Kadang kita tahu, tapi kita tak mahu.
Kadang kita tak tahu, tapi kita mahu.
Dan kadang kita tahu, tapi kita biarkan ia berlalu.
Untuk tahu itu mudah,
untuk mahu kadang payah.
Namun yakinlah,
dengan izin Allah,
tautan ini mampu mengubah...
yang tidak tahu mula mengambil tahu,
yang tidak mahu berusaha menyingkir malu,
yang tahu terus mencari ilmu,
yang mahu kian memburu semangat baru.
Buat yang tahu jgn tinggalkan yang mahu,
dan yang mahu teruskan mencari yang tahu,
kerna kita tahu sebab apa kita dipertemu,
untuk sama-sama mengingati-NYA semahu- mahu.
Sesungguhnyanya kita tahu bahwa Dia tahu,
namun, tidak kita tahu apa yang Dia tahu.
Dan sungguh DIA Rabb Yang MAHA TAHU dan MAHU.
~Hasil karya: Sasterawati-sasterawati Surau Saidatina Aisyah, KTSN, UKM KL
No comments:
Post a Comment