Thursday, September 27, 2012

K.A.K.A.K

Salam.

Susah rupanya jadi seorang kakak. patut la Allah takdirkan aku untuk ada seorang adik kandung. Itupun aku rasa tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada adik kandung ni masih ringan kerana berkongsi rasa bersama kakak-kakak dan abang-abangku yang lain.

Berbeza keadaan di kolej. Menjadi seorang kakak kepada belasan atau puluhan adik memang menyeksa jiwa. Risau dengan perjalanan akademik mereka yang pasti semakin mencabar; gerak kerja yang takkan pernah putus dan pelbagai tekanan dari pihak lain yang pasti datang silih berganti. Gelisah. Bimbang. Buntu. Aku dah tak tau apa yang aku mampu buat untuk bantu mereka.

Maaf adik-adik, hanya doa yang akak mampu untuk terus berikan. Dan akak percaya adik-adik dah cukup kuat untuk hadapi semua dugaan dan cabaran dari Dia.

Cukuplah kerisauan ini untuk menggugat jiwa. Aku dah cukup serabut. Bila ada hal-hal lain yang remeh dan kecil cuba dibesar-besarkan, maaf; aku rasa anda dah cukup dewasa untuk selesaikannya. Hadapi masalah untuk diselaikan; bukan untuk dipanjang-panjangkan.

Cuba untuk senyum. :)

*Bila dah sampai post kat sini, memang aku dah sampai peringkat SERABUT TAHAP DEWA!
Tenanglah wahai diri. Allah kan ada. :)

6 comments:

fatih said...

achik!

fassobrun jamil! :)

^_^y

.:: نورحبيب ::. said...

i'm not sure ape yang diserabutkan...

klu kita pegang status kita sebagai kakak, abang, mak, ayah atau segala jenis pangkat, skop kerja kita dah jadi limited

BUT

klu kita pegang status Hamba Allah,objek dakwah. kita akan melaksanakan apa jua tindakan tanpa ada mengurangi hak sesiapapun baik dia kaya, miskin, cantik, hodoh, berpangkat, hina or dll
sebabnya 1..
kuntum khairuummatin ukhrijat linnas

kita dilahirkan untuk manusia
dan manusia itu dilahirkan dengan pelbagai ragam. kita duduk juga dinegeri yang namanya manusia. bukan negerinya para malaikat.

jadi bisa2x saja kita diserabutin dengan masalah manusia.

kitahamba said...

terima kasih awak berdua.. :')

@nur Habib;
hamba Allah-objek dakwah? explain sikit..

.:: نورحبيب ::. said...

hamba Allah dan objk dakwah adalah 2 makna berbeza

if hamba Allah, rase nye dh faham.

ekceli, diri kita, jasad kita, jiwa kita adalah objek pada dakwah

cm kita ckp td kuntum khairu ummmatin ukhrijat linnas 3:110

ukhrijat klu kata dasarnya khoroja bermakna keluar. keluarnya kita dari perut mak, kita dilahirkan untuk manusia.

apa yang kita dapat buat untuk manusia klu bukan berdakwah.

selaunya org x kn fikir, apa relatenya kita dan manusia.

pemikiran orang sekarang 'hidup kau, hidup kau. hidup aku, hidup aku' this is absolutely pemikiran sampah yang patut di buang.

disebabakn sikap individualistik macam ni, tahap akhlak masyarakat islam skrg ni di paras yang hampir fatal.rasa hidupnya untuk dirinya sendiri sehinggakan kita diprovokkan oleh kafir laknatullah dengan pelbagai perkara termasuk penghinaan terhadap Rasulullah.

kenapa kafir sesuka hati buat mcm tu?
sebab orang islam ni lemah. x bantu yang lain

objek dakwah, bertepatan dgn 3:110. kita dilahirkan untuk manusia ekceli. untuk seru kepada mereka ke jalan yang benar. klu bukan kita semua yang sedar hakikat ini, maka siapa lagi nak meneruskan sunnaturasul yang terbesar iaitu berdakwah

Anonymous said...

Salam.
Xtau nak cakap ape sbb xpaham secara detail situasi ug sebenar...huhu
Pape pun, sabarlah dalam apa jua perkara yg mendatang.
Teruskan berdakwah & berkhidmat utk adik2... :)

p/s: kdg2 klu saya tgk orang yg saya kagumi tu still boleh cool dan tenang dlm apa jua situasi, saya secara tidak langsung akan ter'inspired' & itu pun dah cukup bg saya. cubalah tunjukkn cool face di depan adik2 supaya diorang pun akn ter'inspired'dan dlm masa yg sama diorang boleh berfikir dan cuba berfikiran matang dan boleh menyelesaikan masalah diorang sendiri

kitahamba said...

trimas anda berdua.
really appreciate it. rajin2 la nasihat diri yang lemah ni..