Wednesday, June 23, 2010

leakage...


kena anta repair ke?
kat mane?

karut...

tengah blurr, tapi xtau nak cter kat sape.
so, bercerita hikayat sendirilah kat tempat y setakat ni masih selamat terpelihara.

blurr ke?
cuak kot.
o risau terlebih.
adui!

btol la pikul tanggungjawab ni sangat berat...
n nak mencari ilham bkn boleh dapat dlm masa sehari je..
orang kata two heads r better than 1 in brainstorming.
sape nak jadi lagi 1 otak yang betol2 berfungsi u saya?


pape pun...back to HIM...

AN-nAHL:97
"BARANG SIAPA MENGERJAKAN KEBAJIKAN, BAIK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN DALAM KEADAAN BERIMAN, MAKA PASTI AKAN KAMI BERIKAN KEPADANYA KEHIDUPAN YANG BAIK DAN AKAN KAMI BERI BALASAN DENGAN PAHALA YANG LEBIH BAIK DARI APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN."

janji ALLAH tu pasti.
kita akan dapat balasan y BERGANDA-GANDA lebih baik, if kita buat sesuatu yang baik.
n satu lagi syarat: lakukan kebajikan dalam keadaan BERIMAN!


~kebocoran sudah tertampal. PASTIKAH?~

Tuesday, June 22, 2010

let the pictures speak for itself...

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan
Hidup tanpa dirimu

let the pictures speak to itself...

making sure they get to school...



helping ladies across the street...



providing childcare


allowing them a place to rest(permanently)


construction projects


respecting others



human shields


and others




I LOVE PALESTINE...

innovate or die?



leaders are learners

Friday, June 11, 2010

Di Manakah Solahuddinnya?



Sesungguhnya isu Palestin bukan sekadar isu orang-orang Palestin sahaja, juga bukan sekadar isu orang-orang Arab sahaja tetapi ini adalah isu umat Islam sejagat. Masjid al-Aqsa dan Palestin adalah milik umat Islam seluruh dunia, dari timur ke barat dan menjadi milik umat generasi terdahuli, kini dan yang akan datang. Malahan, isu Palestin juga adalah isu dunia antarabangsa di atas dasar kemanusiaan sejagat dan keadilan sejarah kemanusiaan.

Firman Allah yang bermaksud,
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkatisekelilingnya agar kami perlihatkan sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya, Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (al-Isra: 1)

Kini, bumi berkat yang memilik Masjid al-Aqsa sedang memanggil dan menyeruh seluruh umat Islam di seluruh dunia, juga buat mereka yang memilki jati diri untuk merenung dan bertanya kepada dirinya: “Apakah yang telah saya lakukan untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan Palestin?”

Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, bumi Isra’ dan Mi’raj dan masjid yang ketiga suci di sisi Allah SWT. Al-Aqsa memanggil setiap umat Islam untuk merenung dan menginsafi dirinya dengan renungan yang mendalam dan bertanya: “Apa yang telah saya lakukan untuk menyelamatkan dari pelbagai usaha konspirasi dan projek-projek untuk meruntuhkannya serta membangunkan kuil Yahudi di atas runtuhan masjid tersebut?”

Al-Aqsa kini sedang berhadapan dengan penjajahan Yahudi Zionis yang gigih berusaha untuk merubah tanda-tanda Islam dan Arab yang ada di dalamnya, mengusir penduduk-penduduk asal yang Muslim dan bukan Muslim serta ditambah dengan usaha pengyahudian Baitul Maqdis dan penjajahan bumi Palestin keseluruhannya.

Begitu juga dengan kuasa besar dunia yang melakukan konspirasi untuk melaksanakan rancanga jahat yang disusun Zionis melalui sokongan material dan politik Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Umat Islam semuanya mestilah memulakan langkah untuk mengembalikan kemerdekaan jati diri mereka kembali. Kita perlu membuat persiapan yang secukupnya dan memiliki kembali ciri-ciri umat yang cemerlang sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh generasi-generasi sebelumnya. Setiap kita mempunyai peranannya yang tersendiri dan kita mesti bertindak secara tersusun dengan penuh kesungguhan mulai sekarang.

Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu otang-orang yang beriman.” (ali-Imran:139)

Kemenagan Umat Islam

Sesunggyhnya kemenangan umat Islam ke atas musuhnya adalah sesuatu yang telah dijanjikan Allah SWT dan juga baginda Rasulullah SAW.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga umat Islam memerangi orang-orang Yahudi dan umat Islam akan mengalahkan mereka, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu berkata, “Wahai Muslim, wahai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, marilah ke sini dan bunuhlah dia. Kecuali pokok Gharqad, kerana ia adalah pokok orang Yahudi” ” (HR Muslim)

Kemenangan itu adalh sesuatu yang telah dijanjikan Allah apabila umat Islam kembali memilik cirri-ciri umat yang cemerlang serta layak memiliki kemenagan. Namun setelah sekian lama bumi berkat yang bernama Palestin ini dijajah, setelah sekian lama Masjid al-Aqsa yang mulia ini dinoda, setelah sekian lama maruah umat ini tercalar, hati sanubari umat kerap bertanya bilakah kemenangan itu akan kembali ke tangannya? Di manakah Solahuddinya?

Jangan tengok kiri atau kanan, depan atau belakang kerana jawapan yang paling tepat ialah.........akulah solahuddinyya!

*Palestin Dijajah: Di Manakah Solahuddinnya? By Zainur Rashid Zainuddin.

Wednesday, June 2, 2010

walk your talk!


kesedaran adalah matahari...
kesabaran adalah bumi...
keberanian menjadi cakrawala...
dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata!

hidup sampai zuhur?

“Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zuhur?” Pertanyaan itu terlontar daripada mulut seorang pemuda kapada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, tokoh pemimpin bergelar khulafa’ ar-rasyidin kelima. Ketika itu, khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirahat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Malik.

Tetapi baru sahaja merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan mengatakan, “Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?” Khalifah Umar Bin Abdul Aziz menjawab, “Biarkan saya tidur sejenak. Saya sangat letih dan penat sehingga hamper tiada kekuatan yang tersisa.” Namun pemuda itu kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi, “Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?” Khalifah Umar Abdul Aziz mengatakan, “Jika tiba waktu Zuhur, saya bersama orang-orangh saya akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya.” Jawapan itulah kemudian ditanggapi oleh si pemuda, “Siapa yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu zuhur, wahai Amirul Mukminin?”

Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri, Umar Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya.

Sumber: Cinta di Rumah Hasan Al-Banna karya Mohammad Lili Nur Aulia

p/s: luputkan perkataan NANTI dalam kamus hidup kita dan suburkan ungkapan INSYAALLAH. Allah berfirman, “Dan janganlah sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, ‘Aku pasti melakukan itu besok pagi,’ kecuali (dengan mengatakan), ‘insyaAllah’. Dan ingatlah Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.’” {al-Kahfi: 23-24}


jangan bertangguh untuk berbuat kebaikan walau sesibuk mana pun kita...

Tuesday, June 1, 2010

Saat ini...


saat ini, mungkin ramai para pejuang di bumi syaheed itu sedang menempah tiket ke tempat paling diimpi-impikan oleh sekalian manusia iaitu syurga...
saat ini juga, mungkin ramai insan di tanah airku yang sedang lupa tempat yang paling kita tidak mahu mendekatinya iaitu neraka...

ketika sang manusia berhati binatang memperkosa bumi bertuah itu...
mereka di sana berjuang mempertahankan tanah air mereka...
tapi...
kita di sini sibuk mem'pertahan'kan idea bernas kita yang hanya retorik semata...

saat mereka melindungi kita...
kita pula membunuh mereka dengan peluru-peluru yang kita beli untuk memuaskan nafsu makan kita...

bila mana media-media di negara-negara yang prihatin memaparkan nasib para pejuang itu...
media-media di negaraku sedang ghairah mempromosi pasukan-pasukan yang akan ber'juang' di padang africa itu...

malam mereka di bumi bertuah itu dihiasi tangisan rindu pada janji-NYA...
malam kita diulit mimpi-mimpi indah yang direka-reka syaitan untuk melekakan kita...

Ya Rabb....
moga para pejuang-Mu di sana terus tegar mempertahankan agamamu di bumi Paletin itu...
moga para pejuang-Mu di sini tetap istiqomah menyebarkan ajaran kekasih-Mu di bumi Malaysia ini...
perkenankan Ya Allah...

merah saga

jangan, jangan dan jangan...


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan sengaja lewatkan solat
Perbuatan ini Allah tidak suka
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.