Sunday, June 24, 2012

report card

aku terduduk di sejadah. lama. lama sungguh sampai aku tak teringat untuk bersalam dan meminta maaf dengan imamah di sebelah. kami berdua je solat malam tu. dengan hujan yang agak lebat walau sekejap, aku rasa hati ni sayu sangat saat mendengar doa-doa yang baru aku aminkan tadi. 


hari ni dah 2 Syaaban. Nisfu Syaaban tinggal 13 hari je lagi. bersedia ke untuk 'report card' nak dihantar? kita selalu nak dapat balik report card tu dengan tangan belah kanan tapi kita bersedia ke dengan apa yang kita harapkan tu?Allah, banyaknya dosa aku. Aku malu; aku takut kalau-kalau semakin meningkatnya umur ni, aku makin menyibukkan Si Pencatat di sebelah kiri berbanding yang sebelah kanan. jangan Ya Allah. Ampunkan kami Ya Allah dari segala dosa yang kami lakukan kecil mahupun besar; yaang kami sengaja lakukan mahupun tidak; atau yang kami lakukan dalam keadaan sedar ataupun tidak.


usai bersalam, cepat-cepat aku bangun untuk solat rawatib. mula doa sungguh2 lagi. doa dalam solat tu kan mustajab. lagi-lagi waktu hujan macam ni. aku rasa imamah tadi pun buat benda yang sama. abis solat, niat aku memang tak nak tinggalkan imamah yang tercinta ni sorang-sorang kat surau tu. tapi keadaan diri tak mengizinkan. dada aku dah sesak. aku perlu bersendiri. balik bilik terus aku bukak al-Quran. mata tertumpu pada ayat yang aku dah pernah highlite walaupun itu bukanlah page sepatutnya aku baca kalau ikut penanda. 


Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.  21: 1


beristigfar panjang aku. Rasulullah SAW dah pernah ingatkan orang yang paling cerdik is orang yang selalu ingat mati AND BERSEDIA UNTUK MATI. tapi kita buat tak ikut apa yang Rasulullah SAW pesan tu? kalau kita betul berpegang pada pesanan ni, aku rasa cukuplah tu sebagai motivasi untuk kita jadi A VERY PRODUCTIVE MUSLIM. tapi mungkin keimanan kita pada pesanan ni masih goyah, so kita memang kena selalu  diperingatkan.


kalau orang tanya kita sekarang dah bersedia ke nak jawab soalan exam esok; mungkin kita boleh cakap ya, Insyaallah or Alhamdulillah tapi agak-agaknya kalau orang tanya kita dah bersedia ke nak mati esok agak-agak apa reaksi kita? aku pulangkan pertanyaan ni pada korang and diri aku sendiri untuk apa patut kita buat bila dah sedar tak lama dah kita akan naik kereta mayat tu.. kat sini ade sikit tips u kita: mati itu pasti


andai kata mungkin masa aku untuk naik kereta mayat lagi dekat dari korang, aku mintak maaf banyak-banyak ye pada semua. aku sedar aku banyak buat salah pada korang, tak kisah la yang baca blog aku atau tak tapi tolong-tolong la sampaikan pada semua ye; aku mintak maaf. aku mintak maaf. aku mintak maaf. mintak halalkan segala benda yang aku mungkin terambik, terguna etc. 


*update lagi. kan aku dah kata BF mampu meransang otak aku ligat berfikir macam2. heh. korang nak try amik? aku boleh photostat nota. ~~
**manusia selalu lupa. ingatkan aku selalu kawan yang dunia ni sementara je. 

3 comments:

ME said...

jzkk asma:)

nk share kt fb blh?

rindu bangat sama kamu~ bila hbis xm <3

kitahamba said...

boleh je atim. :)

rindu jugak! aritu jumpa teha kat surau a..atim xdatang?

baru bercerai dengan BF ni. xnak jumpa dia dah. huhu. satu lagi paper; khamis ni..

ME said...

huhu...masa tu xleh nk dtg. insyaAllah ahad ni g lg... masa tu asma da blik ke?