Sambil menyeru mood study BF datang, berusaha aku try connect to Jaring o Tetamu yang kejap muncul kejap hilang untuk melepas geram pada diri sendiri. sabar je la. Ya Allah, aku nak dating dengan BF yang satu ni sungguh2 waktu ni. sebab dah nak ceraikan dia by abis paper ni (nampak sangat niat tak betul kan?). adeh! tapi serius la 2-credit hour subject ni memang dah buat aku pening2 lebih dari study subjek 4-credit hour tau. T_T
Tapi a good thing about this subject, dia buat blog tercinta ni x sunyi n bersawang macam dulu. heh. Maksudnya dia berjaya la buat aku pikir macam2 benda yang aku rasa aku tak terfikir pun untuk fikir dalam keadaan normal (kira skang ni aku ada dalam fasa paranormal la kot ;) ).
Sedang study sambil menyeru mood study sampai balik, aku treingat aku pernah teruja dengan satu ayat dalam Al-Quran aka doa yang aku selalu lupa nak share ngan orang lain. so, aku share kat sini la eh sementara aku ingat.
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku" 17:80Kalau korang tengok explanation kat tafsir korang (tengok skang! sambil tu boleh baca doa ni) ade terangkan sikit doa ini untuk apa.
1. memohon kepada Allah agar kita memasuki sesuatu ibadah dan selesai daripadanya dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan serta bersih dari riak dan dari sesuatu yang merosakkan pahala.
2. ayat ini juga mengisyaratkan kepada Nabi agar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
3. dan ada juga yang mentafisrkan memohon kepada Allah agar memasuki kubur dengan baik dan keluar daripadanya ketika hari berbangkit dengan baik pula.
Dalam keadaan aku skang ni, kiranya penerangan pertama tu yang paling dekat di hati. Betul la niat tu selalu kena refresh. Sebagaimana korang selalu me'refresh dekstop korang bila laptop korang slow semacam; macam tu la korang kena selalu refresh niat korang bila feel nak mendekati Dia tu dah makin pudar.
Paper sebelum ni buat aku come out dengan satu resolusi iaitu selalu kena cari sebab kenapa aku kena EXCEL. Dalam apa pun. Ya, supaya bila aku berjaya tak lah aku riak macam yang disebut dalam penerangan pertama ayat aku share kat atas tu. And resolusi paper ni rasanya aku bersetuju untuk amalkan doa ni selalu. Insyaallah. Jom buat sama-sama? Kita kan nak masuk syurga sama-sama kan? :)
Oh lupa, aku belum buat statement untuk perbetulkan niat aku dating dengan BF ni.
Ya Allah, ajarkan kami ilmu Bioteknologi Farmaseutikal ni supaya kami dapat aplikasikannya dalam pembangunan bidang Farmaseutikal. Jadikanlah ia sesuatu cabang dalam bidang Farmasi yang dikuasai oleh Umat Islam supaya umat Islam mempunyai pilihan dalam memilih ubat-ubatan yang diperbuat daripada sumber yang jelas kehalalannya. Jadikan kami bertambah-tambah keyakinan terhadap kekuasaan-Mu dalam mencipta segala makhluk ini pasti dengan tujuan yang tertentu tidak kiralah dari sekecil-kecil makhluk hingga sebesar-besar makhluk cipataan-Mu. Maha Suci Engkau Ya Allah...

No comments:
Post a Comment