Sunday, June 24, 2012

report card

aku terduduk di sejadah. lama. lama sungguh sampai aku tak teringat untuk bersalam dan meminta maaf dengan imamah di sebelah. kami berdua je solat malam tu. dengan hujan yang agak lebat walau sekejap, aku rasa hati ni sayu sangat saat mendengar doa-doa yang baru aku aminkan tadi. 


hari ni dah 2 Syaaban. Nisfu Syaaban tinggal 13 hari je lagi. bersedia ke untuk 'report card' nak dihantar? kita selalu nak dapat balik report card tu dengan tangan belah kanan tapi kita bersedia ke dengan apa yang kita harapkan tu?Allah, banyaknya dosa aku. Aku malu; aku takut kalau-kalau semakin meningkatnya umur ni, aku makin menyibukkan Si Pencatat di sebelah kiri berbanding yang sebelah kanan. jangan Ya Allah. Ampunkan kami Ya Allah dari segala dosa yang kami lakukan kecil mahupun besar; yaang kami sengaja lakukan mahupun tidak; atau yang kami lakukan dalam keadaan sedar ataupun tidak.


usai bersalam, cepat-cepat aku bangun untuk solat rawatib. mula doa sungguh2 lagi. doa dalam solat tu kan mustajab. lagi-lagi waktu hujan macam ni. aku rasa imamah tadi pun buat benda yang sama. abis solat, niat aku memang tak nak tinggalkan imamah yang tercinta ni sorang-sorang kat surau tu. tapi keadaan diri tak mengizinkan. dada aku dah sesak. aku perlu bersendiri. balik bilik terus aku bukak al-Quran. mata tertumpu pada ayat yang aku dah pernah highlite walaupun itu bukanlah page sepatutnya aku baca kalau ikut penanda. 


Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.  21: 1


beristigfar panjang aku. Rasulullah SAW dah pernah ingatkan orang yang paling cerdik is orang yang selalu ingat mati AND BERSEDIA UNTUK MATI. tapi kita buat tak ikut apa yang Rasulullah SAW pesan tu? kalau kita betul berpegang pada pesanan ni, aku rasa cukuplah tu sebagai motivasi untuk kita jadi A VERY PRODUCTIVE MUSLIM. tapi mungkin keimanan kita pada pesanan ni masih goyah, so kita memang kena selalu  diperingatkan.


kalau orang tanya kita sekarang dah bersedia ke nak jawab soalan exam esok; mungkin kita boleh cakap ya, Insyaallah or Alhamdulillah tapi agak-agaknya kalau orang tanya kita dah bersedia ke nak mati esok agak-agak apa reaksi kita? aku pulangkan pertanyaan ni pada korang and diri aku sendiri untuk apa patut kita buat bila dah sedar tak lama dah kita akan naik kereta mayat tu.. kat sini ade sikit tips u kita: mati itu pasti


andai kata mungkin masa aku untuk naik kereta mayat lagi dekat dari korang, aku mintak maaf banyak-banyak ye pada semua. aku sedar aku banyak buat salah pada korang, tak kisah la yang baca blog aku atau tak tapi tolong-tolong la sampaikan pada semua ye; aku mintak maaf. aku mintak maaf. aku mintak maaf. mintak halalkan segala benda yang aku mungkin terambik, terguna etc. 


*update lagi. kan aku dah kata BF mampu meransang otak aku ligat berfikir macam2. heh. korang nak try amik? aku boleh photostat nota. ~~
**manusia selalu lupa. ingatkan aku selalu kawan yang dunia ni sementara je. 

doa untuk khusyuk

Assalamualaikum wbt.


Sambil menyeru mood study BF datang, berusaha aku try connect to Jaring o Tetamu yang kejap muncul kejap hilang untuk melepas geram pada diri sendiri. sabar je la. Ya Allah, aku nak dating dengan BF yang satu ni sungguh2 waktu ni. sebab dah nak ceraikan dia by abis paper ni (nampak sangat niat tak betul kan?). adeh! tapi serius la 2-credit hour subject ni memang dah buat aku pening2 lebih dari study subjek 4-credit hour tau. T_T


Tapi a good thing about this subject, dia buat blog tercinta ni x sunyi n bersawang macam dulu. heh. Maksudnya dia berjaya la buat aku pikir macam2 benda yang aku rasa aku tak terfikir pun untuk fikir dalam keadaan normal (kira skang ni aku ada dalam fasa paranormal la kot ;) ).

Sedang study sambil menyeru mood study sampai balik, aku treingat aku pernah teruja dengan satu ayat dalam Al-Quran aka doa yang aku selalu lupa nak share ngan orang lain. so, aku share kat sini la eh sementara aku ingat.




Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku" 17:80
Kalau korang tengok explanation kat tafsir korang (tengok skang! sambil tu boleh baca doa ni) ade terangkan sikit doa ini untuk apa.

1. memohon kepada Allah agar kita memasuki sesuatu ibadah dan selesai daripadanya dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan serta bersih dari riak dan dari sesuatu yang merosakkan pahala.
2. ayat ini juga mengisyaratkan kepada Nabi agar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
3. dan ada juga yang mentafisrkan memohon kepada Allah agar memasuki kubur dengan baik dan keluar daripadanya ketika hari berbangkit dengan baik pula.

Dalam keadaan aku skang ni, kiranya penerangan pertama tu yang paling dekat di hati. Betul la niat tu selalu kena refresh. Sebagaimana korang selalu me'refresh dekstop korang bila laptop korang slow semacam; macam tu la korang kena selalu refresh niat korang bila feel nak mendekati Dia tu dah makin pudar.


Paper sebelum ni buat aku come out dengan satu resolusi iaitu selalu kena cari sebab kenapa aku kena EXCEL. Dalam apa pun. Ya, supaya bila aku berjaya tak lah aku riak macam yang disebut dalam penerangan pertama ayat aku share kat atas tu. And resolusi paper ni rasanya aku bersetuju untuk amalkan doa ni selalu. Insyaallah. Jom buat sama-sama? Kita kan nak masuk syurga sama-sama  kan? :)





Oh lupa, aku belum buat statement untuk perbetulkan niat aku dating dengan BF ni.
Ya Allah, ajarkan kami ilmu Bioteknologi Farmaseutikal ni supaya kami dapat aplikasikannya dalam pembangunan bidang Farmaseutikal. Jadikanlah ia sesuatu cabang dalam bidang Farmasi yang dikuasai oleh Umat Islam supaya umat Islam mempunyai pilihan dalam memilih ubat-ubatan yang diperbuat daripada sumber yang jelas kehalalannya. Jadikan kami bertambah-tambah keyakinan terhadap kekuasaan-Mu dalam mencipta segala makhluk ini pasti dengan tujuan yang tertentu tidak kiralah dari sekecil-kecil makhluk hingga sebesar-besar makhluk cipataan-Mu. Maha Suci Engkau Ya Allah...

*semalam first time den tengok bola kat KTSN ni. heh. berusaha mem'pomen tv last2 streaming jugak. thanx alonso sebab buat saya boleh senyum sampai pagi. :)) 


Saturday, June 9, 2012

gift of a friend

lewat petang semalam tiba2 handphone di meja bergetar..
"Asma, dpt ur lit review. utk ofis dh hantar? if send saya apa2 or nak datang collect apa2 inform saya ya. takut tak perasan/lupa." -Puan Tengku Karmila
17:30, 8 Jun

err.. OFIS? tengok jam di tangan.. ofis konfom dah tutup. Allah.. kenapa aku tak tahu kena hantar kat ofis.? penat je berusaha siapkan awal2; last2 terlepas due jugak.
time ni betul2 berpegang dgn Allah yang pegang hati manusia. harap2 lecturer yang akan check my LR can consider my mistake. walaupun aku sendiri jujurnya tak boleh terima kesilapan macam ni. Aish, sabar je la.

konklusi?
manusia xboleh hidup sendirian;
lupa-leka-lalai; ubatnya kawan.

terima kasih pada semua yang masih menjadi kawan saya. ni ade a special song terdengar time tengok citer with my adik. :)



 Gift Of A Friend by Demi Lavato

Sometimes you think you'll be fine by yourself
Cause a dream is a wish that you make all alone
It's easy to feel like you don't need help
But it's harder to walk on your own
You'll change inside
When you realize

The world comes to life
And everything's bright
From beginning to end
When you have a friend
By your side
That helps you to find
The beauty you are
When you open your heart
And believe in
The gift of a friend
The gift of a friend

Someone who knows when you're lost and you're scared
There through the highs and the lows
Someone to count on, someone who cares
Beside you wherever you go
You'll change inside
When you realize

The world comes to life
And everything's bright
From beginning to end
When you have a friend
By your side
That helps you to find
The beauty you are
When you open your heart
And believe in
The gift of a friend

And when your hope crashes down
Shattering to the ground
You, you feel all alone
When you don't know which way to go
And there's no signs leading you home
You're not alone

The world comes to life
And everything's bright
From beginning to end
When you have a friend
By your side
That helps you to find
The beauty you are
When you open your heart
And believe in
When you believe in
When you believe in
The gift of a friend

*ni 1st time lambat anta asaimen. so perasaan terlebih sikit sampai boleh keluar satu entry kat blog.
**1st part of d song tu memang kena tepat kat dahi. ~~