Friday, December 13, 2013

Kerja Ep 3: Suka kerja @ Suka-suka kerja?

Assalamualaikum.

Macam-macam perkara berlaku 3 minggu ni. Sekarang, bila ingat balik, rasa nak gelak padahal hampir setiap perkara yang berlaku tu, air mata mengalir laju je.
"Perhaps our eyes need to be washed by our tears once in a while, so that we can see life with a clearer view again."
Sedar tak sedar, dah dekat sebulan berkhidmat kat HRPZ ni. 11 bulan lagi insyaallah sebelum berhijrah ke negeri lain kutip pengalaman. Kedah? Sabah? Pahang? Fikir kemudian... :)

Teringat sedikit perkongsian Naqib Dikir Zikir last 2 week, dengan tajuk "Suka kerja @ suka-suka kerja". Macam cun2 je tajuk ni time tu, melekat la kejap depan tv tengok sampai habis lagi-lagi bila ada jemputan menarik; Dr Buble.  Graduate dengan degreen engineering but ends up jadi 'Doctor' yang merawat 'jiwa' pesakit (espcly paeds). Ustaz ada sebut  5 amalan @ zikir utk diamalkan bagi seorang pekerja;
1. Bismillah: setiap kali mula buat sesuatu.
2. Alhamdulillah: setiap kali selesaikan tugas, dapat ganjaran/ ujian. 
3. Astaghfirullah: sebab selalunya kita tak lari dari berbuat dosa. 
4. انا لله وانا اليه راجعون 
5.  لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
Elok la kita amalkan zikir2 ni @ berselawat sambil buat kerja dari merapu/ menyanyi lagu ntah pape kan? :)

Ada masa-masa, rasa penat sangat. Nasihat patient utk amalkan diet yang seimbang dan teratur tapi kita entah berapa kali seminggu on lunch break duty? Sempat pergi mart kat pintu masuk hospital tu je kejap untuk beli air kotak @ biskut buat alas perut. Tapi rugi la kalau segala tenaga yang kita curahkan ni bukan dari niat yang ikhlas kan? Sia-sia je bersusah payah balik lewat kalau setakat nak dipandang hebat di mata manusia, bukan sebab memikirkan amanah yang dipertanggungjawabkan pada kita.

Jadi, anda SUKA kerja atau SUKA-SUKA kerja?
*Re-set niat selalu*

#3rd week of life in inpatient; Alhamdulillah, Im alive! ;)

No comments: