Wednesday, May 4, 2011

Perkongsian dari Bengkel Penulisan Pendakwah Siri 2 [part1]

Assalamualaikum wbt..

Live the moment,
Cherish the present,
Anticipate the future,
Frame the past year.
~contengan jalanan~


Intro yang tiada kaitan, sekadar perkongsian catatan sementara menunggu program bermula. Moral?
1.      Bawa buku bersama anda ke mana-mana supaya anda tidak mati kebosanan menunggu program/meeting bermula.
2.      Hargai masa orang lain. Berusaha untuk menepati janji Muslim bukan janji Melayu.
(how I wish janji Melayu=janji Muslim)
3.      Bersangka baiklah. Don’t ever judge others. Mesti ada sebab kenapa mereka buat sesuatu 
yang anda rasa tidak sepatutnya dilakukan.


time is gone...
Alhamdulillah baru-baru ini saya dilapangkan masa dan hati untuk menghadiri Bengkel Penulisan Pendakwah Siri 2 di Bangi anjuran GAMIS dan DPPP.  Entry kali ini sekadar satu perkongsian apa yang saya peroleh dari bengkel ini, mungkin bukan 100% yang dapat didokumentasikan di sini tetapi harapannya walau 10% ilmu yang ditimba, ia menjadi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua.

Mengapa menulis? Itu soalan pertama yang perlu diajukan pada diri kita. Adakah ini satu jalan atau ujian? Ia merupakan satu jalan apabila niatnya suci tetapi mungkin menjadi ujian bila mana niatnya dicemari hal-hal yang tidak sepatutnya.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [3:104]

Mari jadikan diri kita sebagai umat dakwah. Menjadikan diri kita seorang dai’e. Hakikatnya, ini memang tanggungjawab sepanjang hayat kita. Dan salah satu jalan untuk memastikan tanggunjawab ini dijalankan sepanjang masa ialah dengan MENULIS!

Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan” (Riwayat An-Nasae’i).
the pen is mightier than the sword~

Seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas, antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya pena. Medium penulisan menjadi semakin luas. Pelbagai buku ditulis, lihat sahaja semasa pesta jualan buku semasa KLIBF baru-baru ini, pelbagai buku baru diterbitkan, banyak karya2 lama diulang cetak dan tidak lupa buku-buku bahasa asing di’translate’ ke bahasa lain (teringat misi mencari buku Uncle Maxwell English version  yang not accomplish..~~). Bagi golongan muda khasnya, berapa ramai kawan-kawan anda yang mempunyai blog? Yang menjadikan facebook medan penulisannya? Pasti ramai bukan? Ini bukti2 bumi sudah tua.

Bersedia atau tidak, akuilah akan tiba penghujung hidup ini. Jadi apa yang ingin sahabat semua tinggalkan supaya walaupun sudah meninggalkan dunia yang fana ini, tetapi jasa kita masih kekal selamanya? Apa yang kita mampu lakukan untuk pastikan mengalirnya pahala walau nyawa tidak lagi dipinjamkan untuk menghasilkannya?

Here it comes to this hadith;Bersumber dari Abu Hurairah r.a menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal: yakni sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakannya”
[HR. Muslim]

Masih bujang,macam mana nak ada anak soleh soleheh yang mendoakan? Terputus satu sumber. 
Tiada harta beribu berjuta, bagaimana mahu bersedekah? (huh? Ni memang alasan yang cuba direka-reka manusia). Kurang satu punca bekalan di ‘sana’. 
Kurang ilmu? Sampaikan apa yang anda tahu. Antara mekanismenya? Sekali lagi, MENULISLAH!
Sebelum menyambung perbincangan isu penulisan; alang-alang dah disebutkan tentang mati, jemput baca artikel menarik di blog ini.

Sedang Ustaz Hasrizal asyik berkongsi tips berguna dalam bidang penulisan, fikiran saya ligat memikirkan satu perbincangan ringkas antara saya dan sahabat lama saya tentang penulisan di alam maya sebagai medium dakwah.

“Kalau betul facebook, blog @ apa2 yang sewaktu dengannya cara terbaik dakwah, dah lama Allah permudahkan urusan dakwah Nabi Muhammad SAW dengan internet.”

Walaupun secara jujurnya saya agak terkejut mendengar statement ini keluar dari sahabat yang saya rasa pemikirannya jauh ke hadapan dan sentiasa berfikir kritis dalam setiap tindakan mahupun isu, tangan ini seakan kaku untuk membalas message yang diberi. Saya jadi malu sendiri kerana waktu itu, saya tiada jawapan terbaik untuk diberikan. Insyaallah, harapannya entri ini dapat memahamkan sahabat saya ini.

“Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".” [12:67]
pelbagaikan jalan, variasikan kaedah

Dalam berdakwah, jangan hanya gunakan satu jalan. Even if we are going to a place yang kita tak tahu destinasinya, kita akan cari pelbagai jalan alternative untuk ke tempat tersebut (terutama area KL ), apatah lagi bila kita sedang menyambung satu agenda yang Rasulullah lakukan sepanjang hidupnya iaitu berdakwah. Agenda membawa manusia kembali kepada Tuhannya. Agenda membawa manusia dekat dengan Tuhannya. Mungkin ini bukan medium terbaik bagi semua orang, tapi jangan dinafikan kepentingannya dalam berdakwah.

Paradigma dakwah perlu kita kaitkan dengan kehidupan. In life, three major things that we need to consider are purpose, people and process (3P). In most condition, purpose will be the most important thing that we need to put it first. (macam salah je ayat ni? ~~) dan dua faktor lagi iaitu manusia dan material dari pandang sisi dakwah saling bergantungan antara satu sama lain. Namun, dalam kemajuan teknologi masa kini, manusia(dai’e) menjadi faktor yang lebih dominan berbanding material (sains dan teknologi). Material hanyalah faktor sekunder yang hanya membantu sama ada untuk mempercepatkan sesuatu proses penyampaian dan penyebaran informasi mahupun menyebarluaskan sesuatu isu ke sasaran yang lebih luas. Kita perlu sedar bahawa kitalah yang menentukan kualiti sesuatu produk 
yang inign diperkenalkan atau dijual kepada orang lain.

Jadi? 
Kita perlu kuatkan diri sendiri. 
Tambah ilmu. 
Bina peribadi. 
Asah bakat. 
Tingkatkan kemahiran. 
Jadi orang yang berkualiti!

Perkara yang sangat menarik minat saya dalam bengkel ini bila mana ustaz berbicara tentang hikmah dalam berrdakwah. Rasanya tak perlu untuk saya jelaskan dengan panjang lebar, jemput baca perkongsian dari Ustaz Hasrizal di blognya mengenai bengkel ini.

*dah panjang sangat rasanya. next entry insyaallah perkongsian tips berguna dalam berdakwah melalui penulisan. =)

Tuesday, April 26, 2011

KOTA KATA KITA

make ur life colourful and wonderful~not just in black and white even it may be beautiful  to you

Kesedaran adalah matahari,
Kesabaran adalah bumi,
Keberanian menjadi cakrawala,
Dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata...

Senangnya berkata-kata.
Tapi bukan mudah mengotakan kata.
Between saying and doing, many shoes many a pair of shoes is worn out.
~Italian proverb
Banyak yang perlu dikorbankan.
Dan pasti, anda akan terkorban.
Tiada yang perlu dibimbangkan,
Kerna pengorbanan itu pasti tidak sia-sia.

Apa itu kejayaan?
Luas maknanya bukan?
Dan salah satunya;
Succeed in life by acting on the advice you give to others.
Kotakan kata,
Anda akan Berjaya, insyaAllah.

Firman Allah;
Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! 
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. 


Saya pernah hampir terhenti menasihati manusia kerana ayat ini.
Dulu.
Dan harapnya takkan terlintas lagi perasaan ni.
Bayangkan jika Rasulullah terfikir sebegini (sudah pasti tidak!)
Entah apa agama yang kita anuti sekarang.
Entah apa jenis pakaian yang kita pakai sekarang.
Entah apa rasa hati anda sekarang.

Alhamdulillah, Allah lintaskan di hati,
Andai diri sedang tersalah langkah,
Pasti harapkan sesorang menasihati,
 Andai sedang dalam masalah,
Ingin sekali ada yang mendekati.

Jadi?
Jangan berhenti, jangan terhenti.
Move anywhere as long as it is forward.
Daulah islamiyah masih belum tertegak,
Dan ingat, menjadi kewajipan anda untuk berusaha menegakkannya!
 Life is short, but it has a very long journey.

 ~Peringatan buat diri...seperti kata y diulang2 dalam meeting td sampai dapat tazkirah free dr pemantau; “cakap mmg senang, buatnya?”
I really mean it.
~asma Abdullah, walk your talk!!!
(~reveal~)


Friday, April 15, 2011

hamba Allah?

Dalam kesungguhan dan fokus kita untuk ‘mencemerlangkan’ dunia (akademik, kerjaya, organisasi, etc),
jangan dilupa untuk ‘menggemilangkan’ akhirat.
Title sebagai hamba Allah, khalifah, anak, etc jangan sesekali dibiarkan sekadar nama tanpa disusuli perlaksanaan tanggungjawab.

Jika diberi pilhan, RM 10 atau RM 20 lebih menarik hati anda?
Tentunya yang lebih tinggi nilainya bukan?
Semua manusia inginkan kebaikan yang melimpah-ruah tapi kenapa masih dikerjakan perbuatan yang hanya melayakkan kita untuk memperoleh satu keuntungan?

Firman Allah; 
“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
[asy-Syuura: 20]


Allah berfirman lagi; 
“Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. 
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.”
[al-Israa’:18-19]

 Dunia dan akhirat itu umpama rumput dan padi .
Tanam padi, rumput kan tumbuh jua,
Tetapi tanam rumput, padi tidak akan tumbuh bersama .

Begitu lah jua dunia dan akhirat .
Kejar akhirat, dunia akan dapat bersama,
Kejar dunia, hanyalah dunia semata-mata .

Jadi, berusalah untuk perolehi kebaikan di dunia dan akhirat!
Tetapi, jangan disisihkan bahagian kita di dunia seperti mana Allah berfirman;

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". 
[al-Qasas:77]


 Sesungguhnya perumpamaan di antara dunia dan akhirat adalah seperti timur dan barat .

Apabila kamu semakin hampir kepada salah satunya bererti kamu semakin jauh dari akhirat .

Dunia merupakan suatu tempat di mana pada peringkat awalnya adalah kepenatan dan penghujungnya adalah kebinasaan .

Perkara halalnya mengandungi perhitungan manakala perkara haramnya pula mengandungi pembalasan seksa.

Sesiapa yang merasakan dirinya telah mencukupi dengan apa yang ada di dalamnya bererti dia telah tertipu dan sesiapa yang merasakan dirinya sangat memerlukan kepada apa yang ada di dalamnya dia akan bersedih.
~Hasan Al Basri~


Khas buat sahabat2 di UKM yang sedang menjalani peperiksaan akhir semester,
Jadilah hamba Allah kerana Allah, bukan kerana exam.
Dan jangan sesekali menjadi hamba exam.
Sesungguhnya kita bertuhankan apa yang kita selalu fikirkan.
Hamba Allah kah kita andai 24/7 minggu ulangkaji kita peruntukkan hanya untuk mengulangkaji nota-nota kuliah semata-semata?
Hamba Allah kah kita jika sehelai halaman Al-Quran pun kita tidak sempat untuk baca walhal nota-nota kuliah setebal Al-Quran kita mampu ulang berkali-kali?
Hamba Allah kah kita bila azan berkumandang, kita masih meneruskan menjawab soalan-soalan past year sehingga tanpa sedar waktu solat hanya tinggal beberapa minit sahaja?

Sesusah mana pun paper yang telah berlalu, don’t let it inhibit the revisionase enzyme; the enzyme that catalyse the mood and the spirit of us to keep on studying for other subjects. To prevent the killer paper to act as an inhibitor, we need a regimen made up of efforts, doa, and tawakal q.c. If one of the compounds is not in a right dose, it may build up a resistance to the killer paper so that the paper may not only inhibit the revisionase enzyme, but also kill your mind subconsciously, as well as lead to other toxicity includes give up toxicity, spiritual damage, etc! For more details on this enzyme, please refer to your pharmacist. ~akibat soalan AI (antiinfective) y ‘senang’ tahap dewa...(revisonase enzyme xwujud pun tau!)
Moga kalam ini tidak membantutkan niat sahabat untuk menjadi pakar dalam bidang masing-masing.
Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal dalam apa pun yang sahabat sedang lakukan.
KEEP HOPE ALIVE!

Wednesday, April 13, 2011

random~KLIBF'11

Hari2 dok dapat emel dr Kak Nila (JS) ttg KLIBF'11, saya pun dah tak sabar nak ke sana. 
(padahal dr KLIBF’10 lagi dok berkira2 bila nak borong buku lagi..~~)

Tapi???

RM50 untuk ke pesta buku? Window shopping je la nampaknya. L
Sebenarnya dari dulu dah buat list buku y teringin nak dimiliki sekarang which are:
  • IMAM2 YANG BENAR BY ABDUL LATIP TALIB
  • KHALIFAH2 YANG BENAR BY ABDUL LATIP TALIB
  • MAKE TODAY COUNT BY JCM
  • HOW SUCCESSFUL PEOPLE THINK BY JCM
  • CONTENGAN JALANAN FEND N K2 BY HLOVATE
  • SINERGI BY HILAL ASYRAF

For sure RM50 wont enough to get all this. :’(

Don’t worry, be happy!
Alhamdulillah, Allah temukan saya pd website ni-http://www.bahantarbiyyah.com/v1/index.php
So, dah jimat duit untuk beli buku2 agama.

Sekarang, mari prioritize all d books untuk dibeli dengan mengambil kira duit y ada..
For both books by abdul latip talib, even u’re actly d top 1st books y ade dlm list, terpaksa la sy pendam dulu keinginan nak baca buku2 ni. Harap2 Abg Azim ada buku ni..:)
If x pun, i can read ttg sirah insan2 hebat ni via internet kan? (pujuk diri sendiri namanya ni..)

Next, mengambil serious berita y sy terima dari sahabat terbaik saya y tengah bgembira sebab dpt sembang dgn Hlovate;
ika ru@ika juju: awak nak belanja saya buku CONTENGAN JALANAN kan?? Hehe..
Tapi if poket ang pun kering cam kte, sy sdg bharap angah sy akan beli, walaupun terpaksa la tunggu turn nak baca nampaknya..
n if worse come to worst, i amik feel baca blog Hlovate pun jadi la...(n again pujuk diri sendiri)

Sinergi? Awak pun sy tangguh dulu la ye. Sebab? Xde org promote buku ni dgn semangatnya lagi pd saya. Hilal, don’t worry, I’ll always follow ur Langit Ilahi...

Tinggal 2 buku lagi. Em nak harapkan org lain beli buku ni, agak tipis la harapannya, except my abg azim n abg nizam rasa nak baca n beli buku2 ni. Tapi, abg nizam sy dok kat tengah lautan tu camne la nak beli kan? So, if harga awak berdua gila babas rendahnya n saya jumpa awak berdua, i’ll buy you. And plus; another special book for my very special mother! (buku apa ye? Any suggestion?)

Selesai~

Moral:
  1.        
  2. Jangan boros di awal sem.
  3.         
  4. Always prioritize things.
  5.     .   
  6. Buat kerja ikut tertib, akan lebih mudah.
  7.        
  8. Teruskan bercakap seorang2 (soliloquy), supaya anda sedar siapa anda.
~blogging tika waktu y diperuntukkan u ulangkaji subjek killer sudah suntuk. 
Kata org, jgn jd hamba exam. Kata org, idea bila dah dtg, tulis cepat2, nanti dia lari. 
Kata saya, xkan 24jam nak study? Hee..


Saturday, April 9, 2011

exam?

7 langkah y perlu dilakukan waktu study/revision week

1. kekalkan imej kejayaan: bayangkan suasana kejayaan
2. dekati sahabat2 y berfikiran positif
3. jauhi sahabat2 y berfikiran negatif
4. mulakan dgn api y kecil: kuasai subjek2/topik2 y ringan dahulu 
5. lakonkan imej kejayaan
6. kurangkan tekanan
7. doa sungguh2!



Cabarlah diri u melakukan y terbaik! 
Move anywhere as long as it is forward! 

all d best u semua y bakal menduduki peperiksaan/ujian/kuiz etc.

.