Monday, November 11, 2013

Kerja Ep 1: USAHA!

Bismillah.

Bermula fasa hidup yang baru. Cuak tahap dewa sungguh. Dan jujur, sampai ke hari ni kalau diikutkan tak berapa nak confident turun ke lapangan amali lepas bertahun-tahun berteori. Tapi bila mengadu pasal ni kat kakak kembar tercinta tu, dapat la se'debuk nasihat yang tepat kena kat dahi. ~~
"Kalau rasa tak layak, usaha la sampai layak. Usaha yang terbaik sampai dapat kepercayaan n orang respect."

Hmm. Keyword di sini; USAHA!

November ni, Kelantan banyak cuti. :) Allah nak bagi masa lebih sikit untuk mempersiapkan diri la ni. Walaupun sepatutnya 4hb lagi dah kena lapor diri kat JKN, 6hb baru kami pergi. 4hb cuti sebab TRW masuk final PM. Walaupun kalah, cuti tetap cuti. Hee. Kerajaan negeri x nak bagi rakyat pergi kerja dlm keadaan kecewa tengok TRW main macam hampeh je sampai kalah ngan Pahang. ~~ 5hb plak cuti awal Muharam, cun2 je masa utk buat azam2 baru alang2 baru masuk kerja ni.

"Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." [9: 105]

Tanggungjawab bertambah-tambah. Bina diri. Bina keluarga. Bina ummah. Bukan kerja main-main. So, motivasi kena tahap tertinggi la. Allah bagi peluang untuk berbuat baik pada manusia, guna peluang sebaiknya Asma Abdullah! ~~

Banyak benda nak kena lebih cakna lepas ni. Dari sekecil-kecil perkara, hingga ke sebesar-besar urusan. Tapi balik2, kerja ni sebenarnya balik pada 2 perkara utama yag dah lama kita tahu; hubungan dengan Allah & hubungan dengan manusia. Buat yang terbaik dalam kerja, jaga batas2 yang Islam ajar, doa banyak2 pada Allah, moga-moga tak sia-sia masa yang kita habiskan masa di hospital tu. Paling utama, niat n tujuan kerja tu kena betul. Semoga Allah terima segala amalan kita.

Warga HRPZ, mari berkasih-sayang untuk sama2 peroleh redha-Nya! ^^

Tak jumpa and berinteraksi dengan lebih ramai orang lagi kat HRPZ tu. So far, Alhamdulillah kakitangan2 kat bhgn farmasi ni nampak macam boleh membantu diri untuk catch up apa yang patut sepanjang menjadi PRP kat sini..

P/s: title tu cam poyo je kan? Haha. Tak tau nak letak tajuk apa. Insyaallah nanti kalau ada cerita best pasal kerja lagi den tulis episod seterusnya k. :)



2 comments:

Fatimah N said...

alhamdulillah

jzkk atas peringatan:)

bila da lali, seakan lupa kalimah usaha tu :'(

hmm3, bila nk nikah: ep1? hehehe

kitahamba said...

Usaha. Usaha. Usaha!

Tgh posting paeds ke? Byk smcm je post kat fb. Haha.

Nikah ep 1? Kerja ep 50 lagi cpat kot. Lalala~