Ya Ilahi, atas segala dosa y kami lakukan dalam keadaaan sedar atau tidak. Ya Allah, ingatkan dan sedarkan kami akan tanggungjawab kami pada agama-Mu, agar di sana nanti tidak Kau hukum kami denagan azab api neraka-Mu.

A wise man remebers his friends at all the times;
a fool, only when he has need of them.
Apa lagi yang boleh dipelajari dari pengalaman malam ini? Kita pelu jadi kaya demi agama! Sekarang saya dah x pelik kenapa syarikat2 y diterajui oleh Non-Muslim berjaya dan maju. Kerana mereka  tidak lupa memberi ‘saham’ milik mereka yang miskin, mereka yang kurang mampu, dan mereka yang seharusnya diberi bantuan. Tapi bisnes2 Muslim? Bila diberi sedikit kemewahan, kita lupa memberikan hak orang lain dang menganggap segala yang kita usahakan milik kita sepenuhnya. Kita lupa yang kita ini hanya hamba. Kita sibuk mengatakan orang itu zalim, pemimpin itu tidak adil, etc tapi kita lupa kita juga manusia yang ZALIM bilamana kita tidak meletakkan sesuatu ynag hak di tempat yang sepatutnya. Kita mengaku cinta Rasulullah, tapi kita tak ikut sunnahnya. Kita malaung2kan bahawa kita cinta Allah, tapi perintah-Nya kita ambil ringan. Mulai sekarang, amalkan hidup berjimat cermat, mula mencari side income supaya kita dapat menggunakan rezeki yang dikurniakan pada kita bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga tapi disalurkan pada mereka yang memberikan kita peluang untuk ‘hidup lebih lama’, pada mereka yang membuka lubuk2 pahala bagi mereka yang menghargainya.

Dan pengalaman yang tidak kurang hebatnya hari ni, setelah bersembang@berbual dengan sahabat kak kina dari uitm puncak alam buat saya menjadi sangat bersyukur menjadi warga UKM. Banyak yang saya belajar di sini. Banyak peluang yang Allah buka untuk saya lebih mengenal diri sendiri dan pastinya lebih mencintai Dia! Alhamdulillah, saya tak ditempatkan di UM, UTP, UniPad, dll tapi UKM tempat saya belajar makna hidup yang sebenar dan berusaha MEMAKNAKAN hidup orang lain. Betullah Allah tahu segala yang terbaik buat kita. Segala2nya! Moga2 kita sentiasa dipberi petunjuk oleh-Nya.

Walaupun hati pada awalnya cemburu dengan kegembiraan yang sedang dirasai oleh ahli keluarga di rumah, kesal sebab tak dapat untuk berada di rumah (lagi2 bila mana kakak memberi gambar2 anak sedara yanag dah banyak aksinya), tapi saya yakin ini adalah takdir yang Allah tetapkan supaya saya belajar sesuatau di sebalik apa yang terjadi malam ini. Dan apa yang difikirkan untuk masa depanku saat ini, mungkin tempat yang sesuai untuk berkhidmat pada agama ada di sini? Trying to find job here in d future? Buat angah and adik aisyah y baca post ni (mungkin), harap dapat fahamkan pada mak yang achik sedang berusaha untuk menambah saham2 ayah supaya dia aman kat sana sekarang dan pastinya tak lupa untuk saham mak jugak. Jom sama2 jalankan tanggungjawab kita semua wahai sekalian manusia yang beriman!

Konklusinya dalam satu ayat yang ringkas, JADILAH ORANG YANG BERSYUKUR!

(gambar2 insyaAllah akan di post dalam artikel akan datang...2 b continued...)