Wednesday, December 8, 2010

8 dis




8 disember 2007
8 disember 2008
8 disember 2009
8 disember 2010

Sunday, December 5, 2010

wahai insan...



Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..
menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..
bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..
sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..
wahai JIWA yang hitam dan berkarat..
perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..
wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..
kembalilah ke pangkal jalan..
sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..
biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..
 kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk BEREHAT dengan tenang di negeri Akhirat


Saturday, December 4, 2010

Please by D-Clique


Tried to find the light
Realized aint no light at the end of the tunnel
Took four years for this to be clear
That the war overseas is all about money
Sun don't shine, clouds of dust
Grass aint green, no one to trust
Take this hand don't let it go
My brother hold on
Just a little while
Grow up strong my little child
The future's in your eyes
These tears were meant to ascend into the sky
One billion wishes, ten million cries
One ummah attacked and still alive
This sacrifice, the tears we cry
And this is all I'm asking

(Chorus)
Please
Will you help this cause
Please
Will you help this feeling
Please
Will you stop this war
Please
Will you help my healing
Please
Down on both my knees
Please
Help me find the meaning
Please
Tell me it's not real
Please
Help me lift my spirit

Down on my knees, will I try to save my people
Bombs flying in the skies, now we running from the evil
Stronger than before so don't think that we're weak
So don't try to hold us down we getting up on our feet
Asleep in the mosque the Quran's in my hand
You gotta get through us before you take this land
Trying your hardest, making schemes and plans
But you never going to break us, united we stand
Push it to the limit, and step off my level
We fighting in the dark with the shadow of the devil
When the lights going to shine there's a score to settle
Take you down real hard with our bones and metal
Now listen to my lyrics as I keep hope alive
Praying for that day we got faith on our side
Power to survive, courage to arise
Take me by the hand and go toward the light now

(Chorus)

Got to hold my breath just to keep thinking bout it
My brothers are fighting their children are crying
The nights stay cold and the day filled with violence
We can't hold our silence, our people are dying



saje2

Saja nak mengisi kekosongan waktu ni. Nak rawat kesepian hati sekarang kot. (haha, jiwang)
Ye ah, baru balik kolej, tinggal keluarga kat rumah y sedang sibuk prepare u pkahwinan abang. Xsempat ak nak tlg hias bilik pengantin. Tp xpe. Jauhi hidup beralasan. Sekarang dah la sunyi sepi kolej ni, cuak gak dok bilik sorang2 ni.

Sepanjang cuti ni, (y plus minus sebulan je) Alhamdulillah sempat jugak mhabiskan beberapa buku: RT, bumi cinta, perang badar, n skang otw baca mukmin professional.

Ingat nak kongsi ngan korang pasal bumi cinta ni tp dsebabkan bumi cintaku hilang di pantai irama, n saya mhabiskan bc novel tu dgn mminjam buku abang y versi indon abis, 9t sy fikir2kan u kongsi bbrapa scene dlm novel tu. Secara synopsis teringkasnya, novel ni mceritakan tentang ayyas, seorang muslim y hebat y sedang mkaji islam d rusia. Kat rusia, dia terpaksa tinggal serumah dengan 2 orang perempuan; sorang ateis n sorang lagi yahudi. Pastu mmg banyak la ujian y datang terutamanya bkaitan dgn 2 prmpn ni. Tp ayyas ni sgt baik n bijak bhujah u betulkan pandangan non-muslim thadap islam. Prmpn yahudi tu agen zionis sebenarnya, n plan u tuduh ayyas sbagai pengebom berani mati. 2 b continued...hee. baca la, don’t worry, happy ending..:)

Ttg MP, lagi2 lah anda semua patut baca. Cuma, harganya mahal sikit. Aritu pun abg sy cam bising cket sebab buku keluaran TB( bkn nama sebenar..:)) mcm mahal sikit. Kan? Tp xpela, demi ilmu korbankan sikit duit tu. Tapi scr peribadi, ak rase TB patut turunkan harga2 buku keluaran diorang, barulah ramai orang beli n ilmu tu pun insyaALLAH tsebar kepada lebih ramai orang.. Kan, kan kan?


Sekarang dah December, dah nak abis taun 2010. Usia makin meningkat, harga minyak pun makin naik, n konfom2 harga barang lain pun naik kan...tp kematangan kita agak2 makin meningkat x? O cara berfikir kita makin kbudak2an?


~Sesi pengajian kali ni rasa lama sangat...sem depan lg panjang dr sem lepas. Harap2 sgalanya selesai dengan aman...~

Give to receive OR receive to give?

Rasulullah saw bersabda:
“sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seorang yang di dalam kesusahan nescaya Allah akan mudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seorang hamba selagi ia menolong saudaranya.”


Allah beri kita hidup supaya kita memberi kehidupan dalam hidup orang lain.
Allah beri kita harta supaya kita berkongsi bersama hamba-Nya yang lain.
Allah beri kita akal supaya kita beri buah fikiran pada tempat yang sepatutnya.
Allah beri kita cahaya supaya kita menerangi hidup mereka di sekeliling kita.
Allah beri kita ilmu supaya kita ajarkannya pada insan lain.
Allah beri kita masa supaya kita luangkannya pada jalan-Nya.
~GIVE MORE THAN U RECEIVE~


Takut untuk memberi kerana risau segalanya akan berkurangan?
“Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” 39:49
“(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).” 39:52
Percayalah,
apabila kita memberi, kita akan terus menerima.
Malah, akan bertmabah kurniaan dari-Nya.
~WHAT U GIVE U GET BACK~


Kita beri mereka sedekah, Allah panjangkan umur kita,
Kita mengajarkan mereka ilmu, Allah tinggikan kefahaman kita,
Kita luangkan masa kita untuk Islam, Allah kukuhkan kedudukan kita,
Kita kongsikan idea bersama mereka, Allah terus memberi ilham kepada kita...


Tak terhitung nikmat dari-Nya. Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur.
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” 16:78

Ikhlaskan niat hanya untuk-Nya, kerana
“Sesiapa yang memberikan pertolongan yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan pertolongan yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”4:85