Sunday, February 2, 2014

SPM: Memburu syahid


Bismillah. Berkongsi; untuk jadi peringatan buat diri, juga harapnya menjadi saham suatu hari nanti.

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk duduk bersama berbincang dengan sahabat-sahabat di bawah naungan kasih sayang-Nya. Walaupun usrah ini hampir saja dibubarkan, segala puji bagi Allah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk kami untuk sama-sama membina taqwa dalam diri.

Taaruf, slot yang tak pernah terpisah dari usrah. Dan hari ini Naqibah minta kami perkenalkan diri berkaitan latar belakang pendidikan dari awal pra sekolah hingga sekarang. Awalnya, semua sekadar bercerita, bergelak ketawa mengingat zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni. Tanpa sedar slot yang sangat simple ini membawa satu konklusi yang sangat bermakna buat kami;
“Dengan latar belakang yang berbeza, Allah menyatukan hati-hati kita di atas satu kefahaman yang sama. Maka, hargailah pilihan Allah, jangan sesekali sia-siakannya.”

Ya, hakikatnya Allah yang mentarbiyah kita dari dulu hingga kini. Bukan asal-usul keturunan yang Allah lihat, bukan pendidikan awal yang Allah lihat, harta mahupun rupa juga tidak. Sungguh, tak tercapai akal kita mengapa kita yang menjadi pilihan Allah. Apakah penting alasan menjadi insan terpilih itu lebih penting berbanding membuktikan kita sememangnya layak terpilih? 

Dan sebagai tips untuk para nuqaba sekalian, untuk menambah keberkatan dalam usrah, elok kiranya untuk ahli usrah dan nuqaba bertadarus semasa usrah. walaupun hanya beberapa potong ayat al-Quran. Ayat2 al-Quran tu menenangkan kan? :)

Usrah kali ini, kami sama-sama membedah buku Sehingga Pemuda Mengerti karya Dr Abdullah Nasih Ulwan -highly recommended to be read. Sekarang dah masuk ke syiar terakhir yakni mati di jalan Allah cita tertinggi kami. 
Tertanya2 cara untuk realisasikan cita2 ni? Jika disimpulkan dari buku ni, caranya sangat mudah;
1. Berdoa setiap kali usai solat agar Allah menganugerahkan mati syahid.
2. Bertindak bertepatan dengan cita-cita ini.

Nampak mudah, tapi malangnya yang no.1 tu pun aku tak lepas. :'( Jarang-jarang sekali berdoa memohon syahid lepas solat. Husnul khatimah mungkin. Tapi Rasulullah SAW sendiri pun ajar, dalam berdoa, mohon yang terbaik. Jika meminta syurga, mohonlah syurga Firdaus, tapi kenapa bila memohon husnul khatimah, seakan kita lupa yang syahid itu pengakhiran yang paling mulia? Mungkin kerana wujudnya persepsi memohon syahid ini seolah memohon disegerakan kematian yang tidak sesiapa pun ingin diawalkan walau sedetik? Atau mungkin hakikatnya kita tahu kita bukan sedang berjuang tapi sekadar berpura-bura berada di atas jalan juang yang dilaung-laungkan ini sehingga tak berasa layak untuk digelar syuhada? Allah...

Bila bercerita tentang syahid, masih hangat kiranya cerita tentang Ahmad Ammar, rakyat Malaysia yang memburu syahid dengan caranya sendiri. Atau mungkin, cerita tentang Asma Beltaji, puteri Dr Mohamed Beltaji pemimpin Mesir lebih menarik hati? Di mana pun kita,siapa pun kita, tak mustahil untuk kita syahid bukan? Yang penting, kita mengotakan janji kita untuk berjihad di jalan-Nya. Asalkan tindakan kita seiring dengan kata-kata, menuju makbulnya doa.

"Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu, sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah. Mereka berkata: "Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?". Katakanlah: "Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah". Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: "Sekiranya ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini". Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati."
[3: 154]

Tiada sesiapa akan terlepas dari mati sebanyak mana usaha yang dilakukan untuk mengelak darinya. Lebih parah, tiada sesiapa yang boleh menangguh kematiannya hanya kerana alasan picisan  "aku belum bersedia." Dan hakikatnya cara kita hidup menentukan cara kita mati nanti. (ntah2 sesaat je lagi 'nanti' tu. Gulp)

Pernah seorang Ustaz berdoa di majlis hari lahir seseorang dengan doa;
"Ya Allah, jadikan hari kematianku hari yang paling bahagia buatku.."
Amin. Amin. Amin Ya Rabb. Moga2 dengan cara yang paling mulia kita pergi menghadap Sang Pencipta. 
Ada bait syair yang sangat menyentap hati bila dibaca dalam buku ni yang berbunyi;
"Sakitnya maut, jika mati di dalam perkara yang hina, sama rasanya jika mati di dalam perkara yang agung."

Sebagai penutup, naqibah mengajak kami sama-sama bermuhasabah akan niat sebenar kami menyertai gerakan Islam ini. Adakah kita punya tujuan atau kepentingan lain sehingga berdoa memohon syahid seolah tiada dalam kamus hidup? Allahu..Ikhlaskan kami dalam melakukan apa sahaja selama hidup ini hanya untuk-Mu Ya Allah.

#Berminggu-minggu terperap sebagai draft. Banyak lagi kisah menarik sepanjang usrah sebenarnya, tapi tak mampu nak kongsi semua. Try cari and attend usrah sekali, korang akan faham kenapa aku boleh down gila sebab berbulan tak dapat pergi usrah. ~~' Satu lagi, baca post ni sambil dengar lagu 'Bila Tiba' by Ungu syok gak. :)

1 comment:

atim said...

:'(
jzkk for the tazkirah