8.35pm
020414
Bismillah.
Misi menyiapkan 1 entry minggu ni bermula. (Saja catat tarikh mula menulis nak tengok berapa lama draft ni akan terpublish)
Sesuka hati membahagikan setahun PRP ni kepada 3 Fasa dan Alhamdulillah dah mula melangkah ke Fasa 2. Fasa clinical yang critical. Mula dengan TPN, lepas TDM dan terakhir Ward di kala orang meriah dengan pesta Ibadah n pesta makanan sepanjang Ramadhan n Syawal. Harap2 masih sempat melalui Ramadhan dengan bahagia yang sangat-sangat dirindui suasananya.
Sejujurnya, cuak tahap dewa nak masuk station TPN. Sebab? Selalu tengok kengkawan 'kena' dengan bos2 ni. Alhamdulillah, ada kawan berkongsi tips untuk tackle bos. Tips pertama, banyak baca al-Fatihah and tujukan pada dia. Sunnah? Tak pasti. Tapi teringat ada satu kisah yang Allah sembuhkan penyakit seseorang ni bila ada sahabat Rasulullah bacakan Al-Fatihah kepadanya dan benar2 berharap Allah sembuhkan penyakitnya. Maka dengan izin Allah, sembuh la penyakit insan ini atas satu surah yang semua yang mengaku Muslim wajib hafal kan. Tips kedua, yakinlah Allah yang pegang hati manusia, jadi mintalah pada Allah agar ditenangkan hatinya dan hati kita bila bekerjasama (nak guna perkatan bersama instead of bekerjasama tu tapi cam boleh mendatangkan fitnah plak, ~~).
Tajuk tu aku pilih bila sejujurnya agak 'sakit' dengan persekitaran kerja sekarang. Beza sungguh, suasana belajar dan kerjaya. Waktu belajar, dalam beribu-ribu pelajar, kita boleh memilih dengan siapa ingin kita bergaul untuk membina peribadi kita. Ya. Tanpa menafikan keperluan untuk tetap berhubung dengan insan-insan lain yang mungkin pilihan hidupnya sedikit berbeza dengan kita. Berada dalam dunia kerjaya, pilihan untuk memilih persekitaran bukan lagi milik kita. Sekarang, masa untuk membentuk persekitaran kita dengan segala kudrat, ilmu, kefahaman yang Allah pinjamkan untuk kita.
Jujur, aku tak gagah untuk bersendiri.
Sukar, untuk menghentikan manusia2 yang kelaparan memakan daging saudaranya sendiri dalam keadaan mereka sedar mahupun tidak.
Payah, untuk menghentikan penindasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di depan mata bilamana sang penguasa sendiri mungkin tidak menyedari mereka sudah melakukan kezaliman.
Tak ditegur? Bukan semudah itu.
Ego yang tak mudah ditunduk, nafsu yang tak mudah dijinak, syaitan yang tak mudah diendah sentiasa berada di sisi.
Allahu, kuatkan aku, kuatkan kami. Jangan jadikan hidup ini sia-sia hanya kerana persekitan sebegini.
Nahi mungkar tak semudah belanja manusia makan nasi.
Beralasan? I am. Tapi ini bukan alasan untuk aku putus asa. Allah sangat tak suka orang yang putus asa, Dia ada kenapa tak minta tolong?
Beberapa bulan berbaki, moga aku tak semudah itu untuk dipengaruhi persekitan negatif. Dan aku lebih kuat untuk membentuk persekitan positif.
Doakan aku.
Sekarang baru faham kenapa kak murni keep reminding me untuk jadi kuat menghadapi perangai rakan2 sekerja.
P/s: Percayalah setiap manusia ada sisi baik yang lebih enak diceritakan berbanding sisi gelapnya. Kalau kita tak suka aib kita dibuka/ ditayang/ dicanang satu alam semesta, kenapa masih memilih kelam berbanding cahaya?
#Rasa banyak kali guna perkataan TAPI sejak bekerja ni. Perkataan yang sangat tak disukai sebelum ini. Ya Rabb, jauhkan aku dari hidup beralasan. :(
9.16pm
020414
(Dah boleh sambung study TPN, Esok bos tak pergi training tenis Asma. 1st week je dia rajin nak mengajar, 2nd week bersedia untuk bom2 soalan A-Z. Periodic table pun nak kena khatam balik ni. ~~)
No comments:
Post a Comment