Thursday, February 2, 2012

LANGKAH JANGAN MATI

penat. perjalanan amat memenatkan. lebih menyesakkan bila berjalan kaki tanpa henti. dahaga menari-nari di cornea mata. cuaca berubah-ubah. terkadang bahangnya menghanguskan si paus dilautan, dan ada ketika membuat unta digurun membeku. kakiku bagaikan tak mampu melangkah lagi. berjalan tanpa henti bertahun-tahun lamaya. sendi mula haus, hampir saja terkoyak urat-urat yang berselirat dalam tubuh. langkahku semakin perlahan. aku kepenatan. disogok dengan satu hentian rendang yang dibaluti selimut keselesaan, aku semakin perlahan melangkah.

MAMPUKAH AKU BERHENTI SEKETIKA???

bukahkah ini perjalanan yang jauh? berbondong-bondong temanku meluncur kehadapan tanpa berhenti. apa aku harus ikut mereka? tapi aku penat. penat dengan perjalanan ini. jalannya penuh batu, ditaburi duri. kakiku luka. aku perlu berhenti. teman-temanku yang awalnya bersilih tangan menarikku agar terus berjalan, kini telah jauh meninggalkan aku. aku rindu pada genggaman mereka. bayang mereka jauh dihadapan. aku keseorangan.

AKU PERLU BERHENTI!!!

biar aku merasa teduh pohon ditepi jalanan. biar aku hirup air di telaga yang payau itu. biar hilang sahara dahagaku. mungkin dihentian itu aku ketemu teman baru.? yang ingin memaku aku disaat lututku tak mampu bertahan? yang mengukir senyum dibibirku walau bah kesedihan melanda? mungkin? jadi aku harus berhenti! biar aku berhenti!

KEHIDUPAN INI LITAR

yang perlukan perhentian. saat kau letih menghadap terus ke hadapan, maka berhentilah seketika. hilangkan lelahmu. sembuhkan lukamu. cari teman baru yang mampu untuk terus menemanimu, membuatmu terasa bersemangat kembali untuk kembali ke litar. 

BERHENTI BUKAN KALAH

tapi satu terapi masalah. agar hasilnya lebih membanggakan. yang terbaik. kumpul semangat baru untuk menempuh litar. di perhentian itu, carilah kekuatan. isilah bekalan hikmah dan motivasi. agar tidak nanti terkontang-kanting ditengah litar-tempah semua insan terlalu sibuk untuk bertanya dan bermesra. buatlah pakatan, agar perjalanan punya warna-warni kehidupan. 

BIARKAN YANG LAJU SENDIRIAN

yang penting kau ada teman, kau ada Tuhan. jangan laju dilitar, tapi terlalu laju sehingga Tuhan kau sisihkan, teman kau lontarkan ke belakang. litar itu milik tuhan. kita milik tuhan. maka haruslah kita berhenti mencari terapi diri disaat letih disenjang perjalanan. carilah Tuhan. Dia tahu rosak kita, Dia tahu asal kita. Dia tahu betulkan kita.

PERHENTIAN ITU SATU KEMESTIAN
DISAAT KAU TERLALU LAJU DILITAR KEHIDUPAN
AGAR  KEMBALI MENGINGAT TUHAN
TIDAK LEKA DENGAN KEMEGAHAN

LITAR INI MILIK TUHAN
DIA TAHU MANA LENCONGAN
DIA TAHU KAU KELETIHAN
DIA TAWARKAN SEBUAH HENTIAN

SAAT KAKI LETIH DAN JEMU
HAMPARKAN SEJADAHMU 
HADAPKAN MUKAMU
KE ARAH PENCIPTAMU

JANGAN TAKUT UNTUK BERHENTI 
HANYA KERANA BIMBANG TIADA YANG MENANTI
KERANA ITU LITAR ILAHI
DIA PASTI MEMBUKA JALAN MENITI


"Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." [Al-A'raaf:205]

jangan pula kerana terlalu leka berehat dipohon rendang, anda terlupa untuk masuk ke gelanggang. itu lumrah insan. jadual perjalanan. pasport kemenangan.


#kerana terlalu ramai yang cakap post saya kebanyakannya tersirat, disini saya akan cuba terangkan sedikit maksud post diatas :)
litar saya ibaratkan kehidupan. semua insan berlumba-lumba untuk berada dihadapan. terlalu leka dengan perlumbaan, insan selalu lupa pada Tuhan dan teman yang seharusnya sentiasa berada disisi. 
hentian pula saya gambarkan sebagai amal ibadat dalam kehidupan. ia perlu ada untuk kita kutip kekuatan dai Tuhan. namun jangan pula jadikan ibadat satu alasan untuk tak mengejar dunia dan kembali beraksi dalam litar kehidupan.

http://abittersweetcupoflife.blogspot.com/
ni hasil karya seorang junior. sangat best. risau tiba2 dia rasa nak delete, so i abadikannya di sini. :)

3 comments:

ME said...

jzkk ats perkongsian
atim try buka blog tu. da xde katanye :(

kitahamba said...

dia da delete la atim..
try gak suh dia blogging balik tapi dia xnak. :(

ME said...

siyes best~ kalo dia xmo blogging da pun, leh bc dia nye entry yg lama2..sape tuh?