"Sesuatu barangan itu bernilai bukan bergantung kepada barangan,tetapi keadaan menentukan nilainnya.Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa,namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan.Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa.Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat,yang semua tiada bernilai melainkan pahala.Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana,maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.Senyum pagi pagi."-Tuan Ibrahim Tuan Man-
Bijak dalam menilai |
Bukan semua perkara yang layak untuk kita menentukan harganya.
Kalaupun layak, ia tak mudah.
Harga sesuatu perkara itu mungkin berbeza mengikut individu yang menilai perkara tersebut.
Berapa kita sanggup bayar untuk sihat?
Berapa kita sanggup bayar untuk hidup?
Berapa kita sanggup bayar untuk bahagia?
Hakikatnya, kita yang meletakkan nilai kepada sesuatu perkara.
Jadi, betulkan diri dan hati kita dalam memberi nilai kepada sesuatu.
Nilailah sesuatu mengikut neraca iman.
Semoga kelak bahagia kita bukan hanya di dunia, malah di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment