Saturday, December 21, 2013

Sarapan pagi?

Muhasabah bersama adinda2 yg disayangi๐Ÿ’•


Definisi Futur

Lemah himmah dan fizikal dari
melaksanakan bentuk-bentuk aktiviti dan
tanggungjawab yang berbagai-bagai
berkaitan dengan amal dakwah, amal
tarbiyah dan amal harokah [tanzim]

Fenomena Futur

1. Aspek Ibadat
• Kurang memelihara diri untuk solat
berjamaah di masjid.
• Lalai untuk selalu berqiamulalil.
• Tidak suka berpuasa sunat
•Kurang membaca al-Quran setiap hari
minima sejuzuk bahkan kadangkala tidak
membacanya langsung.

2. Aspek Harakiy
• Selalu lewat menghadiri wasilah usrah atau tidak langsung hadir
• Tidak hadir wasilah katibah, rehlah dan
mukhayyam tanpa alasan.
• Lemah untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diminta berkaitan
aktiviti jamaah samada yang bersifat umum atau khusus.

3. Aspek suluk
• Tidak prihatian atau lemah perhatian
terhadap temujanji. Termasuk juga segi
ketepatan masa.
• Lemah komitmen di dalam berpegang
kepada hukum syarak terhadap diri, keluarga dan pergaulan harian.

4. Aspek ilmu
• Kurang membaca dan menngulangkaji
serta berterusan membaca.
• Kurang menulis atau menghadiri wacana
intelektual, majlis-majlis fiqh dan ceramah-
ceramah ilmiah.

5. Aspek fizikal
• Lemah dari melakukan latihan-latihan
kesukanan setiap hari atau memberi
perhatian terhadap tubuh badan.

Penyebab futur :

Pertama :
Ikhwah tidak faham hakikat marhalah yang dilalaui jamaah, mungkin ia menyangka jamaah di marhalah tanfiz sedangkan ia masih di marhalah takwen dan persediaan. Maka ia tidak menuntut dari ikhwah apa yang lebih diperlukan oleh fasa tersebut atau tidak perlu lebih dari apa yang ikhwah mampu lakukan.

Kedua :
Ikhwah tidak tahu objektif dari setiap aktiviti yang dijalankan samada ia bersifat
umum atau khusus seperti usrah,katibah,
mukhayyam, rehlah, demonstrasi atau
sambutan-sambutan perayaan.

Ketiga :
Kemalasan naqib atau masul di
dalam sudut ibadah, harakah, perilaku ,
menuntut ilmu dan riadah yang memberi
kesan kepada anak buahnya. Juga buat para qiyadah yang akan membina lapisan
kepimpinan selepasnya.

Keempat :
Masul yang bertanggungjawab di dalam urusan tarbiyah gagal follow up perkara yang berkaitan dengan urusan tarbiyah.

Kelima :
Muncul pelbagai halangan yang melahirkan perasaan lemah, kecewa di dalam diri akh berbanding keaktifannya sebelum ini.

Keenam :
Banyak beban dan tanggungjawab yang digalaskan kepada ikhwah sehingga menjadikannya lemah atau gagal melaksankannya kerana ia diluar keupayaannya.

Ketujuh :
Semakin bertambah dikalangan ikhwah orang-orang yang kecewa, frust dan
putus asa.

Kelapan :
Pengaruh persekitaran yang khusus terutama suasana kerja/peribadi yang mempengaruhi kehidupan ikhwah yang akhirnya membawa kepada futur.

Kesembilan :
Pengaruh persekitaran yang melingkungi aktiviti ikhwah terutama pengaruh politik di dalam negara dan politik dalaman jamaah.

Kesepuluh :
Ikhwah lemah aspek ruhi sehingga membawa lemah daya tolak untuk berpuasa, bangun malam dan sebagainya.

Kesebelas :
Sibuk dengan kehidupan dunia,
ikhwah menghabiskan masa di dunia
kerjaya, membaiki kedudukan ekonominya,
bekerja siang dan malam, tiada masa rehat
sehingga dia tidak berdaya untuk solat
berjamaah, bangun malam, berpuasa sunat
dan sebagainya.

Kedua belas :
Sedikit yang mendokong dakwah dan perjuangan ikhwah samada masyarakat setempat, di desa atau di bandar. Tidak ada yang mahu membantu untuk melakukan kerja-kerja kebaikan dan boleh jadi jiran-jiran, teman sekerja atau saudara mara juga menjadi punca kepada futurnya ikhwah.

[Terjemahan dan olahan semula dari Buku
Musykilat Tuwajihu Amal Islami tulisan
Dr.Muhammad Abd.Qadir Abu Faris]

#Hmm. No 11 tu.. Ya Rabb, lindungi aku dari sifat wahn.

Sunday, December 15, 2013

Working time is directly proportional to productivity?


Teringat last week sembang dengan Kak Sha, dia ada sebut pasal masa bekerja Doctor akan bertambah. Dengar2 cerita je la, tak tau lanjut pun, sunyi sepi je pasal isu ni time tu, semua dok kalut bagi hujah Mat Sabu tu Syiah ke tak. Yang alert sikit, cerita pasal kes banjir kat sana-sini. Aku pun lebih kurang je la, tadi je pun terbaca artikel pasal ni;

http://drmohdrizal.tumblr.com/post/68273715589/suruh-houseman-officer-kerja-75-jam-seminggu-15-jam
http://lutfi-fadil.blogspot.ch/2013/12/we-actually-get-stupider-when-we-work.html

Tak tau la, tapi pada aku, kesian kot, diORANG tu manusia, bkn robot. Ye, memang la kalau diorang wat salah tu bahayakan nyawa orang lain, tapi kat situ la pentingnya peranan MO. Takkan nak kena ada alaun khusus baru rasa nak ajar orang lain? Awal2 kerja dulu pun mesti korang merangkak2 nak sesuaikan dirii jugak kan? So, apa salahnya kalau rasa diorang hampir2 buat salah tu, tegur baik2. Rasanya diorang pun tau diorang kena banyak belajar lagi. Nama pun Doktor Pelatih, masih bertatih nak berbakti, masih peru dilatih. Cam kitorang gak la. Hoho. Alhamdulillah pegawai2 farmasi kat sini baik2 and sedia nak ajar juniors diorang ni. Sampai kita plak yang segan bila buat salah. Supervisor waktu praktikal kat Guardian Melaka dulu pun ada pesan, ajar orang, nanti kita pun akan lebih faham ttg tu kan? Tak ke lebih bahagia camtu? Win-win situation gitu. :)

Kelmarin kerja petang kat inpatient. Sebelum ni PM shift kat outpatient, banyak interventions pun sebab Doc lupa nak tulis duration atau frequency ubat yang dia nak prescribe kat Doc. Kat Inpatient settingnya berbeza plak, semalam tetiba dapat satu prescription Doc indent Felodipine 60mg OD. Terkejut, max dose 20mg/day. Tu yang gigih la try call Doc tu sana-sini, just to reconfirm betul2 dia memang nak bagi extremely high dose (aka Overdose ~~) untuk patient tu ke. Bila dapat cakap dengan Doc tu, dengar suara pun tau dia penat. And dia pun terkejut bila bagitau dia tulis macam tu. Ye, kesalahan yang tak disengajakan. Bukan sebab tak tahu, sebab bila tanya balik dia tau je sebenarnya dia nak bagi 10mg OD. Jangan expect seseorang tu akan jadi productive bila dia penat, apatah lagi nak expect dia untuk buat kerja tanpa ada TERsilap sana sini.

Ada satu kes lagi cakap dengan Doc yang sama, waktu je lain. Call waktu pagi suara semngat je, siap betulkan nama dia sebab salah dengar,  malam tu call suara dia sayup2 je. Aish, kesian.

Jadinya, buat mereka yang bertanggungjawab, boleh pk balik la betul ke by adding d working time for HO will make them more productive or  allowing them to do more mistakes?

#Membebel kat sini pasal isu ni, macam la ada orang nak kisah. Haha. Nama pun cakap sendiri kan? ;)

Friday, December 13, 2013

Kerja Ep 3: Suka kerja @ Suka-suka kerja?

Assalamualaikum.

Macam-macam perkara berlaku 3 minggu ni. Sekarang, bila ingat balik, rasa nak gelak padahal hampir setiap perkara yang berlaku tu, air mata mengalir laju je.
"Perhaps our eyes need to be washed by our tears once in a while, so that we can see life with a clearer view again."
Sedar tak sedar, dah dekat sebulan berkhidmat kat HRPZ ni. 11 bulan lagi insyaallah sebelum berhijrah ke negeri lain kutip pengalaman. Kedah? Sabah? Pahang? Fikir kemudian... :)

Teringat sedikit perkongsian Naqib Dikir Zikir last 2 week, dengan tajuk "Suka kerja @ suka-suka kerja". Macam cun2 je tajuk ni time tu, melekat la kejap depan tv tengok sampai habis lagi-lagi bila ada jemputan menarik; Dr Buble.  Graduate dengan degreen engineering but ends up jadi 'Doctor' yang merawat 'jiwa' pesakit (espcly paeds). Ustaz ada sebut  5 amalan @ zikir utk diamalkan bagi seorang pekerja;
1. Bismillah: setiap kali mula buat sesuatu.
2. Alhamdulillah: setiap kali selesaikan tugas, dapat ganjaran/ ujian. 
3. Astaghfirullah: sebab selalunya kita tak lari dari berbuat dosa. 
4. ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุงู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู† 
5.  ู„ุงَ ู‡َูˆْู„َ ูˆَู„ุงَ ู‚ُูˆَّุชَ ุงِู„ุงَّุจِุงู„ู„ّู‡ِ
Elok la kita amalkan zikir2 ni @ berselawat sambil buat kerja dari merapu/ menyanyi lagu ntah pape kan? :)

Ada masa-masa, rasa penat sangat. Nasihat patient utk amalkan diet yang seimbang dan teratur tapi kita entah berapa kali seminggu on lunch break duty? Sempat pergi mart kat pintu masuk hospital tu je kejap untuk beli air kotak @ biskut buat alas perut. Tapi rugi la kalau segala tenaga yang kita curahkan ni bukan dari niat yang ikhlas kan? Sia-sia je bersusah payah balik lewat kalau setakat nak dipandang hebat di mata manusia, bukan sebab memikirkan amanah yang dipertanggungjawabkan pada kita.

Jadi, anda SUKA kerja atau SUKA-SUKA kerja?
*Re-set niat selalu*

#3rd week of life in inpatient; Alhamdulillah, Im alive! ;)