Monday, September 2, 2013

Sharing a life

Artikel ni khas ditujukan untuk adik-beradik KFC yang sangat2 disayangi selalu. :)

"Dear, 
share ur happiness,
it's kindness..
may Allah guide u in every step..."
-12072013; KUIZM-


Nasihat ni aku simpan kemas dalam diari hidup aku. 
Share; Berkongsi. 
Sebab tu aku rajinkan diri menaip apa yang aku rasa perlu untuk dikongsi. 
Moga-moga ada sahamnya di akhirat nanti.

Hari ini online seperti biasa. Isu panas; minyak naik! Semua orang pun naik minyak! Except orang kaya-raya and pengundi tegar BN agaknya.
Aku? Serius bengang. Tapi risau kebengangan tu buat kita lupa kita ni hamba; kita ni dai'e. 

So, marah tu aku pendamkan dalam hati. Mulut kena kunci rapat2, takut2 kering tekak kutuk PM kesayangan orang2 yang masih tak sedar pentingnya Islam mengemudi negara ni. Haish! 
By the way, ni artikel menarik untuk dibaca; Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin by DrMAZA

Scrolling down d updates kat FB, tiba2 jumpa status seorang senior yang dihormati ni;
"...new phase.. Majlis dibuat untuk mengumpulkan keluarga. Alhamdulillah tercapai..."

Sambung stalk apa yang patut, cari bahan nak bertegur sapa setelah sekian lama x bersembang. Takkan nak PM sebarang je plak kan? Heh. Niat di hati asalnya nak ucap tahniah & nak ingatkan dia untuk jemput walimah nanti; tapi Allah hadiahkan lebih dari tu. Alhamdulillah.
"Kak R: Bertunang; terpaksa cakap di FB. asalnya tak nak buat majlis pun.. tapi keadaan memaksa. bukan mudah untuk lawan adat yang merapu ni..heheheh. tapi kalau niat dan cara betul, InsyaAllah ada benda besar akan nampak
Aku: nak berhikmah dlm menerima adat ni payah gak. huhu.
Kak R: sukar mmg sukar.. tapi alhamdulillah perjlanan lancar.. kita kene fikir masyarakat jugak. tapi xda la ikut adat sgt pun.. main hentam je majlis tu.. hahahah.. nnti2 apa2 akak cte.. tpi betul kene bnyk sangka baik dan sabar... huhuhuu. kita kene pandai berhikmah dgn masyrakat yang masih kuat pada adat.. keluarga dua2 belah pihak simple.. saudara pulak mcm2.. so kene bijak atasi masalah ni."
Teringat antara point penting yang aku terkesan dalam buku yang sedang dibaca;
"Usaha untuk menjernihkan antara agama dan adat, jauh lebih sukar dari yang dijangka. Walapun nyata bersalahan dengan agama, mencabut adat yang asung daripada Islam, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain. Akarnya dalam mendasar, batangnya tajam berduri. Mencabutnya dengan tergesa-gesa hanya mengundang luka. Khusunya adat yang bersangkut dengan maruah keluarga. Adat itu jadi lebih rumit, apabila ia bersangkutan dengan perkahwinan........
(fikir sekejap; nak buat artikel ni versi pendek or panjang. Kata2 akhir dalam bahagian ni tersangat best tapi panjang la plak nak taip. ~~' Kongsi asma, jangan simpan2)
Jangan pula kerana mahu membuang adat, kita turut membuang adab. Janganlah pula pada hari kita 'menyambut mertua', kita hilang pertimbangan. Jangan kerana menegakkan agama, kita hilang budi bahasa. Jangan ketika masih di 'rumah orang' kita msuk berjalan tempang.
Tunggulah hari kita 'menyambut menantu'. Segala kesulitan yang kita hadapi dalam menekuni kesulitan belenggu antara adat dan agama, jadikan ia sebagai suatu teladan. Kita adalah generasi jambatan antara zaman adat dan zaman syariat. Tersepit dan keliru, adalah habuan untuk generasi ini. Namun belajarlah untuk menelitinya. Agar tiba hari kita mengatur perkahwinan suatu hari nanti, anak-anak kitalah generasi yang dapat menikmati Islam yang ringkas, namun kekal indah dalam syariat Allah."
-Biar Mati Anak Jangan Mati Adat_Aku Terima Nikahnya; Ustaz Hasrizal-
"Kak R: blajar la awal2 ye. jgn jadi cam akak.. tibe2 je sume bnda ni berlaku. baru nk tergolek2 cari ilmu pasal kahwin2 ni.. ni dah tergolek nk cari kursus kahwin.
Aku: nak kena belajar apa ni? haha
Kak R: hahahaha.. tak tau tak tau.. akak pun bukan nya ada ilmu pun. bengong2 mcm dulu lagi.. kihkihkihkih
Aku: haha. serius ni kak. kawan suggest buku u.hasrizal aku terima nikahnya, beli y kompilasi 3 buku tu
Akak: tula.. ramai yang promote.. akak anti gila dulu buku2 gini"
Nampak tak kenapa aku sampai boleh keluar 1 entry sebab akak ni bertunang?
Hah. Ye, setakat yang aku kenal dia dulu; rasanya dia memang allergic kalau nak citer hal2 nikah kahwin; lagi2 hal cintan-cintun ni. Sebab tu kitorang boleh borak pasal hal2 lain bila orang sekeliling duk sibuk2 bersembang pasal kahwin. Nak beli buku pun, pink2 or tajuk ada perkataan nikah/cinta/kahwin dan sewaktu dengnnya aku dah tolak tepi. ~~
Sebab bagi kitorang; hanya orang yang betul2 matang & bersedia je akan cerita dengan serius hal ni. So, kalau setakat nak menyakat, boleh cari topik lain kot. Baitul Muslim ni bukan setakat jadi isu gosip sana sini atau cerita sembang kedai kopi. Bukan.
Dan secara rasmi aku dah book dia jadi penasihat tak rasmi aku hal2 nikah kahwin ni nanti. Hee.
"Kak R: jodoh tu.. entahla.. mmg unik la cara Nya tu.. mmg Subhanallah
tapi betul ni.. perkahwinan ni satu fasa yang lain
memang lain la. yang penting kena berpegg teguh dgn apa tujuan hidup kita
perkahwinan bukan benda senang tau

Aku: hoho. noted.
Kak R: so jgn fikir sgt pasal jodoh ni. y penting kene ready kan diri dulu. jodoh tu akan dtg tergolek.. sampai ko tersemput2 nk sambut jodoh tu ^^

Aku: setuju 100%. dan orangnya selalunya y lansung x disangka2.

Kak R: yuuuuuuppp

Aku: Allah akan aturkan y terbaik."

Allah akan bagi yang terbaik untuk kita. Allah lebih kenal kita lebih dari diri kita sendiri kan? Tugas kita sekarang; persiapkan diri. Jangan jadi manusia biasa-biasa yang sekadar follow the flow. Selagi kita boleh tentukan ke mana nak di hala kapal kita; berusahalah mengubah layar. 

"Kak R: kene set in mind.. not everyone is perfect..
itu plg penting..^^

Aku: betul. em, tapi cane eh. kadang risau dia xdapat terima kekurangan kita. camno?

Kak R: ermm sbb tu la kene berbincang
bincang betul2
sifat tu akan berubah... sbb tu akak cakap  yang penting niat kita
kalau niat betul.. insyaAllah dugaan mcm tu kita hadapi.. mmg sukar pada awalnya.. tapi jika niat betul.. tindakan betul.. insyaAllah.. okay..
pastu kene letak keyakinan pada tempat yang betul iaitu pada Allah.. bukan pada diri kita dan dia
bnyk muhasabah diri

Aku: :) Tq2. Em..Lain dah akak sekarang.

Kak R: itula. akak pun rasa. cara pemikiran lain dah skg ni.. kena byk belajr. Takkan akak masih nak jadi jahil mcm dulu lagi.. kena la upgrade. kesian kat anak2 nnti dpt mak yang jahil. huhuh. sian kat suami dpt isteri y jahil. dah la dia sanggup tanggung dosa kita. terkenang dosa2 pada parents.. terasa la jugak perhubungan ni bnyk sedarkan akak dlm bnyk perkara..
jodoh yang baik akan ada petunjuk yang baik.. tapi kene ingt selalu.. untuk buat benda yang baik.. akan ada jugak dugaan yang seiring sekali.. so bnyk bersabar."

Baca nasihat2 akak ni, mata aku dah berkaca. Tiba-tiba terkenang waktu aku mula kenal dia dulu. Kitorang join satu program BADAR waktu kat kampus, Allah takdirkan satu grup dengan dia and disebabkan aku rapat dengan kawannya, jadilah aku se'geng sekali dengan dia. Haha. Cantik sungguh aturan Allah. Sebelum program tu padahal selalu je terserempak (ye la UKM KL & KTSN tu bukan besar mana pun), tapi masing2 tak bertegur, setakat senyum sambil bersedekah je.  Senior kot; kos lain plak tu, nak tegur pun rasa pelik je, tapi arini boleh sembang isu yang dengan kawan rapat pun belum tentu aku akan buka isu ni. ~~ Nasihat2 akak ni semoga dapat dinikmati & dihayati bersama sahabat2 yang lain. 

# Quote of the day;
Jangan fikir sangat soal jodoh ni. Yang penting kene ready kan diri dulu. Jodoh tu akan datang tergolek, sampai kita tersemput2 nak sambut jodoh tu.
## Selamat mempersiapkan diri menjadi insan hebat.


p/s: Ayong mesti tak percaya achik citer pasal ni kan? ^^

Sunday, September 1, 2013

HARGA

"Sesuatu barangan itu bernilai bukan bergantung kepada barangan, 
tetapi keadaan menentukan nilainnya.
 Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, 
namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan.
Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. 
Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.
Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, 
yang semua tiada bernilai melainkan pahala.
Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, 
maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu. 
Senyum pagi pagi."
-Tuan Ibrahim Tuan Man-
Bijak dalam menilai

Bukan semua perkara yang layak untuk kita menentukan harganya. 
Kalaupun layak, ia tak mudah.
Harga sesuatu perkara itu mungkin berbeza mengikut individu yang menilai perkara tersebut.
Berapa kita sanggup bayar untuk sihat?
Berapa kita sanggup bayar untuk hidup?
Berapa kita sanggup bayar untuk bahagia?
Hakikatnya, kita yang meletakkan nilai kepada sesuatu perkara.
Jadi, betulkan diri dan hati kita dalam memberi nilai kepada sesuatu.
Nilailah sesuatu mengikut neraca iman.
Semoga kelak bahagia kita bukan hanya di dunia, malah di akhirat kelak. 


Tuesday, August 27, 2013

KACAK Part 2

Menumpang pahala yang beramal,
bila kita bersama mengingatkan.
Menumpang makbul doa yang soleh/ah,
bila kita saling mendoakan.
Bersama-sama menumpang redha Allah.
Moga  ada redha-Nya dalam setiap gerak laku kita. 

Memburu husnul khatimah: Ustaz Ridha

Redha Allah itu matlamat kita yang utama. Destinasi permulaan dan pengakhiran kita pastinya inginkan yang terbaik yakni syurga Allah. Tapi, ketentuan masa depan kita di akhirat nanti bergantung pada hubungan kita dengan Pencipta kita selama kita berada di dunia. 

Jadi, setiap inci hidup kita, berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jangan sesekali 'curang' daripada mencintai-Nya. Sungguh ajaib keberanian manusia; bila suami minta izin untuk berpoligami; cepat benar si isteri melatah, bila si kekasih curang; kita marah, tapi bayangkan betapa teruknya kita bila sanggup memandang sepi kasih sayang Allah kepada kita? Allahu Rabbi..Semoga Allah ampunkan kita semua.

Berusahalah untuk mempersiapkan 3 bekalan yang takkan pernah putus untuk seorang hamba selepas kita mati;
1. Sedeqah
2. Ilmu yang dikongsi
3. Doa anak yang soleh
Bila disentuh tentang hal doa anak yang soleh, kita selalu mengimpikan untuk memperoleh anak-anak yang soleh berbanding mempersiapkan diri dalam menajdi anak yang soleh. Ingatlah, jika kita tidak menjadi anak yang menyumbangkan doa kepada ibu bapa kita sekarang; usah diharap doa dari anak-anak kita pada masa akan datang. Mulakan sesuatu kebaikan itu dengan diri sendiri. Mudah-mudahan Allah balas dengan sesuatu yang lebih baik.

Hadirmu Ya Rasulullah: Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jufri

A032
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
[AL-Hajj: 32]

Membesar-besarkan syiar itu antara cara menuju taqwa. Salah satu syiar yang terbesar ialah kelahiran Rasulullah SAW. Antara kisah menarik yang berlaku semasa kelahiran Rasulullah SAW ialah tentera bergajah berjaya dikalahkan oleh burung Ababil. Mengetahui kisah tanpa mengambil ibrahnya seolah hilanglah makna kita mengetahui peristiwa tersebut. Peristiwa ini menjadi bukti bahawa kumpulan yang kecil (makhluk kecil=burung Ababil) mampu mengalahkan kumpulan yang besar (makhluk besar=gajah). Pengajaran seterusnya yang perlu kita pelajari ialah ketaatan burung ababil ini dalam menuruti perintah Allah yang kadang-kadang segelintir manusia mengabaikan perintah Allah tanpa rasa berdosa. 

Keagungan peribadi Rasulullah SAW memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Malah syaitan, iblis, api, haiwan-haiwan terpaksa tunduk kepada Rasulullah SAW. Contohnya, sewaktu Rasulullah SAW lahir, syaitan mencuri perkhabaran itu dari langit tetapi selepas itu, tiada lagi berita yang boleh dicuri oleh syaitan lagi. 

"Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya."
(Riwayat Tirmizi).

Ustaz Syed sempat berpesan, dalam mentafsirkan hadis ini, kita jangan membuta tuli mencedok ilmu dari sesiapa pun. Hadis ini selalu menjadi dalil untuk umat Islam mencontohi Barat; kuasa dunia yang selalu diagung-agungkan. Ya, mungkin  banyak yang boleh dipelajari dari mereka tetapi janganlah sehingga kita menolak tepi ajaran dari Rasulullah dengan alasan ia hikmah yang hilang dari kita. Jangan menjadikan hadis ini sebagai tiket untuk kita mengamalkan budaya yang salah di sisi Islam. Jika benar kita mengakui kegungan peribadi Rasulullah SAW dan kesempurnaan Islam; maka kitalah yang perlu menzahirkannya dengan perbuatan dan akhlaq kita. 

Dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba, kita tidak hanya ada diri sendiri untuk bergantung atau berharap. Kita punya Tuhan untuk kita memannjat doa kepada-Nya. Berdoalah dengan tunduk dan penuh rasa khusyuk serta berusaha untuk memahami dan menyebutnya; bukan sekadar berdoa dalam hati. Melafazkan doa itu ada kaitan dengan mindset yakni kita bukan sahaja memberitahu pada Allah tentang hajat kita malah kita sebenarnya secara tak lansung sedang mengingatkan diri kita tentangnya. 

Insafilah;
Kita ada Pencipta.
Kita ini hamba.
Dunia ini sementara.

Hari ini dalam sejarah

Salam alaik.

Setelah sekian lama tak update blog, teringin nak berkongsi sesuatu dengan semua. Berkongsi benda simple as a starter. May I?

Ogos tahun ni banyak perkara gembira berlaku. Alhamdulillah. Allah berikan kebahagiaan buat diri dan keluarga. Pertama kali sibuk dengan kenduri kahwin di waktu raya. Mulanya,  kami anak2 dara Bonda Wan Fatimah, dah nekad takkan buat walimah waktu raya, hilang mood raya kot. ~~ Tapi bila dengar talk dari seorang ustaz ni kata yang "raya cuma sehari" ditambah pulak mak keep higlighting yang time raya ni la semua adik-beradik dapat berkumpul, hampir tergugat la nekad kami. Tapi, tapi, tapi;  bila ingat yang mood Ramadhan pun sedikit terganggu, barang-barang untuk kenduri  mahal, jalan pulak jem nak ke sana ke mari etc, so nekad tu masih tertanam kukuh la dalam diri. Heh. 

Ogos ni jugak la result final sem ni keluar. Alhamdulillah, Allah bagi graduate tahun ni. Mula la terkenang susah payah waktu belajar dulu. Susah yang indah. Tapi menuntut ilmu takkan pernah berakhir sampai bila-bila. Selalu teringat kata-kata Mr Siow, my supervisor waktu practical kat Guardian Melaka, " selalu sediakan diri untuk belajar, walaupun dari orang yang lebih muda dari kamu. Sebab sebenarnya kita saling memerlukan. Junior belajar dari senior. Senior pun belajar dari junior iaitu bila senior mengajar junior, kita akan lebih ingat tentang sesuatu tu kan?". Jujur, aku memang salute dengan Mr Siow. Ilmu clinical dia superb kot, tapi sangat humble. Ni antara hikmahnya dapat praktikal kat Melaka. :)

Btw, niat asal sebenarnya nak cerita pasal 1 hari je. Nama tajuk pun dah tulis awal2, HARI ini dalam sejarah. 26 Ogos 2013; first time bersahur dan buka puasa makan udang besar tapak tangan, firt day mengajar Qiraati kat Pasti Al-Hikmah and first time berjaya buat pavlova (senang je rupanya, buat macaroon lagi susah kot..huhu).

Part makan udang and pavlova tu tak yah cerita la kot. Resepi pavlova yang mudah last kang aku bagi k. :)

Nak cerita pasal jadi cikgu. Selama hidup 23 tahun, ni firt time officially layak dipanggil cikgu. Sebelum2 ni pernah je mengajar, tapi setakat jadi mentor add math time sekolah menengah, pastu lepas SPM dulu buat tuisyen untuk sepupu2 sekolah rendah. Tu je la pengalaman mengajar. Tup tup, hari tu sepupu mesej mintak ganti dia mengajar Qiraati sebab dia dapat kerja kat KL. Hmm. Ni dah 2nd time orang offer, sebelum ni macam-macam alasan bagi. Aku bila dah 2nd time orang offer benda sama, susah sikit nak tolak, perasaan bersalah tu seolah menghantui diri. So, x fikir panjang; mintak izin mak then terima je. Sebab mengajar sekejap je, pergi Pasti tu jalan kaki pun boleh sampai (tapi penat la kalau jalan).

First day mengajar, tak de la cuak mana (kononnya). Tapi seriously budak-budak umur 5-7 tahun ni memang SANGAT suka main. Walaupun bila kita tanya diorang datang kelas tu untuk apa and tanpa rasa bersalah diorang akan jawab diorang nak belajar (padahal time tu diorang tengah sungguh-sungguh berlari main kejar-kejar kot). Haru gak la aku. Mula-mula, memang berkejar ke sana ke mari la melarang diorang bermain tapi bila teringat yang diorang ni kanak-kanak, biarkan je la diorang. Last2, wujud la prinsip baru dalam diri. "Bila main, main sungguh2. Bila belajar, belajar sungguh2." Sebelum ni selalu je dengar orang sebut kata-kata ni tapi time ni la betul2 aku kena praktikkannya; bukan untuk diri tapi untuk anak-anak murid. Settle satu perkara. Tapi cabaran setrusnya bila nak tarik dari keadaan diorang tengah main dengan bahagianya tu kepada fokus betul-betul untuk belajar tu memang mencabar, part ni kena ada cara tersendiri and ikut siapa pulak orangnya. Bila tengah nak prepare diri cana nak mengajar ni, terjumpa satu perkongsian ni; cara mendidik anak-anak menurut Islam.

Bila terkenang asal tiba-tiba boleh on untuk mengajar ni, teringat yang memang xde plan detail untuk aktiviti cuti sementara menunggu posting ni. Ingat satu je, nak buat buat nota kecil untuk diguna waktu PRP (as suggested by Mr Siow). Ingat nak p kelas Bahasa Inggeris tapi bila mintak pendapat orang lain, kata tak perlu. Angah plak sibuk suruh p kelas menjahit, tapi err, x berapa minat jahit guna mesin ni. Setakat nak jahit baju koyak, nak lipat baju yang labuh tu ok la, tapi nak try jahit baju kurung sendiri ni memang x berapa minat la. Lagi-lagi bila fikir yang lepas-lepas ni bila dah kerja x sempat nak menjahit. (Tapi kalau tetiba minat tu datang sape tau kan? :) ) So, moral of the story, buat la perancangan sebaiknya untuk cuti korang. Jangan sia-siakan masa macam tu je. Or at least, make sure ada matlamat nak dicapai waktu cuti ni. Contoh, nak practice jadi Suri Rumah Tangga, nak habiskan baca buku-buku yang sebelum ni beli tapi xpernah sentuh untuk baca, nak belajar skill baru etc. 

Dah, saja nak cerita pasal diri sendiri kat sini. Ada lagi satu benda best Ogos ritu; jaulah ke Utara dengan kawan-kawan. Ni memang tersangat best, Tapi mood nak bercerita tak sampai lagi. Tengok la kalau rajin den cerita. :)

K, seperti yang dijanjikan; ni resepi Pavlova yang mudah. 

Bahan-Bahan; 

Meringue 
4 Putih Telur (Kalu telur saiz kecil, blh guna 5)
175g Castor Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung 

Hiasan 
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )

Cara-Cara; 

Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius 

Meringue 
1. Dengan menggunakan mixer, pukul semua putih telur sehingga berbuih (foamy)  
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed. 
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung. 
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk
* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer 
5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould) 
6. Spread the meringue in a circle shape. 
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit. 
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika. 

Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream. Then, sapu atas meringue yang dah siap tadi.
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam. 

Tips;
1. Make sure semua bahan-bahan dan alatan yang diguna untuk buat meringue tu semuanya kering (Selalu orang lupa nak lap telur lepas basuh). Kalau tidak, selama mana pun korang pukul putih telur tu, takkan 'bertanduk' la meringue korang.
2. Lepas dah siap, simpan dalam peti dulu baru makan lagi sedap. :)

*Hampir lupa Ogos bulan merdeka. Sori, semangat kebangsaan tu tak berapa nak ada dalam diri. @@

Saturday, July 6, 2013

KACAK Part 1

Bismillah.
Sedikit perkongsian hasil tadahan ilmu dan pengalaman sepanjang menyertai KACAK.





1st meeting 

Alhamdulillah, Allah pillih diri ini untuk menjadi sebahagian dari team pelaksana KACAK; Konvensyen Aku Cinta Allah dan Rasul. Waktu 1st meeting sampai agak lewat ke pejabat OHCS walaupun dah terlebih awal kami bertolak? Sebab? Salah naik train! (Seperti biasa. lalalala~) Tapi yang best nya, Allah singgahkan kami di Tanah Perkuburan untuk mengingatkan kami tentang mati. And plus, Allah nak bagi aku masa untuk lebih mengenali dengan adik usrah yang sorang ni. Heh. Always see d bright side of what had happened to you, then u'll be happy insyaallah.

28 Jun; Rehearsal

Alhamdulillah. Sampai sebelum organisasi utama pun xde lagi kat dewan tu (Sebab Pak Guard tak bukak pintu lagi kot). So, sempat la kitorang ke hulu ke hilir sekejap depan Main Auditorium IIUM ni. Sempat la teruja nampak 'buaya' (biawak besar!) and bangau kat sungai tepi tu. Cam x percaya je wujud binatang2 tu kat bumi Gombak ni. :)

Siap briefing, packing all d goodies bags, officially I am one of d catering crew. Benda yang kita nak elak tu la yang kita dapat kan.? But its ok. Seronok je nak tolong urus hal makanan orang ni, cuma masalah sikit bila nak kena setle hal2 VIP. Hmm. Positif2. VIP semua Ustaz2, so ada peluang lebih amik berkat dari Ustaz2 dari dekat walaupun surely kitorang akan segan tahap dewa 2 hari nanti. Wait and see. ~~'

Cuak menanti esok. Semoga Allah ajarkan kami ikhlas dalam memberi. Semoga Allah beri kefahaman kepada kami untuk beramal. Semoga Allah permudahkan dan redhai segalanya..

29 Jun; Hari Pertama KACAK

Pemberitahuan awal; Saya mungkin x dapat kongsi 100% apa yang saya peroleh di sana. Dan penulisan ini bukan 100% perkongsian dari setiap slot sepanjang KACAK. Perkongsian ini sekadar untuk mengingatkan diri sendiri tentang ilmu dan pengalaman yang Allah izinkan saya belajar darinya. Semoga ada yag membuahkan amal kepada saya dan anda semua.

An introduction

Pembuka bicara dari MC bertauliah. Yang sempat aku kaut tengah 'khusyuk' tunggu ustaz kat meja VIP ni;
"After nikah, Muslimat dah xkan meng'usha lelaki lain dah and vice versa." Setuju? Sori la, aku pun x tau kenapa dalam banyak2, ni yang paling jelas kat telinga. Tapi Allah pun kata antara hikmah perkahwinan ialah untuk kita menundukkan pandangan pada yang tidak sepatutnya kan? :) Take note ye.

MC juga sempat mengingatkan para peserta untuk sentiasa mengamalkan doa yang dibaca antara tahiyat akhir dan salam. Waktu attend Fiqh Solat dulu pun Ustaz Hasrizal @ UZAR keep highliting untuk semua umat akhir zaman ini mengamalkan doa perlindungan ini..


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (iaitu tahiyyat akhir), maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah (ujian) Dajjal”. 
(Riwayat Imam Muslim)


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.

And/ Or

Daripada Saidina Ali RA, katanya : Rasulullah SAW apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud dan salam :

اَللََّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosaku apa yang terdahulu dan yang terkemudian, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang terlampau dan apa-apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Engkaulah yang Maha Terdahulu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada Tuhan kecuali Engkau”. 
(Riwayat Muslim).

Merintis Jalan Mengenal Allah; Ustaz Zul Ramli M. Razali

Dalam usaha kita untuk mengenal Allah (Ma'rifatullah), pohonlah untuk memiliki hati yang lembut agar sentiasa mengasihi-Nya. Ustaz ada menjelaskan tentang hukum berdoa iaitu sunat dan wajib. Sunat berdoa untuk segala kebaikan seperti yang sebelum ini kita lakukan. Dan terdapat juga doa yang wajib kita meminta iaitu....? 




Yes, memohon petunjuk ke jalan yang lurus, yang sekurang-kurangnya kita wajib minta 17 kali sehari dalam setiap rakaat solat kita. Berdoalah supaya kita ditetapkan dalam hidayah dan dibesarkan dengan hidayah-Nya ini. 

Manusia sentiasa mencari Tuhan. Itu fitrah. God spot atau Quwwah nutqiyah itu memang wujud dalam diri manusia, membawanya kepada Tuhan Sang Pencipta. Malah, dalam diri sejahat-jahat manusia yang pernah dikenali di muka bumi ini yakni Firaun juga mengaku beriman kepada Tuhan Musa dan Harun.. 


(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" 
[ al-Fajr: 27-30]
Marilah menjadi orang yang diseru Allah dalam ayat-ayat ini. Semoga Allah menjemput kita ke syurga-Nya di akhirat nanti. Doa. Doa. Doa.

Qada' dan Qadar; Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri & Ustaz Ridhauddin Mohd Salleh 

Sedikit sebanyak apa yang berjaya dicatat sepanjang perkongsian Ustaz Zul, Ustaz menyebut tentang beza antara Istidrak (nak mendapatkan sesuatu) dan Istidraj yang bermaksud sesuatu kepelikan yang berlaku walaupun maksiat semakin banyak dilakukannya tetapi kisah pengakhirannya malap dan kelam. Oleh itu, dalam 'mengukur' sesuatu ketentuan, usah diukur mengikut neraca duniawi semata-mata. Cari akhirat dalam setiap tingkah. Diceritakan tentang seorang wanita cantik dan kaya, dia mampu untuk memiliki apa sahaja yang dia mahu, Suatu hari dia mengadu hatinya tidak tenang. Lantas dinasihati untuk bangun qiyamulail, banyakkan istigfar dan bertaubat. Alhamdulillah, selepas itu jiwanya tenang.
"...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)..."

[ al-Hujurat: 13]

Allah tidak adil? 
Ini kisah untuk kita gali sedikit ibrah tentang keadilan Allah..

Suatu hati seorang pemuda telah bertanya kepada Nabi Musa mengenai qada' dan qadar. "Hai Musa, kiranya benar tuhanmu maha mengetahui, tunjukkanlah salah satu buktinya kepada ku," cabar si pemuda. Maka dijawab oleh Nabi Musa, "Baiklah, esok, cubalah engkau berjalan ke arah ini dan berhentilah di sebuah batu yang besar. Berlindunglah kamu di balik batu tersebut dan saksikanlah keluasan ilmu Allah dan ketelitian perancangan-Nya."

Keesokan paginya, bergeraklah pemuda tersebut ke arah yang dinyatakan oleh Nabi Musa. Setibanya dia ke batu tersebut, dia pun bersembunyi. Terdapat sebuah mata air mengalir di bawah batu itu. Tidak lama selepas itu, datanglah seorang lelaki menaiki kuda. Setelah minum dan memberi minum kudanya, lantas dia berlalu pergi. "Eh, kantung airnya tertinggal," bisik pemuda itu. Mahu rasanya dia berteriak kepada penunggang kuda tetapi hatinya menghalang. "Nanti, aku mahu lihat sejauh mana kebenaran kata-kata Musa mengenai tuhannya," senyum nakal terukir di bibir si pemuda.


Tidak lama selepas itu, datang seorang budak lelaki ke mata air tersebut. Demi terlihat kantung air yang ditinggalkan di atas batu, budak tersebut terus mengambilnya dan berlalu pergi. "Hei, itu kantung lelaki berkuda, jangan kau curi..." jerit pemuda di dalam hati. Dan seketika, terlihatlah olehnya seorang lelaki tua yang bertongkat menuju ke arah mata air tersebut. Melihatkan keadaannya, rasanya lelaki tua itu kurang penglihatan. Dengan bersusah payah, lelaki tua itu duduk berehat di atas batu tempat kantung air diletakkan dahulunya.


Tiba-tiba lelaki berkuda tadi datang kembali. "Hei orang tua, ada kamu lihat kantung airku di atas batu ini?" kasar suara lelaki itu. "Tidak nak, aku ini baru sahaja sampai di sini, lagi pula, untuk apakah aku mangambilnya?" jawab si tua perlahan. "Ah, bohong. Aku lihat kamu ini seorang yang tidak boleh dipercayai. Entah-entah kamu telah mengambil dan menyembunyikannya. Serahkan kembali kantung air itu orang tua, atau buruk padahnya..." suara ancaman lelaki tersebut benar-benar biadap. "Tidak, tidak, aku tidak mengambilnya. Lihatlah keadaanku, mataku rabun dan hampir buta, mustahil aku mengambilnya, melihatnya pun tidak..."hujah si tua.

Tanpa disangka tanpa diduga, lelaki berang itu menghunus dan merodok belatinya ke perut si tua. Amarahnya meluap menutup akal warasnya. Si tua tewas di tangan gagah lelaki durjana. Dia memacu kudanya deras meninggalkan mata air, dengan darah di tangan yang masih merah basah.
Si pemuda tergamam. Segala peristiwa yang berlaku sepantas kilat, sukar difahami. Badannya menggigil melihatkan tubuh si tua longlai di atas batu. Dan dia meninggalkan mayat itu lantas menemui Nabi Musa.

"Wahai pemuda, sudahkah kamu melihatkan kebijaksanaan dan keadilan Allah?" sapa Nabi Musa seraya menyambut pemuda itu. "Sukar untukku percayai apa yang berlaku. Apakah ada keadilan di dunia ini? Di manakah tuhan ketika manusia benar2 memerlukannya? Mengapakah insan yang tidak berdosa terkorban tanpa pembelaan?" tutur katanya tidak keruan, meracau barangkali. "Sabar wahai pemuda, ceritakanlah apa yang kau lihat sepanjang hari," pujuk Nabi Musa penuh hikmah.

Lalu diceritakanlah segala yang berlaku. Betapa kantung air itu adalah milik lelaki berkuda, dan diambil atau dicuri lebih tepat, oleh seorang budak, tetapi mengapa mesti si tua yang kurang penglihatannya pula dituduh dan dibunuh? "Kamu kata tuhanmu maha melihat dan maha adil. Di manakah tuhanmu ketika itu wahai Musa?" soal si pemuda kepada Nabi Musa. "Wahai pemuda, sesungguhnya Allah itu maha luas pengetahuannya dan Dialah yang Maha Adil. Ilmunya menguasai segala perkara yang terlihat dan tersembunyi. Dan keadilannya meliputi segenap waktu dan tempat. Tahukah kamu bahawa pemuda berkuda itu baru sahaja merompak sebuah rumah? Antara benda yang dicurinya adalah kantung air yang kau lihat tadi. Dan budak lelaki yang mengambil kantung itu adalah pemilik sebenar kantung tersebut. Maka seadilnyalah dia mendapatkan kembali hartanya yang dicuri. Lagi pun, kantung itu ditemui semula oleh pemiliknya, bukanlah diambil secara tidak sah, adil kan?" Nabi Musa menerangkan duduk sebenar.

"Tapi, mengapa pula lelaki tua itu dituduh dan kemudiannya dibunuh? Dosa apakah yang menyebabkan dia menerima nasib seburuk itu? Adilkah itu?" masih tak puas hati. "Dan lelaki tua itu sebenarnya telah membunuh bapa kepada lelaki berkuda sewaktu mudanya. Tiada saksi dan bukti yang kukuh terhadap lelaki tua itu dan selama ini dia terlepas dari hukuman pemerintah. Hanya Allah yang maha mengetahui mengenai rahsia si tua itu, dan hari ini, dia telah menerima hukuman setimpal," penerangan yang sangat jelas oleh Nabi Musa. "Nah, sekarang kamu telah lihat betapa luas pengetahuan Allah dan keadilannya. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas dan kadang kala tidak tercapai oleh akal manusia. Adakah keadilan selain daripada keadilan Allah?" pertanyaan Nabi Musa yang lembut benar2 mematikan hujah si pemuda, memecah bendung keegoannya dan meruntuh tebal kejahilannya.

"Benar wahai nabi Allah. Dan aku bersaksi bahawa Dialah Allah tiada tuhan selain-Nya, dan kamu adalah utusan-Nya. Terimalah imanku..." ucap si pemuda dengan iringan air mata.


Bolehkah doa itu mengubah?
Qada' Allah itu ada dua sifatnya. 
1. QADA MUBRAM

Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku). Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:
“Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.”
(Surah Qaaf: 29)



2. QADA MUALLAQ. 

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, contoh paling mudah..dulu masa sekolah awak seorang yg rajin, pelajar cemerlang..tapi bila dah masuk u, awak berubah.. jadi malas nak belajar, macam mana nak bjaya kan..pastilah dapat result pun yg tak bagus kan.. jadi kita kena lah berusaha untuk dapatkan yg lebih baik dalam hidup kita ni..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. 

Ingatlah, berdoa itu bukan sahaja untuk kita memohon hajat bahkan satu ibadat. Tidak salah untuk kita berdoa,  bahkan Allah sangat suka hamba-Nya meminta kepada-Nya. 

Ustaz ceritakan juga tentang doa ajaran Rasulullah SAW kepada Ummu Salamah. Doa ini boleh diamalkan bila ditimpa musibah;
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ  أَنَّهَا قَالَتْ 
 سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
 يَقُولُ مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ
  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
 اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي
 وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
 قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ 
قُلْتُ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ
  أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ
 فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ 
فَقَالَ أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ 

Dari Ummu Salamah sesungguhnya telah berkata telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu;
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah. Ya Allah! Berikanlah aku pahala kerana musibah yang kuderitai dan gantikan yang lebih baik.
Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik"
Ummu Salamah berkata: 
"Setelah Abu Salamah (suaminya) meninggal dunia saya mengatakan (dalam hati) siapakah orang-orang Islam yang lebih baik dari Abu Salamah orang pertama yang hijrah bersama keluarganya kerana (mematuhi) Rasulullah saw?
Kemudian saya mengucapkannya sekali lagi. Lalu Allah menggantikannya
dengan Rasulullah saw. Rasulullah saw mengutus Hatib bin Abu Baita'ah meminang saya untuk menjadi isteri beliau.
Saya menjawab, bahawa saya mempunyai seorang anak perempuan dan saya seorang perempuan yang cemburu.
Beliau menjawab : "Adapun anak perempuannya. Kita doakan
supaya dicukupkan Allah keperluannya dan tidak tergantung keperluannya
kepada ibunya dan aku mendoakan supaya Allah menghilangkan cemburunya".
(Hadis sahih, Riwayat Muslim)

Slot ini disambung oleh Ustaz Ridhauddin disebabkan kekangan masa Ustaz Zul. Ustaz Ridha menjelaskan dalam membaca sesuatu dalil; hadis & ayat al-Quran, penting untuk kita membacanya secara mathur dan secara textual & contextual. Ustaz jelaskan begini supaya kita tak salah menafsirkan dalil-dalil yang diturunkan buat panduan kita.

3 sifat penting dalam menjadi hamba yang beriman dengan ketentuan Qada' dan Qadar ialah:
1. Sentiasa berfikiran positif. Allah itu seperti sangkaan hamba-Nya. Kalau kita rasa Allah akan tolong kita, Allah pasti akan tolong kita. Yakinlah.

2. Sentiasa berusaha
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
[ar-Ra'd: 11]

3. Sentiasa bersangka baik
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[al-Baqarah: 216]


Carilah keredhaan Allah, bukan hanya izinnya. Sebab hanya dengan redha-Nya membenarkan kita ke syurga. Bila Allah izinkan sesuatu itu terjadi tetapi Dia tidak redha degannya, itu mungkin petanda murka-Nya. Allah. Semoga Allah pimpin jalan kita agar sentiasa dalam menuju keredhaan-Nya.

Bila ditanya oleh salah seorang peserta apa yang dimaksudkan dengan redha atas ujian, Ustaz Ridha menyatakan bahawa menangis itu fitrah. Itu bukan tanda kita tidak redha dengan ketentuan-Nya. Tetapi bila ada ketidakpuasan hati atau kita mencela apa yang berlaku; nah itu tanda hati anda tidak redha dengannya. Redha itu di hati, bukan hanya di akal makna kata bila kita benar-benar menerima segala ketentuannya, hati kita tenang dengan apa yang terjadi bukan sekadar kita fikir kita redha sedang hati rmenyimpan dendam yang entah pada siapa.

...to be continued insyaallah