Sunday, May 15, 2011

Hari Belia vs Hari Nakbah

Salam Satu Akidah.

Menjelang 15 Mei, apakah yang terlintas dalam fikiran sahabat-sahabat semua?
Hari Belia?
Hari Guru yang bakal berlansung keesokan harinya?
Hari Ibu yang baru sahaja diraikan pada hujung minggu yang lalu?
Ataupun Hari Nakbah?

Apa yang berlaku sempena Hari Nakbah?
Mungkin ada yang lebih mengetahui tentang pengisian-pengisian Hari Belia Negara iaitu seperti biasa; mini konsert, perutusan pemimpin-pemimpin negara, persembahan tarian dan sebagainya berbanding kisah duka di sebalik peristiwa Hari Nakbah.

Mari kita menyoroti sedikti sejarah di sebalik Hari Nakbah ini.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Kami tinggalkan sahabat-sahabat dengan beberapa soalan di sini.
Soalan yang perlu dijawab bukan dengan lisan mahupun tulisan tetapi dengan tindakan.
Adakah kita belia berfikiran glokal ataupun belia berfikiran global?
Adakah kita pemuda yang mencintai dunia ataupun pemuda mencintai akhirat?
Adakah kita pemimpin beragenda kecil ataupun pemimping beragenda besar?
Siapa kita? Peristiwa apa yang lebih kita utamakan?

Pada saat ramai belia kita sibuk dengan soal cinta dan hiburan, remaja Palestin sibuk berjuang mempertahankan Tanah Suci Umat Islam.
Wahai para belia, adakah kita pernah jenguk keadaan saudara kita di sana?
Apa khabar mereka?
Laparkah mereka?
Lenakah tidur mereka?
Usah tunggu lagi, mari kita cakna akan hidup mereka bersama-sama!

‎"Bermula keamanan dunia adlh dgn amannya Palestin, n bmula kcelakaan dunia adlh dgn celakanya keadaan d bumi Palestin. Harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam y bjuang u kembali kpd Islam y sebenar. Bukan negara-negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan. Mereka adalah bagai buih-buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung betapa beratnya. Sudikah setiap dari kita mendaftarkan diri sebagai Pejuang Islam untuk membebaskan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta Taqwa di dada anda."~Ustaz Nik Muhammad Abduh

Semoga kita sedar bahawa hidup kita bukan sekadar unutk bahagia di dunia sahaja tetapi untuk bahagia di dunia dan akhirat serta turut membantu ‘membahagiakan’ hidup insan lain juga.
Selamat Hari Belia.


I would like to be a flower which blossoms to full glory and dies,
than being a tree that never blossoms.
I would like to be a spark that burns with a brilliant blaze for a moment,
than being a light which cannot show the path to anyone.
I would like to be a superb meteor which carries a magnificent glow,
than being a sleepy and permanent planet.
I shall not waste my days in trying to prolong them.
I shall use them.
I am born to live, not to exist.

To exist is a chore,

To live is a choice.

p/s: thanx la adik berjasa sorang ni berusaha paksa akak tulis artikel ttg ni..nakal isn't a crime~~

Wednesday, May 4, 2011

Perkongsian dari Bengkel Penulisan Pendakwah Siri 2 [part 2]

assalamualaikum wbt...


Antara tips-tips berguna yang dikongsi bersama selain dalam entry yang lalu,

1.  Penulis perlu lebih tahu dari pembaca. Read one step ahead then your readers so that it will give impact to them. And to be on this level, it needs exercises and experience.

2.       You have to be an observer and analyser. Observe your surroundings. And think about the issues that you may come out with the observation critically.

3.       Be high taste. Evaluate the observations or the issues and think critically about that.

4.       Tanya diri sendiri, apakah perkara yang sedang kita lakukan ini sampai kepada sasaran kita? Berapa agaknya jarak antara kita dan mereka? Adakah kita sedang membina jambatan ataupun dinding dalam hubungan kita denngan mad’u kita?

5.       Dalam menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu tersebut, kita perlu faham mereka yang berlainan pegangan ataupun berlainan cara berfikir dari kita.
Kita perlu suka apa yang kita x suka, perlu paksa diri kita baca buku yang kita x suka, perlu pelbagaikan bahan bacaan kita.

6.       Akan menjadi susah untuk kita tulis something that can give impact to others if we aligned what we write to only the things that we want.

7.       Jangan terlalu taksub dengan proses tapi fokuskan pada output supaya kita boleh kembangkan lagi proses kita.

8.       Jadikan menulis itu satu tabiat supaya kita tidak kekok untuk menulis sesuatu yang bermakna. Budayakan menulis dalam apa jua situasi pun untuk memudahkan kita bila kita benar-benar serius dalam bidang penulisan ini. Istiqamah dalam menulis dan sesungguhnya bila kita menyukai untuk melakukan sesuatu perkara, lama kelamaan perkara tersebut yang akan ikut kita.


9.       Tersendiri. Bak kata Hlovate; “Create. Don’t imitate.” Iktiraf pengalaman sahabat-sahabat semua sebagai nilai tambah dalam tulisan yang dihasilkan.

10.   Jaga kualiti bahasa. Em, part ni susah sikit nak ikut coz saya memang suka merosakkan bahasa dengan merojakkannya. Merujuk point no.9, untuk kes saya, tips no.10 ni x valid, as I am not seriously writing all this articles to be published all over the world...heh. tapi artikel ni pun dah agak skema kan bahasanya? ~~

11.   Menjadikan menulis sebagai leisure. Jadikannya sebagai satu kerehatan selepas penat bekerja/belajar. Jangan menunggu waktu free baru nak menulis, if that the kes, bila la kita ni free?? And leisure thing kena ada pattern masa contohnya memang petang-petang before asar kita dah biasakan menulis, so itu akan menjadi tabiat kita dan insyaallah otak kita secara automatiknya akan diiset untuk menulis dan pelbagai idea akan mencurah-curah keluar. Insyaallah.

12.   Make our products evergreen. Untuk ini, pengalaman anda perlu bergunung and kena gilap skill betul2.

13.   Menulis ini satu perjalanan. Start from somewhere. Moga Allah permudahkan.

Perkongsian dari Bengkel Penulisan Pendakwah Siri 2 [part1]

Assalamualaikum wbt..

Live the moment,
Cherish the present,
Anticipate the future,
Frame the past year.
~contengan jalanan~


Intro yang tiada kaitan, sekadar perkongsian catatan sementara menunggu program bermula. Moral?
1.      Bawa buku bersama anda ke mana-mana supaya anda tidak mati kebosanan menunggu program/meeting bermula.
2.      Hargai masa orang lain. Berusaha untuk menepati janji Muslim bukan janji Melayu.
(how I wish janji Melayu=janji Muslim)
3.      Bersangka baiklah. Don’t ever judge others. Mesti ada sebab kenapa mereka buat sesuatu 
yang anda rasa tidak sepatutnya dilakukan.


time is gone...
Alhamdulillah baru-baru ini saya dilapangkan masa dan hati untuk menghadiri Bengkel Penulisan Pendakwah Siri 2 di Bangi anjuran GAMIS dan DPPP.  Entry kali ini sekadar satu perkongsian apa yang saya peroleh dari bengkel ini, mungkin bukan 100% yang dapat didokumentasikan di sini tetapi harapannya walau 10% ilmu yang ditimba, ia menjadi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua.

Mengapa menulis? Itu soalan pertama yang perlu diajukan pada diri kita. Adakah ini satu jalan atau ujian? Ia merupakan satu jalan apabila niatnya suci tetapi mungkin menjadi ujian bila mana niatnya dicemari hal-hal yang tidak sepatutnya.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [3:104]

Mari jadikan diri kita sebagai umat dakwah. Menjadikan diri kita seorang dai’e. Hakikatnya, ini memang tanggungjawab sepanjang hayat kita. Dan salah satu jalan untuk memastikan tanggunjawab ini dijalankan sepanjang masa ialah dengan MENULIS!

Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan” (Riwayat An-Nasae’i).
the pen is mightier than the sword~

Seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas, antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya pena. Medium penulisan menjadi semakin luas. Pelbagai buku ditulis, lihat sahaja semasa pesta jualan buku semasa KLIBF baru-baru ini, pelbagai buku baru diterbitkan, banyak karya2 lama diulang cetak dan tidak lupa buku-buku bahasa asing di’translate’ ke bahasa lain (teringat misi mencari buku Uncle Maxwell English version  yang not accomplish..~~). Bagi golongan muda khasnya, berapa ramai kawan-kawan anda yang mempunyai blog? Yang menjadikan facebook medan penulisannya? Pasti ramai bukan? Ini bukti2 bumi sudah tua.

Bersedia atau tidak, akuilah akan tiba penghujung hidup ini. Jadi apa yang ingin sahabat semua tinggalkan supaya walaupun sudah meninggalkan dunia yang fana ini, tetapi jasa kita masih kekal selamanya? Apa yang kita mampu lakukan untuk pastikan mengalirnya pahala walau nyawa tidak lagi dipinjamkan untuk menghasilkannya?

Here it comes to this hadith;Bersumber dari Abu Hurairah r.a menuturkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal: yakni sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakannya”
[HR. Muslim]

Masih bujang,macam mana nak ada anak soleh soleheh yang mendoakan? Terputus satu sumber. 
Tiada harta beribu berjuta, bagaimana mahu bersedekah? (huh? Ni memang alasan yang cuba direka-reka manusia). Kurang satu punca bekalan di ‘sana’. 
Kurang ilmu? Sampaikan apa yang anda tahu. Antara mekanismenya? Sekali lagi, MENULISLAH!
Sebelum menyambung perbincangan isu penulisan; alang-alang dah disebutkan tentang mati, jemput baca artikel menarik di blog ini.

Sedang Ustaz Hasrizal asyik berkongsi tips berguna dalam bidang penulisan, fikiran saya ligat memikirkan satu perbincangan ringkas antara saya dan sahabat lama saya tentang penulisan di alam maya sebagai medium dakwah.

“Kalau betul facebook, blog @ apa2 yang sewaktu dengannya cara terbaik dakwah, dah lama Allah permudahkan urusan dakwah Nabi Muhammad SAW dengan internet.”

Walaupun secara jujurnya saya agak terkejut mendengar statement ini keluar dari sahabat yang saya rasa pemikirannya jauh ke hadapan dan sentiasa berfikir kritis dalam setiap tindakan mahupun isu, tangan ini seakan kaku untuk membalas message yang diberi. Saya jadi malu sendiri kerana waktu itu, saya tiada jawapan terbaik untuk diberikan. Insyaallah, harapannya entri ini dapat memahamkan sahabat saya ini.

“Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".” [12:67]
pelbagaikan jalan, variasikan kaedah

Dalam berdakwah, jangan hanya gunakan satu jalan. Even if we are going to a place yang kita tak tahu destinasinya, kita akan cari pelbagai jalan alternative untuk ke tempat tersebut (terutama area KL ), apatah lagi bila kita sedang menyambung satu agenda yang Rasulullah lakukan sepanjang hidupnya iaitu berdakwah. Agenda membawa manusia kembali kepada Tuhannya. Agenda membawa manusia dekat dengan Tuhannya. Mungkin ini bukan medium terbaik bagi semua orang, tapi jangan dinafikan kepentingannya dalam berdakwah.

Paradigma dakwah perlu kita kaitkan dengan kehidupan. In life, three major things that we need to consider are purpose, people and process (3P). In most condition, purpose will be the most important thing that we need to put it first. (macam salah je ayat ni? ~~) dan dua faktor lagi iaitu manusia dan material dari pandang sisi dakwah saling bergantungan antara satu sama lain. Namun, dalam kemajuan teknologi masa kini, manusia(dai’e) menjadi faktor yang lebih dominan berbanding material (sains dan teknologi). Material hanyalah faktor sekunder yang hanya membantu sama ada untuk mempercepatkan sesuatu proses penyampaian dan penyebaran informasi mahupun menyebarluaskan sesuatu isu ke sasaran yang lebih luas. Kita perlu sedar bahawa kitalah yang menentukan kualiti sesuatu produk 
yang inign diperkenalkan atau dijual kepada orang lain.

Jadi? 
Kita perlu kuatkan diri sendiri. 
Tambah ilmu. 
Bina peribadi. 
Asah bakat. 
Tingkatkan kemahiran. 
Jadi orang yang berkualiti!

Perkara yang sangat menarik minat saya dalam bengkel ini bila mana ustaz berbicara tentang hikmah dalam berrdakwah. Rasanya tak perlu untuk saya jelaskan dengan panjang lebar, jemput baca perkongsian dari Ustaz Hasrizal di blognya mengenai bengkel ini.

*dah panjang sangat rasanya. next entry insyaallah perkongsian tips berguna dalam berdakwah melalui penulisan. =)