jelajahi duniawi menuju ukhrawi, eksplorasi diri melukis pelangi tertinggi...
Friday, November 12, 2010
life is...
LIFE is a gift,
Live it...
Enjoy it...
Celebrate it...
& fulfil it.
It’s true u don’t know what u’ve got until it’s gone,
But it’s also true u don’t know what u’ve been missing until it arrives.
~tbe2 teringat kat novel2 Hlovate. lagi2 bila seseorang telah membuat cubaan u mnjadi my jade malam tadi. thanx!
hlovate oh hlovate, saya teringin nak bc karya baru anda!~
Thursday, November 11, 2010
dialog...
Ya Allah, aku blindung pada-Mu dr menjadi fitnah dlm khidupan orang lain...
Nak sajikan korang dengan dialog 2 orang kawan lama. Harapnya boleh la bg pengajaran pada kita semua. Tapi perlu diingatkan, dialog ni mungkin ada atau mungkin tiada kaitan lansung dengan si penulis...~~
Setelah bsembang ape y patut dsembangkn bg seorang y dah lost contact dgn kwn lame dia,
mr.X tbe2 btanya 1 soalan y pelik, (pelik bg saya la..heh)
Mr.x: awak ni dah bpunya ke? hee
Miss n: kte sume Allah y punya kan? (benci betul la soalan ni bila datangnya dari seorang lelaki, tapi demi menjaga hati seorang kawan, mngkin ni masa untuk fahamkan pada dia tentang hakikat hidup...)
Mr.x: tu memang la, tapi dah jadi kepunyaan manusia ke?
Miss n: dah tinggalkan zaman jahiliyah insyaAllah. (ingatkan terus terkesima bila jawab soalan tu dengan soalan...aish)
Mr.x: ooooo...bagus2
~panjang lagi kot dialog 2 orang manusia ni. Xtau nak amik part mane. Kte cut trus pada isu y boleh kita amik pngajaran je la ye~
Miss n: (dah boleh selitkan dakwah kot ni. ) Mr.x, bkapel o bcinta 1000 tahun pun, kalau bukan jodoh, buat dosa je. Pelihara hak Allah, Allah akan sentiasa pelihara hak kita. Nak pasangan baik, kita kena jadi baik dulu...
Mr.x: tapi kan, xkan xboleh kenal lansung sebelum kahwin ye?
Miss n: saya ni bukan dr.cinta, tapi saya share apa y saya tahu ye. Kan lagi sweet kalau bcinta lepas kahwin. Doa la banyak2 n sungguh2, Allah mesti akan kurniakan y terbaik untuk kita. Yakinlah dengan pilihan Allah, Dia xkan sesekali kecewakan kita. Bukannya xboleh kenal lansung. Sebelum kahwin, still kena kenal siapa pasangan kita tu. Tapi ada batasnya. Islam adakan ni semua bukan untuk menyusahkan, tapi mesti ada hikmahnya. Agak2 nape isu buang bayi makin menjadi2? Sebab manusia dah langgar garis panduan yang Islam dah bagi...
Mr.x: naudzubillah..btol jugak kan. Kla, got to go. Terima kasih la atas peringatan y dikongsi tu. Moga kita dberi hidayah dari-Nya.
Miss n: amin. Jadi tentera udara,selalu2 la tengok langit. Jangan tengok dengan pandangan kosong, tapi fikir2 la Pencipta langit yang indah itu. Moga kita diberi RAHMAT oleh-Nya. Salam.
~tamat~
Penat je kan korang baca dialog ni. Sabar je lah ye.
Sebenarnya saya juz nak cakap, ruang untuk kita saling ingat-mengingati ni sangat luas. Cuma kadang kita lepaskan peluang tu. Kita yang dah merugikan diri sendiri bila xkongsi apa yang boleh dikongsi bersama mereka yang lain. Mungkin ada yang kata usaha ni sangat kecil, tapi siapa tahu kalau dengan dialog seringkas tu buat dia berfikir akan hakikat hidup dan akhirnya sedar akan tujuan sebenar hidup manusia di dunia ni kan?
Bila tengok orang2 yang edar flyers Islamic , pamphlet, o ape2 y sewaktu dengannya tu, sampai satu ketika saya pernah bermonolog sendiri, “ada ke orang nak baca benda macam tu? Ada ke orang y boleh insaf hanya dengan baca artikel2 dalam tu? Berkesan ke cara ni?” Dan hari ini saya tahu jawapan soalan saya pada diri sendiri tu.
Lagi, bila kita post status y satu species dengan artikel2 tu kat fb, ym, skype o mane2 tempat y boleh dipost agak2 ada ke orang nak baca ek? Dan suatu hari, Allah hantar jawapan saya tu. teringat baru2 ni, waktu musim exam tu saya pernah post status ni kat wall fb saya, “jadilah hamba Allah kerana Allah bukan kerana exam.” Dan lepas hampir tamat musim exam kami(saya dan rakan2) diminta untuk memberi pengisian. Dan sahabat saya ni diminta untuk memulakannya. Dan tajuknya? Ya, anda tahu jawapannya. Dan dia huraikan dengan baik mengikut pemahaman dan situasi yang dialami. Xperlu dibanggakan oleh diri sendiri, tapi sedarlah, selagi ada kebaikan y kita buat, sekecil mana pun ia, mungkin itulah asbab hidayah bagi seseorang.
Teruskan melakukan kebaikan, kecil atau besar, pada keluarga dan juga rakan, dengan lisan mahupun tulisan, moga menjadi pemberat timbangan pahala kita di SANA nanti.~Maaf entry bercelaru, (walaupun entry sebelum2 ni pun bcelaru jugak), sekadar satu perkongsian.~
Tuesday, November 9, 2010
Sehalus pasir, sehijau daun dan sepenting oksigen: mahu aku.
Aku ibarat pasir,
Kecil,
Terlalu kecil,
Namun masih punya fungsi tersendiri,
umpama membina sebuah bangunan,
manusia memerlukan Pasir, Air dan Simen,
ya, aku diperlukan!
Tapi bukan aku keseorangan,
Aku perlu ditemani kalian,
Aku memerlukan sokongan kalian,
Aku memerlukan nasihat kalian.
Pasir di pantai itu juga mudahnya ditiup,
Senangnya berubah,
Maka bentuklah aku untuk kebaikan.
aku ibarat daun yang hijau,
hijaunya itu tanda aku masih muda,
masih punya kekuatan fizikal,
hijaunya itu tanda ia masih mampu membekalkan oksigen pada manusia,
tanpa sedar ia juga masih memerlukan oksigen untuk diri sendiri,
begitulah aku,
aku masih sangat memerlukan nasihat dari kalian,
dalam perjalananku menasihati mereka.
aku ingin menjadi sepenting oksigen,
membenarkan manusia lain bernafas,
namun zahirnya tak pernah kelihatan ,
biarlah aku terus memberi kebaikan pada mereka,
tanpa mereka sedar kehadiran aku,
cukuplah aku dinilai olehNya...

Saturday, November 6, 2010
air mata hati...
Semalam air mataku cukup murah,
Namun ia kembali mahal hari ini.
Allah, andai hati yang aku miliki hari ini begitu keras untuk dilentur,
Kau kurniakan aku hati yang baru,
Yang sentiasa mengingatiMu,
Yang setiap detiknya memikirkanMu,
Yang setiap waktu dan ketikanya menyerah diri hanya padaMu.
Wahai manusia!
Kamulah yang memerlukan Allah;
Dan Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu),
Maha Terpuji. 35:15
Thursday, November 4, 2010
doa kami
Andai perjuangan ini mengharapkan bayaran, moga kami tidak menyertainya..
Andai tarbiyyah ini boleh dicagarkan, sungguh kami lebih takut menjadi orang yang muflis di akhirat..
Dan andai jihad ini hanya sekadar mengisi masa lapang, kamilah orang yang akan dipenuhi sesalan..
Maka Ya Allah, Tuhan yang telah mempersatukan hati kami,
Janganlah Engkau golongkan kami dalam golongan yang banyak meminta, namun terlalu sedikit memberi,
Maghfirah dariMu kami pohon,
Maka izinkanlah kami melamar redhaMu dengan ketundukan kami dalam agamaMu...
Ya Allah, kurniakanlah kami ketenangan dan ketenteraman jiwa yang abadi,
Semoga jiwa kami kukuh dari segala suasana dan keadaan,
Mudah-mudahan kami tidak bersedih ketika kesenangan dunia menghilang,
Dan tidak terlalu gembira ketika kesenangan itu ada...
Kesempitan tidak membuatkan kami lemah,
Keluasan tidak membuatkan kami sombong,
Celaan tidak membuatkan kami surut, pujian tidak membuatkan kami berbangga diri,
Musibah tidak membuatkan hati kami tergoncang,
Dan kenikmatan tidak membuat kami jatuh tergelincir...
jangan Kau jadikan kami fitnah kepada agama ini Ya Rabb,
Semoga kejayaan bersama kami dunia dan akhirat...
Tuesday, November 2, 2010
coretan?
(xtau nak letak gambar ape...)
X habis exam lagi.
Tapi gaya cam dah abis je.
Sebab gap seminggu u next paper.
Lama x update awk kn blog. (soliloquy~~).
Xtahu nak share ape.
Latest post tu sepatutnya dah di post lame dah, tapi ditangguh2kan.
Sebelum ni sangat musykil, macam mane la hilal asyraf tu boleh update blog hampir setiap hari ek?
Tapi bila kita ni addict ngan ilmu+aktif berprogram+alert dengan isu semasa n isu sekeliling+KREATIF=maka bolehlah anda mengupdate blog anda dengan pelbagai info y berfaedah u dikongsi bersama.
Betul, kadang rasa xtau nak share ape tapi hakikatnya banyak benda y kita boleh blaja sepanjang kita jalani hari2 kita as hamba Allah, as anak, as pelajar, as kawan n sebagainya.
Dan aku rasa ini kelebihan hilal asyraf tu. Pandai je dia nak olah apa y berlaku kat dia, kat keluarga dia, kat kawan2 dia, kat negara ni o pasal ape2 la into bentuk y semua orang boleh belajar dari tu.
Dan apa yang paling penting, kita kena jadi MANUSIA YANG SENTIASA BERFIKIR!
Bila buka blog batch ak time form 4&5, last post: 10 months ago. Huh?
Mungkin sebab semua orang aktif berfacebook kini. (tmasuk ak jugak sejak wujud group sekolah lame...>_<”)
Tapi apa y ak perasan kat fb sekarang, ramai dah mula share notes2 y bagus, gambar2 y ade pngajaran u dikongsi, n mcm2 lagi lah. Alhamdulillah.
Dulu, susahnya nak jumpa orang yang wat notes kat fb tu, y akn post video2 y memberi pengajaran pd kita, o y akn tag kite kat pictures y boleh mengingatkan akn sesuatu y kita lupa o atas sebab kebaikan apa pun semua tu dilakukan. Ada tapi jarang. Sekarang, semua berebut2 nak share semua tu. Segala puji bagi Allah. mungkin ramai y dah mula sedar akan hakikat hidup. Harapannya begitu.
Moga aku juga begitu. Jangan jadikan FB as tempat kita melepaskan geram, meluahkan perasaan y xsepatutnya dan sewaktu dengannya tapi medan u kita saling berkongsi ilmu di dada, saling mengukuhkan ukwah y terjalin atau dengan lebih tepat MEDAN DAKWAH KITA!
~teringin nak post sumting y berkaitan farmasi...~

abu ayyub al-ansari
Nama sebenar beliau ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Banu Najjar. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang utama dan paling rapat kepada Nabi SAW.
Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah di dalam peristiwa hijrah, baginda disambut dengan gembira oleh orang-orang Ansar di Madinah. Hati mereka berada bersama-sama baginda dan mata mereka sentiasa mengikuti pererakan baginda dengan rasa penuh cinta dan kebaktian. Mereka ingin memberi baginda sambutan yang amat baik sekali pernah diberikan oleh seseorang.
Pada mulanya, Rasulullah SAW berhenti di Quba yang terletak dekat pinggir kota Madinah dan tinggal di sana selama beberapa hari. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membina sebuah masjid sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur’an:
“Masjid yang didirikan atas dasar taqwa.” (At-Taubah: 108)
Nabi SAW memasuki kota Madinah dengan menunggang untanya. Para pemimpin Madinah berdiri di sepanjang jalan, setiap orang berharap untuk mendapatkan penghormatan dari Nabi SAW agar baginda ingin singgah dan bermalam di rumahnya. Seorang demi seorang berdiri di jalan yang dilalui oleh unta baginda. Mereka semua berkata:
“Tinggallah bersama kami, hai Rasulullah.”
Rasulullah SAW akan menjawab:
“Biarkanlah unta ini berjalan semahunya.”
Unta itu terus berjalan, diikuti dengan rapat para penduduk Madinah. Setiap kali ia melewati sebuah rumah, tuan rumah tersebut merasa sedih dan kecewa manakala orang-orang yang rumahnya menunggu giliran untuk dilalui oleh unta itu sentiasa mengharap-harap agar ia berhenti di depan pintu mereka. Unta itu meneruskan perjalanannya dengan diikuti oleh orang ramai sehingga ia berhenti di atas sebidang tanah di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Namun, Rasulullah SAW tidak turun dari untanya itu.
Selepas beberapa ketika, unta itu berjalan semula, Rasulullah SAW membiarkan tali kekangnya terlepas. Walau bagaimana pun, tidak lama kemudian ia berpusing semula dan berhenti di atas tanah tadi. Hati Abu Ayyub dipenuhi dengan kegembiraan. Beliau keluar mendapatkan Nabi SAW dan menyambutnya dengan ghairah sekali. Beliau mengangkat barang-barang Nabi sambil merasakan bahawa beliau sedang membawa harta yang paling berharga sekali di dunia ini.
Rumah Abu Ayyub memiliki dua tingkat. Beliau telah mengosongkan tingkat atas dan semua milik keluarganya supaya Nabi SAW boleh tinggal di situ. Namun Nabi SAW lebih suka tinggal di tingkat bawah. Malam pun sampai dan Nabi SAW berehat. Tetapi apabila mereka telah menutup pintu, Abu Ayyub menoleh ke arah isterinya lalu berkata:
“Celakalah kita! Apa yang telah kita lakukan? Rasulullah SAW berada di bawah dan kita ada di atasnya! Adakah kita berjalan di atas Rasulullah SAW! Adakah kita menghalang wahyu?! Jika benar, maka binasalah kita!”
Pasangan suami isteri itu menjadi bertambah bimbang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mereka hanya dapat sedikit akal bila mereka bergerak ke tepi rumah supaya tidak betul-betul berada di atas Nabi. Mereka juga berhati-hati supaya berjalan di tepi-tepi sudut lantai dan tidak di tengah-tengahnya. Pada keesokan paginya, Abu Ayyub menemui Rasulullah SAW lalu berkata:
“Demi Allah, kami tidak dapat melelapkan mata sedikit pun malam tadi, begitu juga dengan Ummu Ayyub.”
“Mengapa hai Abu Ayyub?” Tanya Rasulullah, hairan.
Abu Ayyub pun menerangkan kebimbangan mereka kerana berada di atas manakala baginda pula berada di bawah, dan mungkin mereka juga boleh menghalang wahyu.
“Janganlah bimbang, hai Abu Ayyub,” kata Nabi SAW, “Kami lebih suka tinggal di tingkat bawah kerana ramai orang yang akan menziarahi kita.”
“Kami akur dengan kehendak Rasul,” jawab Abu Ayyub.
Abu Ayub ada menceritakan satu kisah:-
“Pada suatu malam yang sejuk, sebuah kendi kami telah pecah dan air mengalir di atas lantai atas. Ummu Ayyub dan aku memandang air tersebut. Kami hanya memiliki sehelai kain baldu yang kami gunakan sebagai selimut. Kami pun menggunakannya untuk mengelap air itu kerana bimbang ia menyerap ke bawah dan terkena pada Nabi SAW. Pada waktu pagi, aku mendapatkan baginda lalu berkata:
`Aku tidak senang berada di atasmu.’
Dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Baginda menerima keinginanku dan kami pun berpindah tempat.”
Rasulullah SAW tinggal di rumah Abu Ayyub selama hampir tujuh bulan sehingga masjid yang dibinanya telah siap di atas tanah tempat unta baginda berhenti. Baginda berpindah ke bilik yang dibina di sekeliling masjid tersebut untuk diri dan keluarganya. Dengan demikian, baginda menjadi jiran Abu Ayyub. Alangkah beruntungnya kerana mendapat jiran semulia itu!
Abu Ayyub sangat mencintai Nabi SAW dengan seluruh hati dan nabi SAW juga amat mencintainya. Tidak ada peraturan rasmi di antara mereka. Nabi SAW terus menganggap rumah Abu Ayyub seperti rumahnya sendiri.
Pada suatu hari, Abu Bakar keluar dari rumahnya di waktu tengahari yang terik lalu pergi ke masjid. Umar terlihatnya lalu bertanya:
“Hai Abu Bakar, apa yang membuat engkau keluar pada waktu begini?”
Abu Bakar mengatakan bahawa dia terlalu lapar, lalu Umar pun turut mengakui dirinya juga kelaparan. Rasulullah SAW terserempak dengan mereka lalu bertanya:
“Apa yang membuat kamu berdua keluar dari rumah pada waktu begini?”
Mereka memberitahu baginda lalu baginda berkata:
“Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya, hanya laparlah yang membuat aku keluar juga. Marilah bersamaku.”
Mereka pun pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Kebetulan, Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurma berdekatan. Beliau mendengar suara Nabi SAW lalu segera datang.
“Selamat datang kepada Rasul dan siapa saja yang bersamanya,” katanya lalu meneruskan, “hai Rasulullah, biasanya engkau tidak datang pada waktu begini.”
Abu Ayyub selalu menyimpan sedikit makanan untuk Nabi setiap hari. Jika Nabi tidak datang, maka Abu Ayyub memberikan makanan tersebut kepada keluarganya.
Abu Ayyub keluar dan memotong setandan kurma yang di dalamnya ada kurma masak dan ada kurma yang setengah masak.
“Aku tidak mahu engkau memotong yang ini,” kata Nabi, “Mengapa engkau tidak bawakan kurma yang masak saja?”
Abu Ayyub berkata:
“wahai Rasulullah, silakanlah makan kurma yang telah masak dan yang setengah masak ini. Aku akan menyembelih seekor kambing untukmu.”
“Kalau begitu, jangan sembelih kambing yang ada susu,” pesan baginda.
Abu Ayyub menyembelih seekor anak kambing, memasaknya separuh dan memanggang yang separuh lagi. Beliau juga meminta isterinya supaya membuat roti kerana isterinya pandai dalam hal itu.
Bila makanan telah siap, ia dihidangkan di depan Nabi SAW dan kedua-dua orang sahabatnya itu. Nabi mengambil sekeping daging, meletakkannya ke atas roti lalu berkata:
“Wahai Abu Ayyub, bawakanlah ini kepada Fatimah, dia tidak makan seperti ini selama beberapa hari.”
Apabila mereka selesai makan dan merasa puas, Nabi SAW berkata:
“Roti dengan daging, busr dengan rutb!”
Kemudian air mata mengalir dari kelopak matanya. Baginda berkata lagi:
“Ini adalah nikmat yang akan ditanyakan kepada kamu pada hari kiamat kelak. Maka jika kamu makan nikmat itu, ucapkanlah bismillah dan bila selesai katakanlah Alhamdulillahillazi huwa ashba’na wa an’ama a laina (Segala puji bagi Allah yang telah mencukupkan kami dan menganugerahkan nikmat ke atas kami). Ini adalah baik.”
Itulah imbasan terhadap kehidupan Abu Ayyub sehari-harian. Beliau juga mempunyai karier ketenteraan yang tersendiri. Banyak dari masanya dihabiskan sebagai seorang pahlawan sehingga dikatakan mengenainya:
“Beliau tidak terlepas dari semua pertempuran yang disertai oleh kaum Muslimin sejak dari zaman Nabi SAW sehinggalah zaman Muawiyah melainkan beliau terlibat semuanya.”
Misi ketenteraan terakhir yang disertainya ialah yang disediakan oleh Muawiyah dan dipimpin oleh anaknya, Yazid untuk menentang Konstantinopel. Pada waktu itu, Abu Ayyub sudah sangat tua, hampir berusia lapan puluh tahun. Tubuhnya kurus kering kerana diserang sakit malaria. Tetapi hal itu tidak menghalangnya daripada menyertai pasukan tentera dan menyeberangi lautan untuk berjihad di jalan Allah. Tidak lama selepas terlibat dalam peperangan itu, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa berundur dari berjihad. Namun begitu, beliau tetap berada di atas kudanya dalam keadaan seperti melekat.
Yazid datang mendapatkannya lalu bertanya:
“Wahai Ayahanda Abu Ayyub, adakah ayahanda memerlukan sesuatu?”
“Hai Yazid, sampaikanlah salamku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka bahawa Abu Ayyub menyuruh kamu supaya menyerbu masuk ke dalam kawasan musuh sejauh yang boleh, bawalah dia dan kebumikan dia di bawah dinding kota Konstantinopel, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang lelaki yang soleh akan syahid dan dikebumikan di bawah dinding tersebut.”
Kemudian beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Tentera Muslimin melaksanakan keinginan sahabat Nabi yang agung itu. Mereka berjaya mengundurkan tentera musuh dalam serangan demi serangan sehingga mereka sampai ke dinding kota Konstantinopel. Di sana, mereka mengebumikan jasad beliau.
Kaum Muslimin mengepung kota tersebut selama empat tahun tetapi akhirnya berundur.
Rupanya, janji Nabi mengenai kemenangan ke atas kota Konstantinople ini benar. Ia disempurnakan oleh Sultan Muhamad al-Fateh.
~mengetahui sirah@sejarah tu penting, tapi PENGAJARAN y dapat kita pelajari tu jauh lg penting!~

Subscribe to:
Posts (Atom)