Thursday, November 19, 2015

Kerja Ep 8: Ayah

Setting baru: Klinik kesihatan

Episod 8 baru, dah tukar latar tempat. Banyak lagi sebenarnya cerita di HRPZ II tapi biarlah jadi kenangan untuk diri sendiri sementara ini.

Bulan ni target nak pancing patient DMTAC awal2. Sebab utama, nak isi questionnaire QAP. Minggu lepas x berjaya tangkap seorang pun. Hari ni ada new case for Insulin, so cepat2 tarik jadi patient DMTAC.

Sedang counsel pak cik ni, rasa sayu sangat, Orang tua, mesti takut2 nak mencuba benda baru. Kita yang muda sikit ni pun takut juga rasanya kalau disuruh cucuk diri sendiri hari-hari kan? Pak cik ni tak malu untuk sembunyikan rasa takutnya untuk menggunakan insulin kali pertama. Hmm. Sebenarnya sepanjang counselling tadi aku teringat pada arwah ayah. Ayah pun once insulin user, patient yang sangat compliance dengan ubat-ubatnya, yang sangat peka dengan berapa RBS/FBS hariannya. Hmm. Episod Emergency couple kat TV9 tu pun skang tengah dalam mood perkabungan ayah Oh Chang Min, Aish. Rasa ralat tu masih ada, Ralat sebab tak sempat amik kisah pun pasal ubat-ubat ayah, pasal PD bla2. Dia pergi dulu sebelum aku mula berminat hal-hal ubat/ kesihatan. Allah ada aturan yang terbaik untuk hidup kita.

Berusahalah untuk menjadi anak yang solehah pada ibu bapa kita. Yang masih hidup atau sudah dijemput menghadap Ilahi. Dan di usia begini, mungkin banyak yang sedang kita fikir tentang baitul muslim yang bakal dibina, namun sesekali jangan dilupa baitul musim yang sedang kita diami sekarang. Sama-sama berusaha untuk menjdai lebih baik. Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." [an-Nisa: 1]

Terima kasih kepada pesakit ini dan anaknya, Bapak borek, anak rintik. Pakcik yang sangat merendah diri, anaknya juga sangat bersopan-santun. Moga lebih ramai umat manusia yang memiliki akhlak2 murni sebegini.

Ps: Lama sangat kat draf, dari awal mula QAP sampai sekarang dah tutup kitab QAP dah; and dari sebelum kahwin sampai dah kena cepat2 ready jadi ibu dah. ~~'

Sunday, June 14, 2015

Hidup Ep 1: Jangan tengok sekadar tengok

"Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."
(ar-Ra'd: 4)

"Cantiknyaaaa."
Senyuman tak lekang dari bibirku tatkala melihat bunga-bunga indah di sekeliling. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Tuhan. Cantik di mata; tenang di hati.

Insan di sebelah turut tersenyum. Tapi punya maksud yang berbeza. "Cantik. Tapi kalau kita tahu apa yang membuatkan bunga-bunga tu jadi cantik untuk dipandang, mesti lagi best."

Segera aku tolehkan kepala melihatnya. Dari tadi aku dapat rasakan dia tidak begitu senang  dengan keterujaanku pada keindahan mahkluk-makhluk ini.
"Jangan tengok, sekadar tengok. Sama je la kita dengan diorang tu kalau macam tu. Tengok bunga-bunga cantik, amik gambar, kemudian balik." katanya sambil memandang pada pelancong-pelancong di MARDI Cameron Highlands yang kebanyakannya sejak dari tadi tak berhenti menggunakan smart phone masing-masing untuk memotretkan memori mereka di situ.

"Jom, kita pergi cari pekerja sini tanya pasal pokok-pokok ni. Barulah kita boleh belajar sesuatu." Segera dia melangkah, memimpinku sambil mencari sosok-sosok tubuh yang boleh memberi makan pada akal kami petang itu.

Allah tak cipta sesuatu itu sia-sia. Akal yang menjadikan kita makhluk istimewa jangan dibiarkan tandus dari menjalankan peranannya. Pandang sekeliling; buka mata seluasnya, sambil hati berzikir, tajamkan akal dengan berfikir. Hujung akal itu, pangkalnya agama.

Tempat dapat banyak ilmu bila mula apply apa yang diajar. Terima kasih anda yang mengingatkan. :)


Bacaan tambahan: http://islamquest.net/id/archive/question/id21731

Sunday, February 1, 2015

Random

Laptop rosak.
Tak syok nak update blog.
Walhal banyak benda nak dikongsi.
Masa lapang pun banyak.
Tapi...
Laptop kat kedai.
Ntah apa diagnosis, Dr.Comp tak sempat review lagi.
Hmm.

Nampak tak, aku bosan.
Fikir, fikir dan fikir.
Risau itu, risau ini.
Eh Asma, fikir dan risau tu buang masa.
Kalau lansung tak hasilkan aksi.

Kagum dengan bonda,
24 jam sehari tak pernah duduk saje.
Ada je projek dibuatnya,
Otak ligat memikir segala,
Sampai kadang sakit kepala.

Rindu pada ayahanda,
Lama tak dengar berita,
Banyak benda adik nak cerita,
Banyak perkara adik nak tanya kenapa,
Ahh, dah tetiba habuk masuk mata.

Teka, sebenarnya aku kenapa?