Thursday, September 19, 2013

Syarat

"Cikgu: Lepas dah baca iqra, dah habis tulis baru cikgu bagi main.
Anak-anak murid: Ok...
Syahmi: Syahmi maghi awal hari ni, saya baco dulu deh cikgu.
Elisya: Cikguuu, nak baca.
Fiqa: Syahmi2, aku baco lepas mu deh."

Ini situasi biasa dalam kelas. Walaupun kadang-kadang (read: selalu) kanak-kanak ni akan suka-suki je main tanpa diorang perasan diorang dah melanggar syarat yang ditetapkan oleh cikgunya.

Hmm, tetiba perasan sesuatu.
Kita suka meletakkan syarat untuk sesuatu. Kan?
Situasi di atas salah satunya.
Itu belum termasuk syarat-starat 'kartun' admin2 page kat FB yang berusaha nak dapatkan banyak like/ share untuk bahan yang di'updatenya di FB.
Biasa baca ayat-ayat ni kat mana-mana? ~~
"Jangan scroll ke bawah sebelum anda like gambar ini."
"Jika kamu sayang Allah dan Rasul, like gambar ini."
"Like tanda setuju. Share tanda sokong."
Dan sebagainya la. Lama dah x nampak, agaknya semua pages ni aku dah hide kan.

Syarat paling common kat dunia ni;
Tua menjadi syarat mati.
Kaya menjadi syarat bahagia.
Degree menjadi syarat nikah.

Mungkin ini semua biasa.
Ya, kerana kita manusia.
Ada kemahuan, ada kehendak yang sentiasa ingin dipenuhi.
Tapi pelik bila segala syarat ini seolah-olah menjadi sesuatu yang wajib sehingga menolak takdir Tuhan yang menentu segalanya.
Lupa Allah itu Maha Kuasa?
Bila ada yang berani mempersoalkan syarat-syarat yang kita tetapkan untuk mereka memperoleh sesuatu, pasti kita melatah.
Bagaimana pula bila syarat yang Allah letakkan untuk kita peroleh kebaikan di dunia dan di akhirat sering kita endahkan?
Adakah  masih layak syurga-Nya untuk kita?


*Kita hamba. Jangan buat kerja Tuhan. T_T